Harian Metro: Mutakhir |
| Tukang rumah rayu bantuan biayai rawatan barah isteri Posted: 24 Oct 2011 03:49 AM PDT YAN: Seorang tukang rumah dari Kampung Dulang Kechil di sini merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos perubatan isterinya yang menderita barah payu dara sejak setahun lalu. Ishak Awang, 48, berkata isterinya Shabihah Ismail, 47, terpaksa berhenti daripada mendapatkan rawatan seterusnya setelah lima kali menjalani kimoterapi di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani tiga bulan lalu kerana kesempitan wang.
"Isteri saya sakit barah tahap empat dan setelah tamat rawatan kimoterapi, dia tidak lagi dapat rawatan susulan di hospital. Kini dia mengharapkan ubat kampung sahaja tambahan pula doktor pun tidak maklumkan tentang rawatan susulan. Saya hendak pergi dapatkan rawatan pun semua ini memerlukan kos," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini. Ishak berkata isterinya kini sudah tidak boleh berjalan lagi dan hanya terbaring.
|
| Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup beras wangi bernilai RM300,000 Posted: 24 Oct 2011 02:46 AM PDT KOTA KINABALU: Kastam Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup beras wangi bernilai RM300,000 ke Sabah, dipercayai dari Vietnam, pada 18 Okt lepas. Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Negeri, Hamzah Sundang berkata, sebanyak lima kontena berisi 130 tan metrik beras membabitkan 5,200 karung dibawa masuk menerusi Singapura, sebelum dirampas di Pelabuhan Sabah.
"Selain tidak memiliki daftar cukai terhadap beras yang dirampas itu, tidak ada pihak yang mengaku barang tersebut milik mereka dan hanya terdapat surat penghantaran oleh agen perkapalan," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata, rampasan itu merupakan yang pertama di Sabah tahun ini membabitkan nilai tinggi. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan