Isnin, 31 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


RM11.97j untuk projek prasarana

Posted:

RM11.97j untuk projek prasarana

RM11.97j untuk projek prasarana

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

ALOR GAJAH 30 Okt. - Sejumlah RM11.97 juta telah disalurkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Melaka bagi meningkatkan projek kemudahan prasarana di seluruh negeri sepanjang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunus Husin berkata, ia meliputi 154 projek pembangunan di kawasan Melaka Tengah, daerah Jasin dan Alor Gajah melalui PBT masing-masing.

Menurutnya, bagi daerah Alor Gajah, sejumlah RM2.32 juta disalurkan pada tahun ini melibatkan 30 projek menaik taraf dan membaiki kemudahan awam di seluruh daerah tersebut.

''Antara projek tersebut ialah seperti membina gerai, menaik taraf jalan dan longkang, membaiki tembok runtuh dan menaik taraf kawasan letak kenderaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Terminal Bas Alor Gajah (AG Sentral) yang disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung di sini, hari ini.

Pembinaan AG Sentral yang menelan belanja kira-kira RM3.3 juta mula beroperasi Julai lalu. AG Sentral menyediakan kemudahan tempat meletak bas, kedai pelbagai jenis, kaunter tiket, kemudahan tandas awam serta surau.

Kata Md. Yunus, sejumlah RM22.45 juta telah diterima oleh PBT di negeri ini sepanjang tahun lalu meliputi pelaksanaan 248 projek pembangunan infrastruktur.

Jelasnya, pelaksanaan projek tersebut terdiri daripada projek kemudahan kecil, kawalan vektor, projek kampung tradisional, lokal agenda dan program keselamatan awam.

''Malah, pembinaan AG Sentral ini juga bukan yang terakhir dibuat di daerah ini kerana selepas ini, projek menaik taraf Terminal Bas Masjid Tanah akan mula dilakukan tahun depan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau meminta setiap PBT memantau dan melakukan susulan ke atas semua projek pembangunan yang telah siap bagi memastikan kualitinya memenuhi keperluan masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

Bijak manfaat tanah kunci kejayaan 3 peladang

Posted:

Bijak manfaat tanah kunci kejayaan 3 peladang

Bijak manfaat tanah kunci kejayaan 3 peladang


R. Perumal (dua dari kiri) menyampaikan anugerah Peladang Jaya Lelaki kepada Zainal Md. Yasim pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Ayer Keroh, Melaka, kelmarin.


MELAKA 30 Okt. - Bekerja keras dan berbakti kepada tanah menjadi kunci kejayaan tiga peladang negeri ini yang menerima anugerah

Peladang Jaya sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri 2011 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Bagi mereka, tiada jalan pintas untuk menempa kejayaan dan pelbagai cabaran telah ditempuhi sebelum mampu untuk menarik nafas lega apabila hasil yang dikeluarkan mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Lebih penting, sektor pertanian tidak pernah menghampakan mereka yang tahu memanfaatkan sumber tanah di sekeliling, malah hasil sektor itu membolehkan mereka menikmati kehidupan lebih sempurna.

Mereka menerima anugerah Peladang Jaya Lelaki ialah Zainal Md. Yasim; Aminah Abdul Rahman (Peladang Jaya Wanita) dan Mohd. Sabirin Usop (Peladang Muda Jaya).

Menurut Zainal, 50, dia memulakan aktiviti pertanian sejak tujuh tahun lalu dengan berkecimpung secara kecil-kecilan dalam penanaman cili secara fertigasi dan rock melon di Merlimau.

Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia mengorak langkah dengan mengembangkan aktiviti pertaniannya dengan mengusahakan tanaman tebu, semaian benih cili serta melibatkan diri dengan ternakan kambing yang kini mencecah 140 ekor.

Dia menerima anugerah tersebut atas kejayaannya memiliki tiga syarikat dengan jumlah pekerja seramai 15 orang dan nilai urusniaga keseluruhannya berjumlah RM1.3 juta.

"Jatuh bangun, untung rugi adalah lumrah dalam perniagaan dan apa yang penting adalah tidak mudah patah semangat dan terus berusaha sehingga berjaya," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah itu.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Sementara itu, Aminah, 41, berkata, usaha tanpa jemu dan sentiasa menimba ilmu daripada agensi berkaitan membuatkannya berjaya menjadikan pertanian sebagai perniagaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan Melaka sentiasa bantu usahawan wanita berniaga

Posted:

Kerajaan Melaka sentiasa bantu usahawan wanita berniaga

Kerajaan Melaka sentiasa bantu usahawan wanita berniaga

MELAKA 30 Okt. - Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha meningkatkan pembangunan dan peranan usahawan wanita di negeri ini termasuk memberi pinjaman yang sewajarnya agar mampu berdaya saing di peringkat global.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin berkata, pihaknya melalui pelbagai agensi kerajaan berkaitan sentiasa bersedia membantu menyediakan dana kewangan yang sesuai mengikut kelayakan.

''Kerajaan negeri telah membuka pelbagai agensi seperti K-Ekonomi, IKS dan Syarikat Pemasaran Melaka yang menawarkan pelbagai latihan, pinjaman dan kursus kemahiran untuk golongan wanita yang mahu berjaya dalam perniagaan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, katanya, golongan itu harus berusaha agar lebih aktif dan menonjol dalam bidang perniagaan sekali gus membuktikan mereka setanding dengan pencapaian kaum lelaki.

''Usahawan wanita perlu lebih aktif dan menonjol daripada lelaki, mereka hanya perlukan keberanian, kesungguhan, disiplin dan azam yang tinggi untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi," katanya

Ujar beliau, usahawan wanita juga perlu bijak menggunakan peluang dan kemudahan yang disediakan untuk mereka bagi meningkatkan penguasaan dalam bidang tersebut serta meluaskan jaringan perniagaan di peringkat global.

Salah satu usaha itu, katanya, melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa Pertama Usahawan Wanita Dalam Perniagaan 2011 yang diadakan baru-baru ini yang memberi pelbagai manfaat untuk golongan itu.

Kata Md. Yunos, ia dilihat sebagai platform diskusi dan pertukaran idea yang mampu menyumbang ke arah jalinan kerjasama erat antara usahawan wanita tempatan dan luar negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen