Rabu, 26 Oktober 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


4 dimensi ETP bangun Greater KL

Posted: 26 Oct 2011 03:19 PM PDT

Nasional

Matlamat capai kedudukan 20 tempat teratas bandar raya miliki ekonomi mapan

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenal pasti empat dimensi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menyempurnakan aspirasi pembangunan Greater KL dan Lembah Klang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, berkata matlamat utama inisiatif Greater KL dan Lembah Klang adalah bagi membolehkan kawasan pertumbuhan ekonomi negara itu mencapai kedudukan 20 tempat teratas bandar raya yang mempunyai ekonomi mapan.

"Di samping itu, kita menyasarkan untuk berada dalam senarai 20 tangga teratas dunia bagi bandar raya berdaya huni dan berdaya maju menjelang 2020," katanya pada majlis pelancaran KL Metropolis di sini kelmarin. Teks ucapannya dibacakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed KL Metropolis adalah mercu tanda dan daerah perniagaan terbaru Kuala Lumpur yang dibangunkan oleh anak syarikat Kumpulan Naza, Naza TTDI.

Pembangunan keseluruhan kawasan yang dimajukan berhampiran Kompleks Kerajaan di Jalan Duta itu dijangka siap pada 2025.

Perdana Menteri berkata, dimensi pertama yang dikenal pasti untuk mengubah lanskap Greater KL dan Lembah Klang adalah menjadikannya sebagai 'besi berani' yang bermaksud menarik lebih banyak syarikat multinasional atau syarikat antarabangsa yang dinamik menempatkan ibu pejabat global atau serantau di kawasan pertumbuhan berkenaan.

Dimensi lain adalah:

  • Greater KL/Klang Valley Connect – menyediakan hubungan jaringan serantau dalam memajukan sistem pengangkutan bagi menghubungkan kawasan berkenaan dan pada masa yang sama hubungan jaringan dalam bandar menerusi pelaksanaan Aliran Transit Massa (MRT).
  • Greater KL/Klang Valley New Places – destinasi berpotensi tinggi yang dikenal pasti sebagai tempat menarik dan dinaik taraf untuk meningkatkan kesesuaiannya sebagai tempat dihuni penduduk serta menarik pelancong melawatnya.
  • Greater Kl/Klang Valley Enhanced Services – memperlihatkan jurang antara perkhidmatan asas yang akan diberi tumpuan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik untuk meningkatkan kesesuaian bandar raya bagi dihuni dan pada masa sama melonjakkan sektor pelancongan.

Najib juga berkata, pertumbuhan daripada kegiatan ekonomi bagi Greater KL dan Lembah Klang dianggarkan dapat menyediakan 4.2 juta peluang pekerjaan pada 2020.

Katanya, projek dan inisiatif utama yang dirancang dalam RMKe-10 ke arah mengubah Greater KL menjadi sebuah bandar bertaraf dunia adalah Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), pembangunan semula lapangan terbang Sungai Besi, pembangunan perbandaran Sungai Buloh dan Pusat Malaysia Truly Asia.

Najib juga mahukan komitmen daripada Naza TTDI dalam memastikan KL Metropolis memainkan peranan penting dalam memenuhi aspirasi kerajaan, bagi membolehkan Greater KL menjadi penjana ekonomi negara serta merealisasikan visi Kuala Lumpur sebagai bandar raya mercu jaya bertaraf antarabangsa.

Katanya, berdasarkan lokasi yang strategik, ia pasti akan menempatkan KL Metropolis sebagai sokongan kepada pusat bandar Kuala Lumpur.

"Saya juga difahamkan KL Metropolis akan menyediakan sebuah hab untuk menjalankan aktiviti runcit dan kebudayaan, ruang pejabat dan perumahan serta penempatan Pusat Pameran Eksport Malaysia (MATRADE) yang baru dan sebuah mercu tanda ikonik," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

7 kementerian lemah dibaiki

Posted: 26 Oct 2011 03:17 PM PDT

Nasional

KSN mahu pastikan langkah penambahbaikan diperhebat elak berulang

PUTRAJAYA: Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurus tabdir dengan berkesan.

"Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.

Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Terdahulu, Mohd Sidek menyaksikan penyerahan i-Pass kepada 11 tenaga kerja profesional asing yang bekerja di negara ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.

Pas itu digunakan sebagai bukti pengenalan di Malaysia tanpa perlu membawa pasport.
Pas dikeluarkan Jabatan Imigresen sejak September lalu itu juga, akan dikeluarkan kepada tenaga kerja profesional yang memegang Pas Residen di bawah urus tadbir Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

roslan lan

Disini saya nak maklum sedikit,coz saya pun keja kat jabatan kerajaan, ini d sebab birokerasi kementerian juga,jgnlah nak salahkan sesiapa..

Noridah

Kalau patuh semua Arahan Perbendaharaan dalam melaksanakan tugas pasti selamat. Jangan asyik nak tipu duit Kerajaan je.


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan