Khamis, 27 Oktober 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Mat Sabu dibicara 19 Dis.

Posted:

Mat Sabu dibicara 19 Dis.

Mat Sabu dibicara 19 Dis.

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

BUTTERWORTH 27 Okt. - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 19 hingga 23 Disember ini untuk perbicaraan kes terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini dengan kehadiran Timbalan Pendakwa Raya, Lailawati Ali dan peguam Aminuddin Zulkifli yang mewakili Mohamad.

Tarikh tersebut dipilih selepas Lailawati memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Disember ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.

Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu dituduh melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mohamad turut dikenakan tuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, Mohamad dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor ialah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mohamad menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan meluas pihak media menyebabkan lebih seribu laporan polis dibuat termasuk oleh tiga ahli keluarga anggota polis yang terkorban iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusof.

Full content generated by Get Full RSS.

Dapat tangguh kosongkan pusat komuniti

Posted:

Dapat tangguh kosongkan pusat komuniti

Dapat tangguh kosongkan pusat komuniti

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini membenarkan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Penaga, Datuk Azhar Ibrahim untuk penggantungan pelaksanaan perintah mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN yang diwakilinya.

Penggantungan tersebut diberikan sehingga rayuan terhadap kes tersebut diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Rohana Yusuf memutuskan demikian sewaktu kes berkenaan disebut di kamar beliau di sini.

Peguam Mohd. Zaharudeen Harun hadir mewakili Azhar, manakala pihak responden iaitu Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang diwakili peguam Jenine Gill.

Pada 26 Julai lalu, mahkamah menolak permohonan Azhar untuk membatalkan arahan kerajaan negeri Pulau Pinang agar beliau mengosongkan pusat komuniti terbabit.

Hakim Rohana membuat keputusan tersebut selepas mendapati Azhar selaku pemohon tiada locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membuat permohonan tersebut.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang itu memfailkan permohonan semakan kehakiman berkenaan pada 19 November 2010 bagi memohon perisytiharan bahawa arahan yang dikeluarkan oleh pejabat daerah tersebut sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Arahan untuk mengosongkan pusat komuniti tersebut didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah Seberang Perai Utara pada 8 November 2010.

Azhar kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan pada keesokan harinya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen