Khamis, 27 Oktober 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Amil lesapkan wang zakat diburu

Posted:

Amil lesapkan wang zakat diburu

Amil lesapkan wang zakat diburu

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

PEJABAT Majlis Agama Islam Johor di Johor Bahru melantik Redzuan (gambar kecil) sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya.


JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.

Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.

"Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

"Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut," kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Rangka manusia 16,000 tahun dihantar ke tapak asal

Posted:

Rangka manusia 16,000 tahun dihantar ke tapak asal

Rangka manusia 16,000 tahun dihantar ke tapak asal

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


KAWASAN gua tempat penemuan rangka manusia berusia 16,000 tahun di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.


KUALA TERENGGANU – Rangka manusia berusia 16,000 tahun yang dipercayai rangka tertua pernah ditemui di negara ini akan dikembalikan ke tapak asalnya di Gua Bewah, Tasik Kenyir tidak lama lagi.

Pengarah Muzium Terengganu, Yusof Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat persiapan terakhir berhubung urusan penghantaran rangka dikenali sebagai Bewah Man itu. Ia dijangka dilakukan pada akhir tahun ini.

Katanya, sekumpulan pakar tempatan dan ahli arkeologi kini sibuk membina satu bekas khas yang sesuai untuk menempatkan rangka manusia itu yang telah ditemui di Gua Bewah pada November tahun lalu.

"Penyelidikan ke atas rangka ini telah memasuki fasa terakhir dan selepas itu kita akan menghantarnya ke tempat ia ditemui.

"Kita juga akan pastikan rangka ini tidak diganggu dan sentiasa berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ditanya apakah jantina rangka itu, Yusof menjelaskan, sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini telah menemui cebisan gigi ketika melakukan cari gali di Gua Bewah dan penemuan itu diharap akan dapat membantu untuk menentukan jantina rangka berkenaan.

"Ini adalah penemuan baru bagi Bewah Man namun kita akan melakukan lebih banyak ujian sebelum dapat menentukan jantina sebenar rangka yang dianggap tertua di negara kita," jelasnya.

Yusof menjelaskan, setiap rangka yang ditemui di kawasan itu telah dihantar kepada pakar-pakar di Amerika Syarikat untuk penyelidikan lanjut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Orang Melayu malu jalani ujian HIV

Posted:

Orang Melayu malu jalani ujian HIV

Orang Melayu malu jalani ujian HIV

KUALA LUMPUR - Perasaan malu di kalangan orang Melayu untuk tampil menjalani ujian atau mendapatkan rawatan sewajarnya merupakan penyumbang kepada penularan HIV dan AIDS di kalangan mereka.

Menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Tan Sri Mohd. Zaman Khan, persepsi negatif yang keterlaluan di samping stigma dan diskriminasi masyarakat yang terlalu menebal secara langsung juga menyumbang kepada penularan epidemik itu.

Katanya, menurut statistik, sehingga kini kira-kira 66,000 orang Melayu menghidap HIV diikuti Cina 13,000 dan India sebanyak 7,300.

"Statistik ini turut menunjukkan bahawa tujuh daripada 10 kes HIV di negara ini berlaku di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

"Situasi ini telah menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak kerana orang Melayu yang tebal mengamalkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam terjebak dengan epidemik atau penyakit moral ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Untuk rekod, sejak 1986 sehingga Disember 2010, epidemik HIV telah menular kepada 91,632 orang dan telah meragut nyawa 12,403 orang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen