Isnin, 20 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


5 tuntutan CUEPACS

Posted: 19 Jun 2011 03:01 PM PDT

ALOR SETAR: CUEPACS yang baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Julai, mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.

Tuntutan utama adalah supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi, memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat dan melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK,

Dua tuntutan lagi adalah penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai |CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan serta memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata CUEPACS mengemukakan tuntutan baru kerana tidak bersetuju dengan beberapa terma dan syarat dalam MoU yang ditandatangani dengan JPA sebelum ini.

"Kita tidak puas hati dengan beberapa perkara dalam PROSPEK dan menuntut supaya lima perkara itu diberi perhatian oleh JPA sebelum kami bersetuju dengan pelaksanaan kaedah baru penilaian prestasi kakitangan awam yang akan dikuatkuasakan bulan depan.

"CUEPACS sudah bertemu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Khamis lalu dan beliau setuju supaya kita berbincang dengan JPA mengenai lima tuntutan itu sebelum pekeliling PROSPEK diedarkan.
"Jika pekeliling dikeluarkan tanpa perbincangan antara JPA dengan CUEPACS berhubung tuntutan itu, kita mungkin menolak pelaksanaan PROSPEK," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pekerja RISDA Kedah ke-24, di sini semalam.

Pada 19 Mei lalu, CUEPACS telah menyatakan persetujuan mengenai PROSPEK menerusi MoU yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah bersama Omar yang mewakili CUEPACS, bagi menggantikan PTK yang dimansuhkan pada Januari lalu.

Menerusi PROSPEK, kaedah penilaian kakitangan awam tidak lagi berasaskan peperiksaan, sebaliknya ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat. Panel penilai akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.

Pelaksanaannya akan membabitkan lapan prinsip penilaian baru, iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi. Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi, memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS berharap kerajaan memberikan dua bulan bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam akhir tahun ini, selain Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak RM300 sebulan di seluruh negara dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada Oktober nanti.

"Permintaan kami untuk dua bulan bonus tahun lalu tidak dipenuhi dan berharap kali ini ia dipertimbangkan. COLA pula wajar diperluaskan ke seluruh negara kerana kos sara hidup semakin meningkat. Ini kerana dinaikkan pangkat pun, kenaikan gaji mereka hanya sedikit," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

lid

tolong jelaskan pekeliling perkhidmatan bil 14/2008 dan 18/2008 tentang GCR dan pengurangan cuti bagi yang memilih cuti 150 hari

anti pemalas

penjawat awam banyak kerja sambil lewa..
brani minta kenaikan gaji??
servis teruk dimana-mana jabatan pun.

CUEPACS KENA KERJA KERAS DEMI PENJAWAT AWAN.NASIB KAMI BERGANTUNG PADAMU.TQ

atas pagar

Jumlah kenaikan gaji atau elaun terlalu subjektif untuk dinilai dengan membandingkan prestasi seluruh penjawat awam, mungkin CUEPACS boleh melihat kepada sesuatu yang lebih kolektif sepertimana jumlah tanggungan anak-anak, kawasan tempat kerja dan juga pengalaman kerja mereka. Pasti ada perbezaan penjawat awam yang baru graduate dengan yang telah bekerja diswasta kemudiannya diterima bekerja dalam kerajaan tetapi mempunyai gred yang sama.....pendapat saja....terima kasih.

zainal

sokong! sokong! teruskan perjuangan anda Cuepac....harap harap tahun ni dapatlah bonus 2 thun...

Nasib penjawat awam yang bertugas dipulau macam mana plak. Tidakah pihak kerajaan perihatin dengan keadaan nasib kami, gaji yang kecil, cola cuma RM100.00 kos yang hidup yang tinggi sedangkan penjawat awam yang bertugas disabah / sarawak diberi Elaun serang laut(Wilayah)setidak-tidaknya dengan elaun tersebut dapat mereka mengurangkan beban yang ditanggung, tapi kami yang tinggal di pulau ni siapa yang ambil kesah, Kehidupan kami amat tertekan mengenangkan kos hidup yang tinggi apatah lagi jika mempunyai keluarga yang besar. Diharap pihak kerajaan tolonglah perihatin dengan nasib kami penjawat awam yang bertugas demi kemajuan dan kesejasteraan negara.

kenaikan gaji tahunan semua penjawat awam patut dikaji semula...bukan tak besyukur dengan yang ada tapi minta dipertimbangkan memandangkan kos sara hidup semakin naik...rm100 setahun naik pun jadi la..

gomen

kami sokong 100% agar dapat bonus tahun ni..dh lama dh tunggu tp xdapat gak..harap dapat ditunaikan

mir

harap cuepacs berjuang seadil-adilnya bagi semua kategori perkhidmatan.Gaji senior mestilah melebihi junior dan ikut kelayakan.

mond

CUEPACS saja yg dapat mnentukan nasib kita penjawat awam....pendapat saya, kenaikan gaji, elaun rumah, COLA harus di naikkan...ini kerana banyak penjawat awam yg tidak dapat kuarters kerajaan kerana penuh....kalau elaun rumah stakat rm 180 mana mampu nak byr sewa rumah...sekarang mane ada sewa rmh rm 180...bil api & air hampir rm 180 oi....apatah lagi sewa rumah..standart la skg 500>...tarif semua naik..gaji penjawat awam bila lg oi....

nina

sokong! sokong! teruskan perjuangan anda Cuepac....harap harap tahun ni dapatlah bonus 2 thun...

zulkifli

cuepacs , perlu selaraskan gaji kakitangan kerajaan dengan ekonomi semasa yg kian meningkat, terutama yang pangkat n1,n11, n17 dan n27 dan tinggal di bandar besar pulak...sila beri perhatian. sekian t.u.

raja mohd saad bin raja adnan

saya amat setuju

mohd nazri abdullah

elaun rumah rm 180 jer....sewa bilik pon rm 230
minta tolong pihak kerajaan selaraskan elaun rumah....

norhisarudy bin haza

SEMOGA KITA SEBAGAI PENJAWAT AWAM BERKERJA LEBIH BERSUNGGUH-SUNGGUH LAGI. ANDAINYA GAJI KITA NAIK KERJA MESTI LEBIH KERKUALITI BERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK.

Muhammad Abdullah

untungnya kakitangan kerajaan. kami kakitangan swasta terpaksa berdikari sepenuhnya. kakitangan kerajaan yg bergaji contoh 2,500.00 same sy. itu belum potong epf dan socso. rumah $550. letrik, air 70. car $500. personal loan $250. belanja anak2 bawah 5 thn 3 org, $400 - habis jimat susu dan pampers. brg2 dapur/harian rumah $200. mak ayah kat kg $300 (wajib n x pernah miss sejak keja dri umur 25 thn) n belanja sy minyak motor dan emergency $200. wife x keja, jaga anak2.....bezakanlah gaji sy dengan kakitangan kerajaan. sy no astro, balik kg raya sahaja coz bonus dpt setahun sebulan gaji. sat n sun kadang2 ot...tapi bos tak galakkan sun. sat je half day. sy ini dikategorikan apa yer?

Hacho Darman

Sokong cadangan CUEPACS.

Farr Red

TQ Cuepacs, mudah-mudahan PROSPEK akan dapat membantu orang-orang yang seperti saya, dah lulus PTK tapi disebabkan ketiadaan post, maka segala penat-lelah usaha gigih untuk lulus PTK terbiar begitu saja - tak dapat apa-apa pun...Sangat sedih : semua syarat naik pangkat ada, tapi tempat (post) pulak takda. Harap2 kali ini akan ada perubahan ..amin.

ann

Sokong hrp kerajaan pandang pd penjawat awam yg berpendapatan rendah yg mempunyai kluarga yg ramai dgn koss sara hidup yg semakin tinggi skrg!

fahmi

saya rasa gaji kakitangan awam perlu di semak dari semua sudut .. jika polis elaun melampui gaji pokok kons. mcm ne tu ? pe istemewa nya ? mcm2 elaun polis lebih tinggi dari penjawat awam biase .. elaun rumah polis pun lagi besar dari penjawat awam ... pe beza nye rumah utk di sewa seorang polis dengan penjawat awam lain ? de beza harga ke ?
tlg laa adil ..

Bonzer

Sistem Anugerah Khidmat Cemerlang juga perlu diteliti. Bukan hanya pegawai yang 'kaki bodek' yang sahaja yang akan dapat. Pekerja yang tidak suka ampu, susah nak dapat.

penjawat awam

kalau di laksanakan, alhamdulillah dn trima kasih pada kerajaan...

sofhi

saya setuju, sekarang perlantikan orang yang tidak berkelayakan pun berlaku sekarang, rasa nanti ..kita akan ditanya diakhirat..apa kita buat. Kolapun sudah sudah 16 tahun membawa gred N41..ptk dah lulus, markah e-prestasi 80 ke atas,kes disiplin tak ada, rasuah tak ada....Tapi tak naik pangkat. mungkin bukan kerabat orang atas..Saya amat setuju sekali dengan pendapat kesatuan pekerja terutamanya penilaian 360 darjah..macam orang pilihan raya.

RADZLIZAH

mudah2an kerajaan mendengar keluhan dan permintaan CUEPACS kali ni....

robert salumbi

Kesungguhan CUEPACs membela kebajikan kakitangan awam negara ini sangat terpuji...terima kasih, hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian.

rosly abdul jalil

Bukan semua kakitangan Jabatan akan dapat nikmatnya, Ada Jabatan mempunyai kuasa veto tersendiri. Cth terbaik KPSL.

rosly abdul jalil

Tuntutan yang mesra kakitangan awam, tetapi sekiranya JPA menerima cadangan namun sesetengah Jabatan ada kuasa veto tersendiri. kakitangan Jabatan tersebut tetap tersisih berbanding lain-lain ajensi dan jabatan. Contoh yang jelas KPSL, bukan semua kakitangan menikmatinya.

shah

setuju dengan cuepacs, tetapi dalam masa yang sama kakitangan kerajaan pun mestilah meningkatkan mutu perkhidmatan mereka.

rosman

sokong tuntutan cuepacs....tq cuepacs...teruskan membela kakitangan kerajaan...hidup cuepacs...

Mohabad Yalee

Kakitangan awam telah lama ketinggalan dalam kenaikan gaji. Kenaikan pangkat harus dilaksanakan kepada semua peringkat. Bagi yang telah lulus PTK sebelum ini jangan dilupakan. Mereka telah berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan mamatuhi syarat kenaikan pangkat. Wajarlah mereka diberi keutamaan dalam kenaikan pangkat ini.

kalau mutu perkhidmatan penjawat awam mendukacitakan bagaimana? semua minta dinaikkan tapi perkhidmatan hancusss

adalissa ridwana mohd alwi

kenapa hanya cola sahaja minta dinaikan. kenapa tidak selaraskan elaun imbuhan tetap perumahan. apa yang membezakan dengan anggota pdrm menerima sebanyak rm275 sedangkan pegawai awam hanya menerima rm180 sahaja.apa yang membezakan kadar bayaran tersebut?????

Mad

Teruskan perjuangan mu Cuepacs...Semoga Berjaya...Kami tetap sokong..

sh jaini sh taha

Diharap pihak kerajaan dapat memenuhi permintaan CUEPACS yang mewakili seluruh kakitangan awam di seluruh negara.

adrain paumin

mudah-mudahan kerajaan memberikan elaun COLA kepada semua penjawat awam diseluruh negara kerana kos sara hidup semakin meningkat..pasal Bonus 2 Bulan semoga PM luluskan..Tahniah CUEPACS

Mad

Teruskan perjuangan mu Cuepacs...Semoga Berjaya...Kami tetap sokong..

sharudinhassan

pangkat naik tapi gaji naik sedikit, kena pula bertukar jauh jauh, dah jadi macam bangau oh bangau lah jawabnya

suhaimi

Saya setuju elaun cola disamakan kerana harga bahan makanan adalah sama walau dibandar atau dikampung. Tapi saya mencadangkan agar ITP dibezakan berdasarkan lokasi tempat pegawai berkerja, ini kerana kadar sewa rumah dan harga rumah adalah berbeza berdasarkan lokasi.

man

harap pihak yg betanggungjawab dapat membuat penilaian bg kenikan pangkat dn kenaikan gaji.harap gaji dikaji semula.elaun rumah dinaikan. contoh: di KL tiada lagi sewa di bawah RM650 bagi rumah apartment kos rendah, harap kerajaan fikirkan elaun perumahan bagi kump sokongan 1&2 cuma RM180. Bagi jab berunifom, elaun melebihi RM200.

Kenanga

Permohonan CUEPACS utk kenaikan COLA sebanyak RM300 adalah bersesuaian utk seluruh negara disebabkab kos bahan api yg sama di bayar oleh pengguna dan harga barang pun tak banyak bezanya antara satu negeri dengan negeri yang lain.Sepanjang pengalaman saya bekerja selama 23 tahun, tiada lagi sistem kenaikan pangkat kakitangan yang benar-benar dapat memuaskan semua kakitangan dan berlaku adil, akhirnya akan mengikut kegemaran Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai yang memilih walaupun kakitangan tersebut masih ditahap minima dan tidak sesuai untuk dinaikan pangkat.

orang kampung

Tidak setuju jika gaji terus naik pada masa yang sama kerajaan tak mampu menahan kenaikan harga-harga barang kerana tuntutan kenaikan gaji akan berterusan pada masa akan datang sedangkan secara tak langsung orang-orang kampung yang tak bekerja dengan kerajaan makin tertindas/ dizalimi kerana orang kampung akan berhadapan dengan kenaikan harga barang yang berterusan.

Contoh kita lihat pada hari ini biskut yang 3 atau 4 tahun dahulunya harga rm10 sekarang dah jadi rm16 kesan dari beberapa kenaikan harga minyak dan kenaikan gaji sebelum ini. wahai kerajaan empatilah kpd orang-orang kampung, tindakan kerajaan menaik gaji mudah, tapi keupayaan kerajaan menahan kenaikan harga barang nampak lemah.

Tok Penggawa

CUEPACS. Tuntutlah selagi bertenaga dan berselera. Namun bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Insafi Ayat 7: Surah Ibrahim.

cloudz

saya setuju dgn bonus tu..dan cola.dah berapa tahun tiada diberikan bonus.tarif letrik naik,minyak,gula naik, tp gaji masih ditakuk lama....

rosnani

Pada pendapat saya pihak ceupacs perlu memperjuangkan penyelarasan gaji brbanding bonus..ini krn bonus dpt cuma skali brbanding kenaikan gaji yg d trima tiap2 bln

Kwong Hai Foo

Cara CUEPACS tutntut kenaikan Gaji dan bonus dengan justifikasi yang dikemukan adalah sangat lemah. Ambil contoh tuntutan Skim Kejuruteraan Juruteknik sudah mencecah 20 tahun dibanding dengan Skim lain. Hingga hari ini masih tiada apa-apa tindakan.

kamal kamarudin

memang patut pun, saya yang dah kerja 25 thn lebih, gaji pokok x sampai lg rm2000. amat sedih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan