Ahad, 30 Oktober 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Polis sedia beku cuti anggota

Posted:

Polis sedia beku cuti anggota

Polis sedia beku cuti anggota

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Okt. - Polis negeri ini bersedia untuk menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi termasuk membekukan cuti semua anggota dan pegawainya sekiranya khidmat mereka diperlukan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abd. Rahman berkata, beliau juga mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Polis Daerah agar bersedia menghadapi banjir terutama dalam aspek kelengkapan dan logistik.

"Mengenai operasi banjir, kita akan lihat kepada keadaan, jika memerlukan ramai anggota dan pegawai, maka kita tingkatkan jumlahnya supaya lebih bersiap sedia.

"Pembekuan cuti juga akan dilakukan jika keadaan memerlukan, namun tidaklah begitu 'keras' kerana kita turut menimbang kebajikan anggota dan pegawai kita," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Urusetia Karnival Jom Heboh TV3 2011 dan melakukan lawatan ke gerai pameran di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin.

Mengenai jenayah di negeri ini, beliau berkata, polis menyelesaikan 40 kes samun melibatkan dua kumpulan berikutan kejayaan menumpaskan dua kumpulan penjenayah iaitu Geng 7-Eleven dan Geng Din.

Menurut beliau, kedua-dua kumpulan samun berkenaan bergerak aktif pada waktu malam dengan menjadikan kedai serbaneka di Kelantan dan Terengganu sebagai sasaran rompakan.

Katanya, kumpulan Geng Din yang berpangkalan di Besut, Terengganu didapati turut melakukan jenayah di Pahang.

"Geng 7-Eleven ini bergerak pada waktu malam dengan menyamun rokok dan wang hasil jualan di premis itu. Bagaimanapun kita menumpaskannya sehingga berjaya menyelesaikan 19 kes samun di Kelantan.

"Satu lagi kumpulan iaitu Geng Din dari Besut pula ditumpaskan sehingga kita berjaya menyelesaikan 15 kes samun di Kelantan serta Terengganu dan enam di Pahang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

20 sukarelawan gotong-royong bersih Rumah Pekayatim

Posted:

20 sukarelawan gotong-royong bersih Rumah Pekayatim

20 sukarelawan gotong-royong bersih Rumah Pekayatim


Mohamad Salihuddin Ahmad (lima dari kiri) bersama sebahagian sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan Rumah Pekayatim di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, semalam. - MINGGUAN/ROSNI MASRI


KOTA BHARU 29 Okt. - Seramai 20 sukarelawan dari Great Eastern Takaful Sdn. Bhd. (GETSB) turun padang bagi menjayakan program khidmat masyarakat bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (Pekayatim) di Jalan Guchil Bayam dekat sini, hari ini.

Program itu turut disertai Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GETSB, Mohamad Salihuddin Ahmad yang bergotong-royong membersihkan Rumah Pekayatim dan beramah mesra dengan 23 anak yatim di rumah berkenaan.

Bertemakan, Riadah Ria Sambil Beramal, program itu membawa mesej untuk mengeratkan silaturahim dan beriadah antara sukarelawan dan anak-anak yatim berkenaan.

Program dimulakan dengan acara gotong-royong membersihkan kawasan luar rumah anak yatim itu diikuti acara sukan seperti pingpong, bola sepak dan catur.

Kehadiran sukarelawan itu yang dikenali sebagai i-GrEaT fella turut mendedahkan anak-anak yatim berkenaan mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan kemahiran berinteraksi.

Mohamad Salihuddin berkata, program turun padang itu bersempena dengan penganjuran Mini Karnival GETSB di sini dan ia bertujuan mendekatkan syarikat dengan masyarakat khususnya penghuni Rumah Pekayatim.

"Tujuan diadakan karnival dan kerja amal ini bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan perlindungan takaful untuk orang tersayang.

"Kerja amal ini merupakan projek tanggungjawab sosial korporat syarikat yang sebelum ini telah menganjurkan program serupa di Cyberjaya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, GETSB dilancarkan pada 10 Disember tahun lalu dan menyediakan produk takaful yang komprehensif serta perkhidmatan untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam dan bukan Islam.

Rumah Pekayatim menempatkan 23 anak yatim lelaki berumur dari 10 hingga 15 tahun dengan aktiviti utama tertumpu kepada memberi pendidikan terbaik seperti kelas celik al-Quran, tahfiz, fardu ain, asas bahasa Arab, khemah ibadah, kem motivasi dan sebagainya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hulu Terengganu buat persiapan rapi hadapi banjir

Posted:

Hulu Terengganu buat persiapan rapi hadapi banjir

Hulu Terengganu buat persiapan rapi hadapi banjir

HULU TERENGGANU 29 Okt. - Pejabat Parlimen Hulu Terengganu akan mengekalkan pusat pemindahan sedia ada termasuk di setiap kampung seperti tahun lepas bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir besar tahun ini.

Ahli Parlimennya, Mohd. Nor Othman berkata, pihaknya juga mengenal pasti kampung yang sering terjejas akibat banjir dan persiapan sedang dibuat untuk menghadapi bencana itu.

"Ramai sedia maklum bahawa daerah ini sering dilanda banjir apabila tiba musim tengkujuh setiap tahun. Justeru, kita susun pelan menyeluruh dan membuat persiapan rapi untuk hadapi banjir pada tahun ini," katanya di sini, hari ini.

Antara kampung yang sering dilanda bencana itu ialah Kampung Bukit Tadok, Kampung Nibong, Kampung Lubuk Perah dan beberapa kampung lain di kawasan Hulu Berang.

Tambah Mohd. Nor, bilik gerakan juga akan dibuka 24 jam semasa banjir nanti.

Mohd. Nor turut menasihati penduduk setempat agar berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti arahan pihak berwajib semasa banjir.

"Jangan leka dan tunggu saat akhir baru nak buat persiapan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan