Khamis, 27 Oktober 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Tok Wan cipta mesin perah santan

Posted:

Tok Wan cipta mesin perah santan

Tok Wan cipta mesin perah santan

Oleh AZMAN MD. NOOR
pengarang@utusan.com.my


SAFIE Rashid (kiri) membantu penduduk memerah santan menggunakan mesin perah santan Tok Wan di Baling, baru-baru ini.


BALING 26 Okt. - Usia yang sudah mencecah 56 tahun bukan penghalang kepada Safie Rashid untuk terus berfikiran kreatif dan inovatif.

Pada usia yang layak bergelar warga emas itu, dia yang lebih mesra dengan panggilan Tok Wan berjaya mencipta mesin yang mampu memerah santan daripada 100 biji kelapa dalam tempoh setengah jam sahaja.

Tok Wan yang juga bapa kepada tujuh anak itu berkata, idea tersebut timbul setelah memikirkan kepayahan penduduk kampung memerah santan ketika mengadakan kenduri secara gotong-royong.

Katanya, mesin kayu itu dihasilkan menggunakan ilmu yang dipelajari daripada orang tuanya.

"Biasalah apabila kenduri diadakan, maka santan juga kena disiapkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Charok Ghorok di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, mesin itu mempunyai sebuah motor yang berperanan untuk memusingkan kayu tersebut seterusnya memerah kelapa dengan kadar maksimum.

"Selepas kelapa dikukur, ia akan dimasukkan di dalam guni seterusnya diletakkan di atas mesin ini.

"Selepas itu, kita pusing motornya untuk memerah bagi mengeluarkan santan yang kemudian disalurkan melalui satu saluran khas," jelasnya.

Mesin yang dibina menggunakan kayu terbuang itu disiapkan dalam tempoh sebulan dengan kos kira-kira RM50 sahaja.

Setelah disiapkan bulan lepas, ia diuji terlebih bagi memastikan keberkesanannya.

Sehingga hari ini mesin Tok Wan sudah 'berkhidmat' di lima rumah penduduk yang mengadakan majlis kenduri.

Tambahnya, penggunaan mesin itu diberikan secara percuma kerana niatnya ikhlas untuk membantu penduduk.

Menurutnya, dia berasa puas apabila melihat mesin itu berfungsi dengan baik dan dapat memudahkan kerja-kerja penduduk.

Kata Tok Wan, mesin itu adalah peluang terbaik baginya memudahkan urusan penyediaan santan yang diumpamakan sebagai satu hadiah buat penduduk kampung.

Sebelum ini, setiap kali musim kenduri, penduduk lebih gemar melakukan kerja secara bergotong-royong bagi menjimatkan belanja selain mengeratkan lagi perpaduan dan kerjasama antara masyarakat.

Daerah ini terkenal dengan gulai batang pisang dan santan menjadi antara bahan utama untuk masak kari yang disediakan khususnya pada majlis kenduri.

Menurutnya, kadang-kadang, penduduk terpaksa mengambil masa dua jam untuk memerah 100 biji kelapa tetapi dengan adanya mesin ini masa penduduk dapat dipendekkan kepada setengah jam sahaja.

Full content generated by Get Full RSS.

Turun padang dekati rakyat

Posted:

Turun padang dekati rakyat

Turun padang dekati rakyat

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


AHMAD Bashah Md. Hanipah (kiri) memerhatikan seorang warga emas yang diberi rawatan percuma dalam program turun padang di Alor Merah, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 26 Okt. - Program turun padang bagi mendekati masyarakat cukup bermakna kepada orang ramai apabila masalah mereka mendapat perhatian dan simpati pihak lain terutama daripada pemimpin setempat.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah meneruskan pendekatan tersebut bersama beberapa jabatan kerajaan bagi meninjau masalah penduduk di sekitar Alor Merah di sini, hari ini.

Program yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Alor Setar itu turut disertai dua doktor dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Pejabat Pembangunan Persekutuan.

Penyelia Kanan Kemas Parlimen Alor Setar, Mohd. Yazid Osman berkata, pendekatan turun ke peringkat akar umbi itu adalah bagi mendekati orang ramai serta memahami masalah yang dihadapi mereka.

"Kita membawa bersama doktor dan pegawai dari agensi-agensi berkenaan agar tindakan segera dapat diambil terhadap masalah yang dikemukakan penduduk. Program seperti ini telah dijalankan di beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Bakar Bata,'' katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Yazid, pada lawatan dari rumah ke rumah itu, 15 pesakit telah menerima pemeriksaan kesihatan awal dan sumbangan barangan makanan serta bantuan wang.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengambil data keluarga susah untuk dipertimbangkan bagi mendapat bantuan.

Pada masa sama, kata beliau, dua keluarga yang menghuni rumah daif mendapat kelulusan daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan untuk diperbaiki.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri juga menyampaikan sumbangan barangan makanan kepada 56 ibu tunggal pada majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Alor Merah, selepas lawatan dari rumah ke rumah berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir lumpur terus landa Taman Jalan Chai

Posted:

Banjir lumpur terus landa Taman Jalan Chai

Banjir lumpur terus landa Taman Jalan Chai


OOI Kok Choon (kiri) bersama penduduk Solok Titi Teras menunjukkan longkang di Taman Jalan Chai yang tidak mampu menampung air dari longkang projek perumahan Titi Height di Balik Pulau, semalam.


BALIK PULAU 26 Okt. - Keadaan harmoni dan aman antara penduduk di Taman Jalan Chai sejak tahun 1965 kini tiada lagi kerana ia telah tergugat dengan pelbagai masalah disebabkan oleh pembinaan perumahan, Titi Height berhampiran kawasan itu.

Walaupun masalah banjir lumpur disebabkan sistem perparitan projek perumahan itu belum ditangani, pihak pemaju masih mewujudkan masalah lain yang menyusahkan lagi kehidupan penduduk.

Menurut seorang penduduk, Abdul Rashid Yussof, 60, banjir lumpur yang teruk berlaku Selasa lepas dan ia merupakan kejadian kali kedua sejak projek pembinaan itu bermula kira-kira dua tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh 20 minit hujan sahaja, air dan lumpur telah memenuhi di dapur sehingga ruang tamunya.

"Banjir lumpur tidak pernah berlaku sebelum projek pembinaan perumahan ini dimula. Longkang yang dibina di kawasan pembinaan sedalam lima kaki, tetapi longkang di kawasan kediaman kita bersaiz kecil dan tidak mampu menampung air banyak, maka bila hujan berlaku, air dari kawasan projek yang banyak ini terus membanjiri rumah kita," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ooi Kok Choon, 50, memberitahu, ketika masalah sistem perparitan tidak diselesaikan dengan baik, pihak pemaju mengorek tanah di hadapan kediaman mereka pula untuk memasang paip tanpa memaklumkan kepada penduduk sejak Isnin lalu.

Kok Choon berkata, pemaju hanya meletakkan tanah merah sahaja tanpa menurapnya selepas habis memasang paip.

"Kitalah yang menjadi mangsa, kini kena jadi 'kuli' pemaju pula kerana terpaksa membersihkan lumpur di hadapan rumah sendiri. Tambahan pula, keadaan akan berhabuk ketika panas dan berlumpur apabila musim hujan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Kok Choon berkata, beliau bersama penduduk lain akan bertemu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk membincangkan masalah itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen