Isnin, 31 Oktober 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Program 'English Teaching Assistants' Terengganu jadi model Kementerian Pelajaran

Posted: 31 Oct 2011 03:31 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Program 'English Teaching Assistants' (ETA) yang dipelopori Terengganu akan dijadikan model atau contoh oleh Kementerian Pelajaran apabila mengendalikan program itu mulai tahun hadapan.

Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Mazlan Ngah berkata mulai tahun hadapan kementerian mengambil alih program ETA itu yang akan dijalankan di negeri-negeri lain sebagaimana dibuat di Terengganu.

"Kementerian Pelajaran mendapati program ETA itu menghasilkan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dengan baik," katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan dan perpisahan ETA di sini hari ini.

Mazlan berkata dalam tempoh enam tahun program itu dijalankan peningkatan prestasi pelajar amat mengagumkan.


"Pegawai pelajaran melaporkan pelajar yang mengikuti program itu mencapai kelulusan meningkat mendadak pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka," katanya.


Katanya, di Terengganu, ETA ditempatkan di sekolah-sekolah yang pelajarnya sudah tahu berbahasa Inggeris, dan program berkenaan menghasilkan peningkatan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar.

Mazlan berkata, walaupun kementerian mengambil alih program ETA itu, Terengganu tetap diberi keutamaan dengan menempatkan seramai 17 ETA di sekolah-sekolah negeri itu.

"Difahamkan 50 ETA akan terlibat pada tahun depan di ngeri-negeri Pahang dan Johor tetapi Terengganu tetap diberi keutamaan dengan menempatkan 17 ETA," katanya.

Kerajaan Terengganu, katanya, membelanjakan kira-kira RM3.5 juta bagi program ETA bermula pada 2006 yang sehingga kini melibatkan 90 ETA keseluruhannya.

Pada majlis itu seramai 17 tenaga pembantu pengajar dari Amerika Syarikat yang selesai menjalankan tugas mereka selama 10 bulan di 17 buah sekolah di Terengganu tahun ini diraikan sebelum pulang ke negara mereka. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kastam Melaka tumpas penyeludupan rokok bernilai RM4.3 juta

Posted: 31 Oct 2011 03:27 AM PDT

MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Melaka berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan rokok haram bernilai RM4.3 juta termasuk cukai dalam tiga operasi berasingan sepanjang minggu lepas.

Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 30 tahun dan merampas lima buah lori dan sebuah kereta dipercayai digunakan dalam penyeludupan berkenaan.

"Operasi pertama dilakukan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Kluang, Johor; seterusnya di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, di sini; dan berakhir di Taman Mount Austin, Johor Baharu.

"Kedua-dua suspek tersebut ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan, dan akan didakwa di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan mengangkut barang larangan import dan Seksyen 135(1)(d) akta sama iaitu menyimpan barangan larangan import," katanya.


Bercakap pada sidang media di Bandar Hilir di sini, beliau berkata sebanyak 7.3 juta batang rokok tidak sah bernilai RM761,000 dan tidak mempunyai setem cukai Malaysia antaranya jenama 'Canyon' dan 'June Slim', dirampas dalam tiga operasi itu.


"Cukai ke atas rokok berkenaan ialah $RM3.594 juta," katanya

Beliau berkata siasatan awal mendapati kesemua rokok seludup tersebut dipercayai di bawa masuk ke negara ini melalui negara jiran yang menjadikan taman perumahan serta ladang kelapa sawit sebagai pusat transit sebelum diedar dan ke pasaran gelap seluruh negara. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan