Khamis, 27 Oktober 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Gerai uzur bawa masalah

Posted:

Gerai uzur bawa masalah

Gerai uzur bawa masalah

Oleh Roslah Othman
kota@utusan.com.my


DERETAN gerai yang didakwa oleh penduduk tidak diurus dengan baik di Perumahan Awam Sri Langkawi 2, Taman Melati. - utusan/ FAUZI BAHARUDIN


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Deretan gerai di Jalan Madrasah, Taman Melati di sini sudah lebih 10 tahun wujud. Namun, sejak kebelakangan ini, ia didakwa menimbulkan banyak masalah kepada penduduk berhampiran.

Gerai itu bukan sahaja punca kesesakan lalu-lintas di situ tetapi turut mencemarkan pandangan kerana kebanyakan gerai tidak diurus dan disenggara dengan baik.

Tindakan peniaga yang membuang sampah ke dalam tong sampah di kawasan perumahan itu selepas operasi perniagaan mereka tamat turut menimbulkan kemarahan penduduk.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat kira-kira 20 gerai di situ yang hampir 80 peratus berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Langkawi 2, Kamsol Mohd. Yahya, 43, berkata, penduduk bukan bertujuan menutup punca rezeki peniaga di situ tetapi demi keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

Katanya, sudah tiba masanya gerai-gerai berkenaan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai kerana kawasan di situ semakin padat dengan penduduk dan kenderaan.

Kamsol berkata, perkara itu sudah dikemukakan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas positif diterima.

"Tiada jawapan memuaskan diberikan, sebaliknya kami pula diminta mencari lokasi sesuai untuk memindahkan peniaga di situ,'' katanya.

Kamsol berkata, sekiranya gerai-gerai di situ dipindahkan, pihak JMB bercadang menggunakan ia sebagai tempat letak kereta berbayar bagi mengisi tabung pihak pengurusan.

"Bagaimanapun, sekiranya gerai itu masih kekal, JMB bercadang untuk mengenakan caj kepada peniaga supaya isu kebersihan dapat ditangani dengan lebih baik," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini, dengan kuasa yang terhad, JMB tidak mampu berbuat apa-apa selain menelan segala masalah yang timbul disitu.

"Selaku Pesuruhjaya Bangunan (COB), DBKL perlu menggunakan kuasa mereka untuk membantu tugas JMB bagi menyelesaikan masalah yang timbul,'' ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Air longkang masuk rumah

Posted:

Air longkang masuk rumah

Air longkang masuk rumah

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


CHIEW Lian Keng (kanan) meninjau salah sebuah rumah yang sentiasa digenangi air dari longkang berhampiran semasa meninjau masalah perparitan di Rumah Panjang Sri Johor, Cheras, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Setiap kali hujan lebat melanda ibu kota, penghuni Blok 1, 3 dan 5 Rumah Panjang Sri Johor di Jalan Ikan Emas, Cheras di sini akan diburu keresahan.

Ini berikutan air hujan itu akan memenuhi longkang berhampiran rumah panjang itu dan kemudiannya melimpah keluar sehingga memasuki kediaman mereka.

Penduduk mendakwa kegagalan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyelesaikan masalah perparitan di kawasan perumahan itu sejak dahulu adalah punca masalah itu terus menghantui mereka.

Dakwa penduduk, walaupun kawasan perumahan mereka terlibat dalam pembangunan semula kawasan itu tetapi adalah tidak wajar mereka dibiarkan terus menanggung sengsara sepanjang tempoh pembangunan itu.

Seorang penghuni, Chan Kian Fah, 43, berkata, setiap kali banjir kilat berlaku, bukan sahaja keselamatan mereka terancam tetapi juga terpaksa menanggung kerugian harta-benda.

"Air yang memasuki rumah akan merosakkan peralatan dan banyak yang tidak boleh digunakan lagi," katanya ketika ditemui semasa Pengerusi Bahagian MCA Bandar Tun Razak, Chiew Lian Keng mengadakan lawatan ke lokasi itu baru-baru ini.

Chan Kwai Yean, 44, pula berkata, masalah sistem peparitan yang tidak betul juga menyebabkan longgokan sampah berlaku setiap kali selepas hujan.

Katanya, keadaan itu mengundang kehadiran binatang seperti anjing dan ular di kawasan longgokan sampah itu.

Sementara itu, Lian Keng berkata, walaupun kerja-kerja membaiki sistem perparitan di situ akan mengambil masa, pihak bertanggungjawab perlu memikirkan cara terbaik bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni.

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat wanita ditemui di bahagian bawah pangsapuri

Posted:

Mayat wanita ditemui di bahagian bawah pangsapuri

Mayat wanita ditemui di bahagian bawah pangsapuri

HULU LANGAT 27 Okt. - Seorang wanita ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Segar Perdana, Batu 9 dekat sini hari ini.

Mayat Foo Yuef Chyi, 27, ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh seorang penghuni yang ingin membuang sampah kira-kira pukul 2.30 petang.

Seorang penghuni pangsapuri yang merupakan pelajar kolej swasta memberitahu, sebelum kejadian itu, wanita itu dilihat berada di tingkat empat pangsapuri tersebut.

"Sejak beberapa hari lalu, penghuni ternampak wanita itu berjalan di koridor pangsapuri dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak mengetahui punca dia dalam keadaan sedemikian.

"Ketika mayatnya ditemui, wanita itu memakai seluar pendek, baju T berwarna kuning dan berlumuran darah di hidung, mata dan mulut," kata pelajar wanita itu yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian.

Wanita itu yang masih bujang berasal dari Subang Jaya dan dia dikatakan tinggal di tingkat empat bangunan yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen