Ahad, 30 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pengeluar produk komoditi terbesar

Posted:

Pengeluar produk komoditi terbesar

Pengeluar produk komoditi terbesar

Oleh ABD. HALIM HADI TALIB
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin menyerahkan replika cek bernilai RM10.000 kepada penerima hadiah Pekebun Kecil Terbaik, Abdul Wahab Ismail diperhatikan Bernard Dompok pada Miccos 2011 di Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Okt. - Kerajaan komited untuk meningkatkan pengeluaran produk-produk berasaskan komoditi bernilai tambah tinggi dalam usaha menjadikan negara ini pengeluar terbesar di dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai sasaran itu tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan produktiviti di peringkat huluan dan pengukuhan pengeluaran produk di peringkat hiliran.

"Sumber-sumber daripada sektor perladangan dan komoditi negara harus diterokai dan dikembangkan bagi menghasilkan lebih banyak produk berasaskan komoditi bernilai tambah tinggi.

"Aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta inovasi juga perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (Miccos) 2011 di Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Timbalannya, Datuk Hamzah Zainudin serta Ketua Setiausaha kementerian itu, Nurmala Abd. Rahim.

Acara tiga hari yang bermula semalam bertema 'Menjana Kekayaan Melalui Inovasi' itu merupakan yang terbesar menghimpunkan para penggiat industri termasuk syarikat perladangan, usahawan dan pekebun kecil.

Muhyiddin berkata, meskipun Malaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar komoditi utama masa kini, kerajaan tidak boleh berasa selesa dengan kedudukan itu apatah lagi dengan keluasan kawasan tanaman pertanian negara yang telah mencapai tahap maksimum.

Sehubungan itu katanya, kerajaan mengambil langkah mempelbagaikan asas ekonomi melalui penggalakan pelaburan termasuk dalam sektor perkilangan bagi menyokong pengeluaran hasil komoditi.

"Sebahagian daripada usaha itu adalah memberi bantuan dan peluang kepada pekebun kecil dan usahawan komoditi di luar bandar untuk menjadikan mereka lebih berdaya maju," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Semua guru tabika Kemas miliki diploma 2015

Posted:

Semua guru tabika Kemas miliki diploma 2015

Semua guru tabika Kemas miliki diploma 2015

KOTA KINABALU 29 Okt. - Dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan prasekolah, kerajaan menyasarkan kesemua guru taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara memiliki diploma menjelang 2015.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setakat ini seramai kira-kira 2,000 daripada 9,824 guru Tabika Kemas telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma.

"Dalam hubungan ini kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk mempastikan tenaga guru kita dapat ditingkatkan keupayaannya.

"Jadi untuk murid-murid tabika mendapat ilmu pengetahuan mencukupi, kita perlu mempunyai tenaga guru berkebolehan dan berkeupayaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam (MUIS) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kemas, Hassan Mohd. Amin dan Pengarah Kemas Negeri, Anisah Saidin.

Pada majlis itu, seramai 94 warga kerja Kemas Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Menurutnya, pada masa ini guru-guru Tabika Kemas dihantar menjalani kursus dalam cuti di institusi perguruan di seluruh negara.

Dalam pada itu beliau berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pendidikan prasekolah kementerian itu telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.

"Pada tahun ini sasaran 9,816 kelas Tabika Kemas telah berjaya dicapai sejak Julai lalu dengan bilangan kanak-kanak seramai 215,834 orang.

"Selain itu, menjelang 2015 kesemua guru-guru tabika dijangka bergred S27," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Peserta Felcra jangan terpengaruh hasutan

Posted:

Peserta Felcra jangan terpengaruh hasutan

Peserta Felcra jangan terpengaruh hasutan


Mohd. Shafie Apdal dan isterinya, Datin Seri Shuryani Shuaib bersama penerima anugerah cemerlang Jabatan Kemas Sabah di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 29 Okt. - Peserta Felcra diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang sebenarnya tidak pernah membantu mereka.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia penting bagi memastikan segala program bantuan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada mereka.

"Cerita ini (hasutan) langsung tidak membantu kita, bukan bagi beli kelapa sawit, bukan bagi beli getah, bukan dia buat rumah untuk kita.

"Kadang-kadang dia cerita tentang kerajaan tidak bantu, dividen tidak cukup tetapi kita sedar dan tahu kerajaan bantu kita sedangkan yang tabur fitnah ini tidak membantu, jadi apa hal kita mahu dengar dia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Majlis Ugama Islam (MUIS) di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen