Isnin, 31 Oktober 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


KTMB hadapi masalah lembu berkeliaran

Posted:

KTMB hadapi masalah lembu berkeliaran

KTMB hadapi masalah lembu berkeliaran

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

TUMPAT 30 Okt. - Sebanyak 11 kes melibatkan 22 ekor lembu mati akibat dilanggar kereta api dicatatkan di sepanjang laluan Kuala Krai-Tumpat, bagi tempoh antara Mac hingga September tahun ini.

Eksekutif Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, Zaid Ibrahim berkata, kejadian itu termasuk haiwan berkenaan dibiarkan pemiliknya tidur di atas landasan secara berkumpulan.

Beliau berkata, kejadian lembu mati digilis atau dilanggar kereta api berlaku tidak kira masa, sama ada pada sebelah pagi, petang atau pun malam dan lazimnya melibatkan kawasan laluan Kuala Krai-Tanah Merah dan Pasir Mas.

"Kejadian itu mengakibatkan jadual perjalanan kereta api terganggu kerana kerosakan yang berlaku perlu dibaiki segera bagi mengelak kejadian lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Zaid, pemilik binatang ternakan yang terlibat dalam kejadian tersebut sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang, tetapi masalah berlaku apabila tidak ada mana-mana pihak yang tampil mengaku binatang terbabit milik mereka.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang kampung terutama pemilik binatang ternakan yang tinggal berhampiran landasan kereta api, supaya tidak membiarkan haiwan berkenaan berkeliaran bagi mengelak kejadian buruk.

Jelasnya, sekiranya binatang itu mati digilis, ia akan hanya merugikan pemiliknya lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, yang mana permintaan terhadap lembu untuk dijadikan korban sudah pasti meningkat.

"Tambahan pula, insiden terbabit bukan sahaja merugikan penternak, tetapi juga memberi banyak masalah kepada KTMB. Orang ramai perlu maklum bahawa bagi setiap minit kelewatan perjalanan, ia mengakibatkan KTMB mengalami kerugian kira-kira sebanyak RM200.

"Fikirkanlah, apabila kereta api terlanggar seekor lembu sahaja, masa yang diperlukan bagi membaiki kerosakan dan sebagainya adalah antara 30 minit hingga dua jam sebelum perjalanan boleh diteruskan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

BSMM latih 300 sukarelawan banjir

Posted:

BSMM latih 300 sukarelawan banjir

BSMM latih 300 sukarelawan banjir


Penerima sijil dan pingat perkhidmatan cemerlang Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kelantan selepas majlis penyampaian pingat dan sijil tersebut di Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 30 Okt. - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah melatih sekurang-kurangnya 300 sukarelawan yang akan berkhidmat menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan sekiranya banjir berlaku di negeri ini.

Setiausaha Agung BSMM, Datuk Dr. Noordin Ab. Razak berkata, BSMM juga telah menghantar dapur bergerak ke beberapa buah pusat pemindahan banjir di Tumpat dan Pasir Mas iaitu dua daerah yang selalu terjejas teruk akibat banjir.

"Jika banjir berlaku, kita sudah ada skuad yang bersedia memberi khidmat sukarela di pusat pemindahan terutama dalam soal menyediakan makanan kepada mangsa banjir.

"Di Kelantan, kita ada beberapa set dapur bergerak yang mampu menyediakan makanan dalam tempoh 45 minit dan tumpuan utama adalah Tumpat dan Pasir Mas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Pingat dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang BSMM Kelantan di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BSMM Kelantan, Wan Ali Wan Ahmad.

Dr. Noordin berkata, BSMM juga mempunyai sukarelawan terlatih yang akan memberi fokus dalam memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan jika diperlukan.

Sementara itu, beliau menggesa pihak swasta dan badan-badan korporat di seluruh negara untuk tampil menyampaikan sumbangan kepada BSMM yang akan dibelanjakan setiap kali bencana melanda.

"BSMM tidak bersifat keuntungan dan semua peruntukan yang kami gunakan untuk aktiviti sukarela adalah hasil sumbangan daripada pihak lain.

"Justeru, saya berharap pada musim tengkujuh ini ada pihak yang tampil memberi sumbangan, tidak semestinya di Kelantan tetapi juga dari negeri lain," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Debat The Great Gender di UMT

Posted:

Debat The Great Gender di UMT

Debat The Great Gender di UMT

KUALA TERENGGANU 30 Okt. - Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara- Negara Berkecuali (NIEW) akan menganjurkan debat antara institut pengajian tinggi (IPT) bertajuk The Great Gender Debate 2011 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 9 hingga 13 November ini.

Pengarah NIEW, Tan Sri Datuk Dr. Rafiah Salim dalam satu kenyataannya di sini berkata, ia diadakan dengan kerjasama UMT dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Madum).

Katanya, pertandingan itu bertujuan memberi pendedahan kepada para belia khususnya pelajar mengenai isu-isu berkaitan gender di negara ini dan di peringkat antarabangsa.

"Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertandingan itu boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Awam NIEW, Che Wan Qatrunnada Che Wan Alias di talian 03-26143012 dan 0193270072 atau menerusi emel di alamat qatrunnada@niew. gov.my," katanya.

Upacara penutup pertandingan itu dijangka disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan