Jumaat, 28 Oktober 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


2,000 kes kerosakan pili bomba

Posted:

2,000 kes kerosakan pili bomba

2,000 kes kerosakan pili bomba

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.myl


Abdul Wahab Mat Yasin (kanan) menunjukkan alat pemadam api kepada kanak-kanak sambil diperhatikan oleh Shahaniza Shamsuddin pada majlis pelancaran Program Komuniti Teman Pili Bomba peringkat DUN Kuala Sentol di Felda Kemboja Jengka 4, Maran, baru-baru ini.


MARAN 28 Okt. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang membelanjakan RM500,000 pada tahun ini bagi tujuan penyelenggaraan dan mengganti pili bomba yang rosak akibat perbuatan vandalisme dan kecurian.

Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, sehingga kini 2,000 kes telah dilaporkan dan senario itu semakin meningkat yang memerlukan pemantauan berterusan.

"Ada dua jenis pili bomba iaitu pili bawah tanah dan jenis tiang. Jika rosak tidak boleh dibaiki tetapi perlu diganti baru dengan kos antara RM4,000 hingga RM6,000 seunit.

"Pili bomba adalah sumber utama untuk mendapatkan bekalan air bagi memadam kebakaran tetapi sering diabaikan masyarakat kerana tahap kesedaran yang masih rendah.

"Banyak yang rosak akibat vandalisme atau muncung pili bomba yang diperbuat daripada tembaga dicuri. Selain itu, tiang pili bomba juga boleh rosak jika dilanggar kenderaan," katanya selepas majlis pelancaran Program Komuniti Teman Pili Bomba peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentol di Felda Kemboja Jengka 4 di sini, kelmarin.

Program itu dirasmikan ADUN Kuala Sentol, Datuk Shahaniza Shamsuddin. Hadir sama Penolong Pengarah Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zulfahmi Sutaji dan Ketua Kampung Felda Jengka 4, Wan Mustaffa Roni Wan Hayat.

Andul Wahab berkata, terdapat 22,010 unit pili bomba di seluruh Pahang dengan di Felda Jengka sahaja terdapat 741 unit.

"Program Teman Pili Bomba adalah strategi jabatan untuk membabitkan masyarakat bagi memastikan pili bomba bebas daripada kerosakan akibat perbuatan vandalisme atau kecurian," katanya.

Menurutnya, program Teman Pili Bomba diperkenalkan sejak 1986 bagi mewujudkan kerjasama erat di antara masyarakat dengan jabatan itu dalam aspek penjagaan pili bomba di peringkat komuniti.

Tambah beliau, program itu berperanan menyedarkan orang ramai tentang pentingnya penjagaan pili bomba serta memastikan ia berada dalam keadaan baik.

Katanya sesiapa yang merosakkan pili bomba boleh didakwa mengikut Seksyen 58 Akta 341 Perkhidmatan Bomba 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Full content generated by Get Full RSS.

Khai Mun gesa penduduk kg. baru guna bahasa Melayu

Posted:

Khai Mun gesa penduduk kg. baru guna bahasa Melayu

Khai Mun gesa penduduk kg. baru guna bahasa Melayu


Hoh Khai Mun (bertali leher) bersama-sama penduduk Kampung Baru Sungai Penjuring tekun menyaksikan salah satu persembahan dalam Program Penggalakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Bentong, baru-baru ini.


BENTONG 28 Okt. - Penduduk di kampung baru perlu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan seharian kerana ia adalah bahasa kebangsaan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun berkata, penggunaan bahasa kebangsaan amat penting kerana ia boleh meningkatkan hubungan dan perpaduan kaum di negara ini.

Katanya, penduduk kampung baru tidak perlu bimbang kerana penggunaan bahasa kebangsaan tidak bermakna bahasa Cina yang merupakan bahasa ibunda mereka akan pupus.

"Sebaliknya, ia memberikan kelebihan jika kita menguasai banyak bahasa selain bertutur bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda sendiri.

"Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya," kata Khai Mun semasa berucap merasmikan Program Penggalakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan di Kampung Baru Sungai Penjuring di sini, baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011.

Menurut beliau, adalah penting bagi rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan budaya menguasai dan bertutur menggunakan bahasa kebangsaan secara meluas.

Tambah beliau, penduduk kampung baru yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina perlu mempraktikkan peribahasa iaitu 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

"Malah, kita jangan berasa malu bertutur bahasa kebangsaan jika sebutannya mungkin tidak tepat, sebaliknya kita perlu mempelajari dan mempraktikkannya setiap hari.

"Saya percaya dengan mempelajari dan mengamalkan satu hari satu perkataan bahasa kebangsaan kita akhirnya dapat menguasai 365 perkataan setahun dan lama-kelamaan kita boleh bertutur sepenuhnya bahasa yang menjadi teras negara," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

SK Beserah terima bantuan wang Lembaga Pelawat HTAA

Posted:

SK Beserah terima bantuan wang Lembaga Pelawat HTAA

SK Beserah terima bantuan wang Lembaga Pelawat HTAA


Saari Abd. Ghani (kiri) menerima replika cek sumbangan Lembaga Pelawat HTAA yang disampaikan Mohd. Hazmi Yusof di Kuantan, semalam.


KUANTAN 28 Okt. - Lembaga Pelawat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan menyumbangkan RM5,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian akademik murid-murid sekolah berkenaan.

Pengerusinya, Liyu Tuck Fatt berkata, sumbangan itu diharap dapat digunakan bagi membeli buku kerja khusus sebagai persediaan untuk murid tahun lima sekolah itu menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun depan.

"Selain itu, kita juga menyumbangkan beg kitar semula dalam usaha mendidik murid untuk menghargai dan menjaga alam sekitar.

"Sekurang-kurangnya ia dapat mendidik mereka agar tidak menggunakan sewenang-wenangnya beg plastik yang boleh memudaratkan alam sekitar," katanya.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan itu kepada Guru Besar, Saari Abd. Ghani yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof di sini hari ini.

Pada majlis yang sama, Mohd. Hazmi turut menyumbangkan RM5,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Sementara itu, Saari ketika ditemui berkata, pihak sekolah menghargai keprihatinan Lembaga Pelawat HTAA dan Mayang Parlimen Indera Mahkota yang membantu dalam meningkatkan kecemerlangan sekolah itu yang mempunyai 972 murid.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen