Ahad, 30 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


KM lawat Jepun tarik pelabur

Posted:

KM lawat Jepun tarik pelabur

KM lawat Jepun tarik pelabur

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 29 Okt. - Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berlepas ke Jepun hari ini bagi mengadakan lawatan kerja selama lima hari ke negara matahari terbit itu sehingga 3 November ini.

Mohd. Ali dalam satu kenyataan di sini berkata, lawatan kerja tersebut diadakan adalah atas undangan rasmi Datuk Bandar Kirishima, Shuji Maeda dan Datuk Bandar Kagoshima, Hiroyuki Mori.

"Lawatan ini bagi membolehkan kerajaan negeri meninjau peluang pelaburan di negara tersebut selain mempelawa beberapa syarikat di negara tersebut membuat pelaburan ke negeri ini," katanya.

Rombongan itu turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Pengurus Besar Invest Melaka, Ramli Ali.

Ketika berada di sana katanya, beliau akan melawat dan mendengar taklimat mengenai operasi syarikat pengeluar perisa makanan (Black Vinegar), Sakamoto Kurozu Co. Ltd dan pengeluar elekronik dan mikrocip terbesar dunia, Sony Semiconductor Co. Ltd.

Selain itu, katanya, pusat penyelidikan dan pengeluar makanan laut, Higashimaru Co. Ltd. dan kilang pengeluar kereta Honda akan turut dilawati.

"Saya melawat sekitar bandar raya Kirishima yang terkenal dengan landskap terbaik di dunia. Kejayaan bandar raya ini diaplikasikan di Melaka selaras dengan negeri bandar teknologi hijau menjelang 2020," katanya.

Terdahulu sebelum berlepas ke Jepun, Mohd. Ali turut mengucapkan selamat jalan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan isteri, Toh Puan Zurina Kassim yang berlepas ke Mekah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini untuk menunaikan ibadat haji.

Full content generated by Get Full RSS.

45 pengawal USIM gotong-royong bersih tasik

Posted:

45 pengawal USIM gotong-royong bersih tasik

45 pengawal USIM gotong-royong bersih tasik


Beberapa anggota pengawal keselamatan Universiti Sains Islam Malaysia bergotong-royong membersihkan sekitar tasik di Nilai, semalam.


SEREMBAN 29 Okt. - Seramai 45 pengawal keselamatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan tasik di sekitar kawasan universiti berkenaan menjelang Pesta Konvo yang akan berlangsung dari 1 hingga 4 Disember ini.

Ketua Bahagian Keselamatan USIM, Kapt. (B) Abdul Wahab Mat Zin berkata, program tersebut merupakan persediaan awal pihaknya sebelum menjalankan aktiviti gotong-royong perdana yang dijangka selepas Aidiladha nanti.

"Ini merupakan salah satu inisiatif pihak bahagian keselamatan USIM yang mana kita tidak mahu dilihat hanya terikat pada tugas hakiki semata-mata, tetapi turut berperanan membantu pihak universiti dalam segala aspek.

"Pada masa sama, kita melihat tasik yang berkeluasan hampir 10 hektar ini mempunyai daya tarikan dan sesuai bagi menjalani pelbagai aktiviti sukan air dan memancing,'' katanya di sini, hari ini.

Tasik berkenaan dijangka dibuka kepada umum pada Pertandingan Memancing Terbuka sempena Pesta Konvokesyen Ke-9 anjuran USIM dan Kumpulan Utusan pada 4 Disember ini.

Abdul Wahab menjelaskan, tasik mempunyai potensi tersendiri yang mana ia bukan sahaja luas dari segi saiznya, malah ia juga mampu dikomersialkan bukan sahaja pada warga USIM semata-mata, malah boleh menarik orang ramai untuk mengunjunginya.

Malah katanya, terdapat pelbagai jenis ikan yang terdapat di kawasan tasik ini termasuklah ikan toman dan tilapia.

"Kita melihat pertandingan memancing yang dianjurkan oleh pihak USIM dan Kumpulan Utusan ini adalah satu langkah yang tepat kerana sudah sampai masanya tasik ini dijadikan sebagai tarikan kepada orang ramai," katanya.

"Saya yakin bahawa pihak pengurusan universiti mempunyai perancangan mereka untuk menjadikan kawasan ini sebagai lokasi yang sesuai bukan sahaja untuk para pelajar, malah kepada orang ramai beriadah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen