Jumaat, 28 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Caj lima peratus kekal - Ali Rustam

Posted:

Caj lima peratus kekal - Ali Rustam

Caj lima peratus kekal - Ali Rustam

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 27 Okt. - Kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan mewajibkan semua pengusaha hotel di negeri itu dikenakan bayaran caj warisan lima peratus berkuat kuasa 1 September lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, caj warisan lima peratus itu tidak membebankan kerana pelancong yang datang ke negeri ini sanggup berbelanja besar apabila berkunjung ke sini.

"Bagi saya caj lima peratus sebenarnya tidak membebankan pengusaha hotel kerana ia dikenakan ke atas pelancong yang menginap di hotel mereka.

"Sepatutnya isu caj yang diputuskan oleh kerajaan negeri tidak timbul dan kerajaan negeri tetap tidak akan menarik balik keputusan ini," katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai keengganan tiga persatuan hotel di negeri ini membayar caj warisan lima peratus.

Tiga persatuan itu adalah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO).

Mereka menyifatkan caj itu akan membebankan pelancong dan ia secara tidak langsung boleh menyebabkan pelancong mengurangkan tempoh bermalam di negeri itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Ali meminta tiga persatuan itu mematuhi arahan yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri.

Beliau menegaskan, caj tersebut bertujuan menampung kos pembinaan beberapa infrastruktur baharu bagi membangunkan negeri itu menjadi destinasi tumpuan dan meningkatkan mutu perkhidmatan untuk memberi keselesaan kepada pelancong.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak berkuasa tempatan mengadakan rundingan dengan pengusaha hotel terbabit bagi menyelesaikan masalah berhubung perkara tersebut.

Mengenai tindakan yang akan diambil ke atas pengusaha yang enggan membayar caj itu, beliau berkata, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana masalah itu mesti diselesaikan di meja rundingan.

Full content generated by Get Full RSS.

Uniknya Dondang Sayang Melaka

Posted:

Uniknya Dondang Sayang Melaka

Uniknya Dondang Sayang Melaka

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


PERSEMBAHAN Dondang Sayang dan Joget Lambak pada Temasya Pantun Melayu Serumpun di Kampung Morten, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 27 Okt. - Pantun adalah puisi atau warisan kata-kata yang cukup indah dan sering kali mendapat tempat dalam kalangan masyarakat serumpun.

Sebagai sebuah bentuk puisi, pantun ada keistimewaan dalam perbendaharaan sastera Melayu yang cukup indah dan sering digunakan pada majlis-majlis rasmi, upacara pembuka majlis ataupun pada majlis perkahwinan.

Apabila sesuatu majlis tersebut diserikan dengan pantun sebagai kata pemanis, pastinya sekitar majlis yang berlangsung akan bertambah indah, riang dan berseri.

Kebiasaannya pantun lazim digunakan untuk menyampaikan hajat secara simbolik melalui kata-kata indah, pujian dan sanjungan buat menyerikan lagi majlis yang berlangsung.

Maka tidak hairanlah, pantun yang dicipta oleh masyarakat lama diwarisi daripada zaman nenek moyang kita mampu bertahan sehingga hari ini.

Berlainan pula di negeri ini, pantun dialunkan dengan irama Dondang Sayang yang telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah yang ketika itu untuk menghibur pedagang-pedagang yang datang ke negeri itu.

Kerana itu, Dondang Sayang dialunkan dengan cara berbalas pantun secara spontan dalam gaya santai dan ada ketikanya ia amat melucukan membuatkan mereka yang mendengarnya tersenyum.

Uniknya lagu warisan di negeri ini kerana ia masih diamalkan oleh pelbagai etnik bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga kaum Portugis, Baba Nyonya dan Chetti.

Mereka yang mengalunkan pantun menerusi irama Dondang Sayang akan diiringi alat muzik seperti biola, rebana ibu, rebana anak, gong, akordian, gitar dan tabla.

Pun begitu, Dondang Sayang dilihat semakin kurang dipelopori oleh generasi muda apabila setiap majlis rasmi dianjurkan oleh kerajaan negeri, khidmat generasi lama berusia lebih daripada 50-an masih ditagih.

Pada Temasya Pantun Melayu Serumpun yang diadakan di Kampung Morten dekat sini malam Selasa lalu, ia menghimpunkan kembali orang-orang lama daripada masyarakat Melayu, Portugis, Baba Nyonya dan Chetti membuat persembahan.

Alunan berbalas pantun daripada etnik tersebut menampilkan acara berbalas pantun secara spontan masih mampu menarik orang ramai yang datang menyaksikan temasya tersebut.

Temasya itu adalah anjuran bersama kerajaan negeri, Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik diadakan sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan.

Pada malam tersebut, persembahan berbalas pantun irama Dondang Sayang pelbagai etnik di negeri ini mencuri tumpuan apabila menampilkan orang lama yang memperjuangkan lagu warisan Melayu negeri ini.

Kelibat Nyonya Tan Abdullah, 60; Baba Boon, 70; G. Meenachi, 81; Noel Felix, 65, dan Mohd. Bahrain Mohd. Sharif, 63, adalah antara yang mencuri perhatian.

Orang ramai yang terhibur dengan persembahan itu turut terpegun dengan kebolehan pelbagai etnik berbalas pantun empat kerat secara spontan dan mencuit hati.

Setiap alunan pantun berirama Dondang Sayang cukup menghiburkan kerana menyelitkan sindiran, kata-kata nasihat dan teguran yang dilambangkan melalui bahasa sastera yang simbolik.

Turut mencuri tumpuan ialah persembahan daripada negara jiran Indonesia memeriahkan temasya itu menerusi Bapak Saini dari Riau dan Mulkan Azhar dari Medan.

Tidak kurang hebatnya aksi daripada generasi muda Hairul Asraf Abu Hussain dan Muhamad Firdaus Amran kedua-duanya dari Melaka.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan negeri janji martabatkan Dondang Sayang dan pantun

Posted:

Kerajaan negeri janji martabatkan Dondang Sayang dan pantun

Kerajaan negeri janji martabatkan Dondang Sayang dan pantun


DARI kiri: Noel Felix bersama Mohd. Bahrain Mohd. Sharif, Baba Boon, Nyonya Tan Abdullah, dan G. Meenachi mencuit hati penonton dengan pantun dan telatah bersahaja mereka baru-baru ini.


MELAKA 27 Okt. - Kerajaan negeri mahu semua pihak berganding bahu memartabatkan pantun dan terutamanya Dondang Sayang bagi memelihara warisan Melayu itu terus kekal tidak pupus ditelan arus pemodenan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, tumpuan utama adalah agar warisan Melayu lama itu diwarisi oleh generasi muda kerana merekalah bakal pemimpin pada masa hadapan.

Menurutnya, walaupun apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian dan kemajuan yang dicapai ia tidak akan meminggirkan sama sekali usaha memartabatkan pantun dan Dondang Sayang di negeri ini.

"Saya harap acara temasya pantun dan Dondang Sayang akan terus menjadi acara tahunan kerana warisan Melayu ini tetap menjadi perhatian lapisan masyarakat di negeri ini.

"Kerajaan negeri akan menyokong sebarang usaha untuk memartabatkan warisan ini dan jika boleh satu temasya yang lebih besar wajar diadakan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Temasya Pantun Melayu Serumpun yang diadakan di Kampung Morten baru-baru ini.

Temasya itu adalah anjuran bersama kerajaan negeri, Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Mengulas lanjut, Latiff berkata, pengaruh pantun kini sudah mempunyai peminat dari seluruh dunia apabila ia dimanfaatkan melalui ruangan siber.

Katanya, pantun satu-satunya bentuk puisi dimiliki oleh lebih puluhan etnik daripada 30 buah negara.

"Di Melaka, pantun dialunkan dalam irama Dondang Sayang dan inilah keunikan berbanding pantun-pantun lain seperti masyarakat Jawa dan Jakun di Endau, Brunei serta Sarawak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen