Khamis, 27 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Teruskan tradisi rumah terbuka

Posted:

Teruskan tradisi rumah terbuka

Teruskan tradisi rumah terbuka

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Ketua Menter, Mohd. Ali Rustam bersalaman dengan orang ramai semasa menghadiri majlis perayaan Hari Deepavali di rumah Exco Pembangunan Desa dan Pertanian, R. Perumal (kanan) di Selandar, Melaka, semalam.


MELAKA 26 Okt. - Penduduk berbilang kaum di negeri ini diminta meneruskan amalan tradisi kunjung mengunjung rumah terbuka perayaan Deepavali yang disambut kaum India bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, hanya melalui amalan seperti itu mampu mengeratkan semangat perpaduan antara kaum sekali gus mengekalkan kesejahteraan negara.

Menurutnya, setiap kaum berperanan mengukuhkan semangat perpaduan ini demi membantu kerajaan menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan Melaka negeri berteknologi hijau.

''Saya gembira kerana masih melihat rakyat pelbagai kaum di negara ini berterusan mengamalkan budaya kunjung mengunjungi ini, bukan sahaja pada perayaan Deepavali malah perayaan lain yang disambut oleh kaum Melayu, Cina dan kaum lain di Sabah dan Sarawak," katanya dalam perutusan sempena Deepavali di sini, semalam.

Katanya, walaupun berbeza kepercayaan dan agama, sikap toleransi dan kerjasama antara kaum di negara ini masih kukuh sekali gus membolehkan mereka berkongsi kegembiraan menyambut pelbagai perayaan.

''Perpaduan dan kerjasama antara kaum di negara ini masih kukuh sekali gus membolehkan kita menyambut sesuatu perayaan dengan penuh kegembiraan tanpa perlu rasa bimbang atau takut dengan sebarang ancaman," katanya.

Pada masa sama, Mohd. Ali mengingatkan ikatan perpaduan yang sedia ada terjalin perlu dikekalkan kerana ia menjamin kesejahteraan dan keamanan yang dinikmati ketika ini.

Ini kerana, katanya, tanpa perpaduan kaum, sesuatu negara itu akan ditimpa pelbagai masalah dan konflik termasuk perang saudara, serangan kuasa besar, kemiskinan, kebuluran dan ketidak stabilan politik.

Ujarnya, melalui semangat perpaduan antara kaum, muhibah, sikap bertolak ansur dan bermuafakat mampu menjamin kejayaan sesuatu negara itu sekali gus meningkatkan kemajuan negara tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

2,420 mangsa banjir terima bantuan RM747,000

Posted:

2,420 mangsa banjir terima bantuan RM747,000

2,420 mangsa banjir terima bantuan RM747,000


MOHD. Ali Rustam (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa- mangsa banjir di Japerun Ayer Keroh, Batu Berendam, Melaka, kelmarin. MOHD. Ali Rustam (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa- mangsa banjir di Japerun Ayer Keroh, Batu Berendam, Melaka,baru-baru ini.


MELAKA 26 Okt. - Sambutan Deepavali esok amat bermakna buat 2,420 mangsa banjir dari tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin pada Januari lalu apabila mereka menerima bantuan wang ihsan daripada kerajaan Pusat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sejumlah RM747,000 wang ihsan daripada Tabung Bencana Negara mula diagih-agihkan kepada semua mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir besar yang melanda tiga daerah itu awal tahun ini.

Menurutnya, kesemua mangsa masing-masing menerima wang ihsan sebanyak RM300.

"Sebelum ini kerajaan negeri telah memberi peruntukan sebanyak RM200 kepada kesemua mangsa dan peruntukan RM747,000 ini adalah daripada kerajaan Pusat yang kita mohon sebelum ini.

"Kerajaan Pusat agak lewat sedikit membayar peruntukan ini kerana beberapa masalah, tetapi yang penting semua mangsa mendapat bantuan bencana seperti yang dijanjikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan wang ihsan bencana banjir bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh di sini kelmarin.

Mohd. Ali berkata, mangsa banjir di Melaka Tengah menjadi kumpulan pertama menerima peruntukan sebanyak RM364,800 yang diagihkan kepada 1,216 mangsa banjir.

Mangsa yang menerima bantuan tersebut ialah 1,192 orang dari Ayer Keroh, lima dari Paya Rumput dan 19 lagi dari Bachang.

Selepas Melaka Tengah katanya, mangsa banjir di Alor Gajah dan Jasin akan menerima peruntukan tersebut.

"Ini adalah bantuan yang kerajaan Pusat janjikan akibat banjir besar di tiga daerah di negeri ini dan jika ada pihak mengatakan ini sebagai bantuan pilihan raya, itu adalah tidak benar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

14,130 penyu karah ditetaskan

Posted:

14,130 penyu karah ditetaskan

14,130 penyu karah ditetaskan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Orang ramai dan pencinta alam tidak melepaskan peluang melihat pelepasan anak-anak penyu di Pantai Kemunting, Masjid Tanah, Melaka, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 26 Okt. _ Sebanyak 484 ekor penyu karah mendarat untuk bertelur di sepanjang pantai dalam daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah sepanjang tempoh lapan bulan tahun ini.

Pengarah Perikanan negeri, Rosmawati Ghazali berkata, bulan Julai mencatatkan bilangan pendaratan penyu karah terbanyak iaitu 143 ekor namun berkurangan kepada 78 ekor pada bulan Ogos.

Menurutnya, dalam tempoh tersebut juga, sebanyak 61,918 biji telur penyu berjaya dikumpulkan dan sebanyak 14,130 penyu berjaya ditetaskan sebelum dilepaskan semula ke laut.

''Terdapat 19 lokasi pendaratan penyu karah di sebahagian daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah antaranya yang terbanyak mendarat di Pulau Upeh, Kem Terendak, Tanjung Serai dan Pasir Gembur," katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Eko Pelancongan Penyu Melaka yang disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Latipah Omar di Pantai Kemunting, Masjid Tanah sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pendataran penyu karah sepanjang tahun lalu mencatatkan bilangan sebanyak 402 ekor dengan bilangan telur kira-kira 48,503 biji.

Pada masa sama, kata Rosmawati, pihaknya berharap kadar pendaratan dan penetasan penyu di lokasi pendaratan akan bertambah dari semasa ke semasa melalui penganjuran program kesedaran serta pemuliharaan penyu yang dijalankan dengan kerjasama Tabung Alam Malaysia (WWF-Malaysia).

Ujarnya, salah satu usaha terbaru pihaknya ke arah tersebut ialah memperkenalkan program Eko Pelancongan Penyu Melaka dengan lebih memfokuskan kepada aktiviti mendidik masyarakat agar turut sama memulihara habitat penyu.

Beliau berkata, kira-kira 30,569 pelancong telah datang ke pusat-pusat habitat penyu dalam tempoh lapan bulan lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan