Isnin, 31 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia mahu jadi tuan rumah CHOGM 2019

Posted:

Malaysia mahu jadi tuan rumah CHOGM 2019

Malaysia mahu jadi tuan rumah CHOGM 2019


NAJIB Tun Razak (kanan) beramah mesra dengan komuniti Malaysia di Perth pada majlis BBQ 1Malaysia di Burswood Park, Australia, semalam.


PERTH 30 Okt. - Malaysia telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) pada 2019.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tarikh itu adalah sesuatu yang signifikan kerana kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah CHOGM ialah 30 tahun lalu iaitu pada 1989.

''Keputusan mengenainya masih belum dibuat tetapi Malaysia telah memulakan langkah awal dengan menyatakan hasrat dan keinginan untuk menjadi tuan rumah sidang itu,'' katanya pada sidang akhbar di akhir Persidangan CHOGM yang dihadirinya di sini hari ini.

Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia tiba di sini Rabu lalu bagi menyertai persidangan CHOGM yang dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan daripada 54 buah negara bekas tanah jajahan British.

Keanggotaannya mewakili negara daripada enam benua dengan jumlah penduduk satu pertiga daripada penduduk global.

CHOGM 2011 telah dirasmikan pembukaannya oleh Ratu Elizabeth Jumaat lalu.

Persidangan CHOGM akan datang dijadual diadakan di Sri Lanka pada 2013 dan Mauritius pada 2015, tiada lagi penawaran negara pada 2017 manakala Malaysia menawarkan diri untuk persidangan 2019.

Mengenai mesyuarat CHOGM yang berakhir hari ini, Najib berkata, para pemimpin sepakat untuk mengambil ketetapan melakukan perubahan (reform) agar Komanwel menjadi sebuah organisasi yang lebih relevan dan berkesan.

Menurut beliau, antara fokus utama CHOGM selepas ini adalah untuk menangani cabaran global antaranya keselamatan bekalan makanan, perubahan iklim dan pembangunan yang mapan.

Persidangan kali ini juga, jelas beliau, memperkukuhkan komitmen dan penghayatan nilai utama Komanwel kepada komitmen demokrasi dan kedaulatan undang-undang serta hak asasi manusia.

Kata Perdana Menteri, beliau juga menganggap CHOGM pada kali ini sebagai persidangan yang memperlihatkan hasrat semua ketua kerajaan negara anggota menjadikan Komanwel sebuah badan yang lebih relevan dalam konteks cabaran abad ke-21.

Sementara itu, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, meluangkan lebih sejam untuk beramah mesra dengan warga Malaysia di Western Australia pada majlis BBQ 1Malaysia di Burswood Park dekat sini.

Pada majlis itu yang dihadiri oleh kira-kira 1,000 orang, Perdana Menteri gembira pemastautin Malaysia di sini mahu menyumbang kepada transformasi yang sedang dilaksanakan di negara asal mereka.

Beliau berkata, mereka yang sudah mencatatkan kejayaan di sini mahu melabur dan menawarkan kepakaran kepada Malaysia untuk membantu negara mencapai wawasannya.

"Kerajaan secara bersendirian tidak boleh membawa perubahan. Kita perlu sokongan rakyat di dalam dan di luar negara untuk menjayakan transformasi yang sedang dilaksanakan ini," kata Perdana Menteri. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

GMM dipromosi Malaysia diterima

Posted:

GMM dipromosi Malaysia diterima

GMM dipromosi Malaysia diterima

PERTH 30 Okt. - Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang berakhir hari ini bersetuju untuk menerima usaha Malaysia yang mempromosikan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) bagi menentang fahaman pelampau dan menjadi penghubung antara dunia Islam dan Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau gembira GMM diterima dan dimasukkan ke dalam pernyataan bersama di akhir persidangan dan ia bermakna sekretariat CHOGM perlu mendokong usaha yang dilakukan oleh gerakan tersebut.

Najib berkata, Menteri Luar New Zealand telah menunjukkan minat mengenai konsep GMM dan telah menyatakan hasrat untuk menyertai inisiatif Malaysia ini.

''Sejak kita mempromosikan GMM, ramai menyokong usaha yang Malaysia lakukan dan kini terpulang kepada kita untuk menghalusi konsep, aktiviti dan program gerakan ini,'' katanya pada sidang akhbar di akhir Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel yang dihadirinya di Pusat Pameran dan Persidangan Perth (PCEC) di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, katanya, alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan satu seminar mengenai program GMM di Kuala Lumpur Januari depan.

Katanya, seminar ini akan diwakili oleh para pemimpin dan pemikir terpilih dari seluruh dunia untuk mencari satu titik persamaan berhubung nilai sejagat dalam berdepan isu dunia.

Ini, kata beliau, akan diikuti dengan langkah seterusnya, dengan mewujudkan sebuah institusi yang melakukan penyelidikan bagi mempromosikan nilai kesederhanaan yang boleh dijadikan rujukan.

Malaysia pada beberapa forum sebelum ini termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) mencadangkan inisiatif penubuhan GMM dalam usaha menangani isu keganasan antarabangsa dan golongan pelampau, sekali gus mewujudkan keamanan sejagat.

Pendirian Malaysia ialah bagi mencapai keamanan dan kesejahteraan dunia, semua pihak mesti bersatu menghadapi cabaran golongan pelampau. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.

Mansuh PPSMI bukan sekelip mata

Posted:

Mansuh PPSMI bukan sekelip mata

Mansuh PPSMI bukan sekelip mata

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
utusansabah@utusan.com.my

PENAMPANG 30 Okt. - Keputusan memansuhkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan dibuat sekelip mata tetapi sebaliknya selepas mengambil kira pelbagai faktor kelebihan dan kekurangan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa ia juga dibuat selepas meneliti secara mendalam suara 5.3 juta pelajar dan ibu bapa, hampir 500,000 guru di 10,000 buah sekolah seluruh negara dan tenaga pakar melalui rundingan meja bulat.

Menurut beliau, segala maklum balas, kajian dan data ini diperoleh sejak PPSMI dilaksanakan di seluruh negara terutama mengenai kesan, pencapaian dan keupayaan kerajaan menyediakan tenaga guru mencukupi.

"Ia bukan buat keputusan hanya kerana nak buat keputusan. Semuanya sudah dikaji secara mendalam, bukan dibuat secara terburu-buru.

"Kita hormati Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (Page) yang kononnya mendapat sokongan daripada 75,000 ibu bapa tetapi kerajaan juga mempunyai pandangan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-26 Parti Bersatu Sabah (PBS) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau mengulas hasrat Page untuk menulis surat rayuan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menarik balik pemansuhan PPSMI itu.

Tambah Muhyiddin, negara ini adalah bebas yang bermakna mereka mempunyai hak untuk menyampaikan pandangan dan kerajaan tidak akan sesekali menghalang kumpulan itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan