Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 17 Jun 2011 10:35 AM PDT MukaDepan Agong tak beri perkenan pilihan raya masjidGEORGETOWN: Keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya masjid bermula hari ini, ditangguhkan kerana tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, selaku ketua agama Islam negeri ini. Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan penangguhan itu ketika menerima menghadap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria di Istana Negara, kira-kira jam 9.15 pagi semalam. Hadir sama pada majlis menghadap yang berlangsung kira-kira 30 minit ialah Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.Perkara itu sudah dimaklumkan oleh Ellias kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Bercakap pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, sejurus tiba dari Kuala Lumpur, Ellias berkata, Yang di-Pertuan Agong menitahkan dan memperkenankan beberapa perkara kepadanya. Katanya, Tuanku Mizan bertitah supaya semua pihak hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan melindungi ketinggian, kehormatan, kemuliaan dan kesucian masjid sebagai rumah Allah, institusi ibadah dan ummah. "Untuk menjaga dan memelihara imej institusi ini, maka Tuanku menitahkan dan memperkenankan beberapa perkara termasuk proses pemilihan jawatankuasa kariah bagi masjid di Pulau Pinang ditangguhkan," katanya. Yang di-Pertuan Agong turut menitahkan dan memperkenan perkara berikut: "Ini titah Tuanku yang disampaikan kepada saya sebagai Yang Dipertua MAIPP. Saya mohon semua pihak akur dan melihat titah perkenan Tuanku daripada aspek hikmah atau positif. Jangan timbulkan spekulasi dan persepsi di luar roh titah Tuanku ini," katanya. Mengenai keanggotaan jawatankuasa bebas yang bakal dilantik, Ellias berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana perkara itu perlu dibawa ke mesyuarat MAIPP terlebih dulu. Artikel lain: Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenYangretibase Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Pulau Pinang sekali-kali tidak menderhaki Tuanku, walaupun hasrat Pulau Pinang itu baik demi kesejahteraan dan perpaduan umat Islam.
rashid Alhamdulillah!semoga umat islam terus bersatu dan dijauhi anasir luar yang secara halus cuba melemahkan kita. bujang Org islam mesti sedar dan celik pikiran,lihatlah apa yg telah belaku di negara islam di asia barat,mereka bertelagah sesama sendiri kemudian org lain ambil keuntungan.Wahai saudara-saudara ku islam jgn kita berpecah disebabkan berlainan fahaman politik. ingatlah kita masih mengucap dua kalimah yg sama.Bersatulah kita untuk untuk munjulang islam.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan