Ahad, 30 Oktober 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Dibidas enggan guna hasil negeri

Posted:

Dibidas enggan guna hasil negeri

Dibidas enggan guna hasil negeri

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my

GUAR CHEMPEDAK 29 Okt. - Kerajaan Pas Kedah dibidas kerana hanya tahu meminta-minta daripada Kerajaan Pusat tanpa mahu menggunakan pendapatan negeri untuk menangani masalah banjir.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Pas sering mendakwa kononnya hasil pembalakan negeri diraih lebih tinggi berbanding ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, maka hasil itu sepatutnya digunakan untuk menangani masalah banjir.

"Apa sudah jadi dengan keuntungan dalam hasil balak yang dijual kerana sebelum ini mereka kata hasilnya lebih tinggi berbanding waktu BN memerintah Kedah?

"Kalau benar hasilnya tinggi sepatutnya ia digunakan untuk rakyat dalam menangani masalah banjir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA di sini hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kedah akan merayu untuk mendapatkan bantuan banjir sekurang-kurangnya RM10 juta daripada Kerajaan Pusat dengan segera kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menghadapi bencana itu.

Azizan berkata, pihaknya akan mengarahkan bahagian kewangan negeri untuk menulis surat rayuan kepada Kerajaan Pusat bagi mendapatkan bantuan banjir tersebut.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri sepatutnya menggunakan hasil pembalakan itu untuk persediaan menghadapi sebarang bencana yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Bagi BN, beliau berkata, sama ada memohon atau tidak daripada Kerajaan Pusat, BN tetap akan membantu dengan menyediakan bantuan kepada rakyat memerlukan jika berlaku bencana atau malapetaka.

"Cuma kita nak pastikan agar jangan pula apabila Kerajaan Pusat beri bantuan, kerajaan negeri pula nak ambil nama dengan mengatakan ia daripada mereka.

"Sepatutnya, jangan dipolitikkan soal bantuan bencana dan sebab itu BN mahu ia (bantuan) terus kepada rakyat dan tidak perlu pihak ketiga," tegasnya.

Tambah Mukhriz, berdasarkan pengalaman lalu, kerajaan Pas negeri tidak mampu untuk membantu rakyat menghadapi bencana banjir dan kerja-kerja agihan bantuan lebih banyak dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan BN sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.

36 ekor lembu korban diagihkan di Jerai

Posted:

36 ekor lembu korban diagihkan di Jerai

36 ekor lembu korban diagihkan di Jerai


Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan wang zakat kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA, Guar Chempedak, Kedah, semalam.


GUAR CHEMPEDAK 29 Okt. - Sebanyak 36 ekor lembu korban diagihkan ke sekitar kawasan Parlimen Jerai di sini hari ini untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidiladha pada 6 November ini.

Sumbangan tersebut adalah daripada individu dan ahli korporat termasuk 10 ekor lembu daripada Koridor Utara yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk, Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah.

Selain itu, Mukhriz turut menyampaikan bantuan zakat kepada 330 warga miskin dari kawasan itu dalam bentuk wang tunai RM100 seorang sempena Aidiladha.

Dalam ucapannya, Mukhriz berkata, sambutan Aidiladha membawa mesej penting iaitu kepentingan umat Islam untuk terus berkorban demi agama, bangsa dan negara serta masa depan generasi akan datang.

"Rakyat perlu berkorban dan kerajaan pun sememangnya berkorban untuk rakyat. Pengorbanan ini penting untuk masa depan anak cucu kita," katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Koridor Utara dan Zakat Aidiladha Parlimen Jerai di Kompleks FAMA di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Jerai, Datuk Suhaimi Abdullah yang juga Ketua UMNO Bahagian kawasan itu.

Mukhriz memberitahu, setiap kali tiba sambutan Aidiladha juga, pelbagai pihak yang prihatin tampil menghulurkan sumbangan termasuk daripada mereka yang tidak mahu namanya didedahkan.

Menurutnya, ini menunjukkan tahap keprihatinan rakyat terhadap kesusahan golongan memerlukan amat tinggi bagi memastikan mereka terbela terutama dalam musim perayaan seperti itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Ceroboh hutan: MB arah siasat

Posted:

Ceroboh hutan: MB arah siasat

Ceroboh hutan: MB arah siasat

IPOH 29 Okt. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengarahkan siasatan terperinci dibuat berhubung isu pencerobohan tanah seluas kira-kira 4,000 hektar di kawasan Hutan Simpan Chikus di Teluk Intan di sini.

Zambry berkata, beliau sudah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin supaya mendapatkan laporan penuh daripada pihak terbabit termasuk Jabatan Perhutanan negeri.

Menurutnya, isu pencerobohan itu dimaklumkan sendiri kepada beliau oleh penduduk Orang Asli yang bimbang dengan kegiatan penerokaan tanah secara berleluasa di kawasan hutan simpan tersebut.

"Sebab itu saya meminta Datuk Zainol Fadzi untuk turun dan melihat sendiri masalah tersebut. Selain susulan laporan-laporan (media) selepas itu, kita juga mahu dapatkan maklumat di lapangan sama ada perkara ini serius atau tidak.

"Kita mahu lihat sama ada wujud percanggahan maklumat, justeru penting untuk kita dapatkan laporan daripada Jabatan Perhutanan terlebih dahulu," katanya di sini semalam.

Beliau diminta mengulas isu pencerobohan tanah seluas kira-kira 4,000 hektar di Hutan Simpan Kekal Chikus oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kemusnahan pokok-pokok di kawasan tersebut.

Zainol Fadzi yang membuat tinjauan di hutan tersebut kelmarin mendedahkan, kawasan itu ditanam dengan sawit serta tanaman kontan seperti betik, limau kasturi, limau nipis dan jambu batu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen