Khamis, 27 Oktober 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Lagi sindiket curi kereta mewah tumpas

Posted:

Lagi sindiket curi kereta mewah tumpas

Lagi sindiket curi kereta mewah tumpas

27/10/2011 7:44pm

ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan dua sindiket mencuri 15 kenderaan mewah dan dua sindiket mencuri motosikal dengan penangkapan 12 lelaki bulan ini.

Ketua Polis Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata, sindiket mencuri kereta mewah itu menjalankan kegiatan berasingan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk diseludup ke negara jiran, manakala sindiket mencuri motosikal juga melakukan aktiviti mereka berasingan di negeri ini.

Beliau berkata, kejayaan itu hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kedah dan Bahagian Jenayah Bukit Aman bermula dengan penangkapan seorang lelaki berumur 32 tahun yang memandu Toyota Estima curi di Km 8.7 Lebuh Raya Changlun-Bukit Kayu Hitam pada 4.30 pagi 14 Oktober lepas.

"Siasatan polis membawa kepada penemuan sebuah lagi Toyota Estima curi yang diletakkan berhampiran sebuah pasar raya di Gurun namun seorang lelaki anggota sindiket itu masih bebas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Adzaman berkata siasatan awal mendapati sindiket dua lelaki itu telah menyeludup 11 buah Toyota Estima ke Thailand yang dicuri di Damansara dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurutnya, satu lagi sindiket dianggotai dua lelaki berumur 31 dan 34 tahun diberkas 10 hari selepas itu masing-masing di sebuah rumah di Changlun dan Alor Setar bersama dua Toyota Estima yang dicuri turut dirampas daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu juga mempunyai 10 rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya, tambahnya.

Dalam kes berasingan di Kota Setar, lima remaja berumur 16 hingga 20 tahun yang menggelar diri mereka Kumpulan Digat ditahan polis Kota Setar kerana disyaki menjadi dalang kes curi motosikal di daerah itu. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Festival Buku Kanak-kanak jadi ukuran

Posted:

Festival Buku Kanak-kanak jadi ukuran

Festival Buku Kanak-kanak jadi ukuran

27/10/2011 7:41pm

KUALA LUMPUR – Festival Buku Kanak-kanak yang pertama kali dianjurkan akan dijadikan "ukuran" untuk mewujudkan hab dagangan hak cipta buku serantau, kata Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Dr A"Azmi Shahri.

"Pedagang-pedagang buku serantau akan datang, membuat perundingan dan jika berjaya akan membuat transaksi pembelian hak cipta.

"Jika berjaya, pada masa hadapan festival buku kanak-kanak ini akan jadi platform kepada dagangan hak cipta itu sendiri," katanya kepada media selepas majlis pelancaran festival, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dagangan hak cipta buku memberi banyak kelebihan kepada penerbit buku.

"Karya hasil penerbitan penerbit berada di pasaran antarabangsa, selain itu mereka tidak perlu lagi mencetak dan mengeksport dalam bentuk buku ke luar negara, sebaliknya proses itu dilakukan di negara yang menerima perjanjian dagangan hak cipta itu.

"Dagangan hak cipta itu akan melonjakkan nama "brand" penerbit yang tidak dikenali sebelum ini," katanya.

Festival itu yang berlangsung di Perpustakaan Kuala Lumpur di Jalan Raja itu dianjur Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku dan Perpustakaan Kuala Lumpur berakhir 2 November ini. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Sindiket curi kereta mewah tumpas

Posted:

Sindiket curi kereta mewah tumpas

Sindiket curi kereta mewah tumpas

27/10/2011 7:00pm

JOHOR BAHARU 27 Okt. - Satu sindiket curi kereta mewah di bandar raya ini tumpas dengan penahanan empat lelaki dan seorang wanita kelmarin.

Keempat-empat lelaki berkenaan ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di sini pada 1.30 pagi manakala manakala wanita tersebut ditahan di pekan Yong Peng pukul 2.50 pagi.

Kesemua suspek berusia antara 23 dan 37 tahun itu adalah warga tempatan.

"Sembilan kereta yang ditemui kembali antaranya ialah Honda Stream, BMW 320I, Toyota Wish, Kia Carens dan Mitsubishi Colt bernilai kira-kira RM650,000," kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Zainuddin berkata, kesemua kereta mewah itu diletakkan di beberapa tempat letak kereta awam sekitar bandar raya ini dan dipasang nombor pendaftaran palsu bagi mengelak daripada dikesan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan