Isnin, 31 Oktober 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


200 nyaris maut kereta api rempuh lori tangki

Posted: 31 Oct 2011 03:55 PM PDT

Nasional

Gegaran akibat letupan kuat dirasai sekitar Petagas

KOTA KINABALU: Kira-kira 200 penumpang kebanyakannya kakitangan kerajaan nyaris maut apabila kereta api dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki bermuatan 27,000 liter petrol yang menyebabkan letupan kuat di lintasan kereta api haram berhampiran Kilometer 5, Jalan Kota Kinabalu-Putatan, Petagas, dekat sini, semalam.

Letupan itu menyebabkan gegaran kuat di sekitar Petagas dengan asap tebal boleh dilihat dari jarak kira-kira lima kilometer (km), selain kesesakan lalu lintas yang teruk sepanjang kira-kira 10 km dari Jalan Kota Kinabalu-Putatan dan sebaliknya. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lapan penumpang kereta api cedera ringan manakala pemandu lori berkenaan tidak cedera.

Kereta api tiga gerabak itu dalam perjalanan dari Stesen Kereta Api Tanjung Aru, di sini membawa penumpang yang kebanyakannya kakitangan kerajaan yang baru pulang kerja ke Stesen Kereta Api Papar, kira-kira 70 km dari sini.

Kereta api milik Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) itu dikatakan baru meninggalkan stesen berkenaan pada jam 5 petang dan dipercayai bergerak pada kelajuan antara 40 hingga 50 km sejam tetapi pemandunya dipercayai gagal memberhentikan kenderaan itu kerana agak hampir dengan lori berkenaan.

Ia menyebabkan kepala dan gerabak pertama kereta api itu tergelincir ke kanan landasan sebelum hangus manakala lori itu terputus dua dengan bahagian kepala dan tangkinya terpisah kira-kira 10 meter di kiri dan kanan landasan.
Penumpang yang panik terpaksa memecahkan cermin kereta api dan melompat keluar bagi menyelamatkan diri daripada api yang menjulang setinggi kira-kira 30 meter.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat pemandu lori membelok ke kiri jalan untuk melintasi landasan sebelum membawa bahan api itu ke sebuah stesen minyak, kira-kira 300 meter dari tepi landasan.

"Pemandu lori dipercayai gagal mengesan kereta api berkenaan tetapi sempat melompat keluar dari kenderaannya sejurus sebelum kenderaannya dirempuh kereta api," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jurucakap JKNS berkata, kejadian menyebabkan kepala kereta api seberat kira-kira 60 tan itu tergelincir ke kanan landasan manakala gerabak depan hangus.

Katanya, lintasan kereta api berkenaan dibuat pihak tertentu secara haram, menyebabkan tiada pintu di landasan berkenaan.

Beliau berkata, kereta api itu baru dibeli JKNS dari China mula beroperasi sejak Februari lalu selepas dihentikan selama lima tahun berikutan projek menaik taraf landasan berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, berkata bomba yang menerima panggilan pada jam 5.38 petang menghantar lima jentera dengan 35 anggota ke tempat kejadian dan api berjaya dipadamkan kira-kira jam 6.45 petang.

Penumpang terpaksa pecah cermin selamat diri

KOTA KINABALU: "Saya duduk di gerabak pertama. Tiba-tiba saya dengar dentuman dan disusuli letupan kuat. Saya nampak api menjulang di sebelah kanan tingkap kereta api. Saya dan penumpang lain terpaksa memecahkan cermin untuk melompat keluar.

"Kami takut kereta api meletup. Bagaimanapun saya bersyukur kerana tiada penumpang yang maut atau cedera parah," luahan penumpang kereta api, Irwan Shamsuddin, 29.

Menceritakan detik cemas itu, Irwan yang bertugas sebagai anggota Jabatan Pertahanan Awam di bandar raya ini, berkata sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi amaran kereta api tetapi tidak menyangka akan merempuh lori itu.

"Saya fikir pemandu kereta api hanya memberi amaran kepada orang yang melintas landasan. Bagaimanapun, selepas dentuman dan letupan itu, saya nampak api menjulang kira-kira 30 meter," katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Penumpang, Razmi Jaafar, 37, berkata ketika kejadian beliau dan penumpang di gerabak pertama baru bergerak meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjung Aru, dekat sini ke Papar pada jam 5 petang.

"Baru setengah jam bergerak meninggalkan stesen itu tiba-tiba saya terdengar letupan kuat dari arah depan. Saya nampak api menjulang. Saya dan penumpang lain terpaksa memecahkan tingkap untuk melompat keluar.

"Saya dan penumpang lain berebut-rebut keluar. Saya sempat menyelamatkan beberapa penumpang yang lain," katanya.

Pemandu lori, Pauleh Dausun, 45, berkata ketika menghampiri landasan itu, ada sebuah kenderaan pacuan empat roda di depannya melintasi landasan.

"Saya dengar bunyi hon tetapi menyangka ia dari treler atau kenderaan lain di jalan. Saya hanya menyedari kereta api apabila ia sudah terlalu dekat. Saya cuba menekan pedal minyak. Kepala lori berjaya melepasi landasan tetapi tangki lori tersangkut di landasan.

"Saya terpaksa melompat keluar. Sejurus meninggalkan lori, saya terdengar dentuman dan disusuli dengan letupan kuat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau yang tidak cedera bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu.

Saksi kejadian yang hanya ingin dikenali sebagai Liza berkata, ketika kejadian beliau yang memandu kereta baru keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terlihat lori berkenaan melintasi landasan tanpa ada sebarang tanda pemandunya ingin memberhentikan kenderaannya.

"Tiba-tiba saya nampak kereta api itu terus merempuh bahagian tangki lori itu. Letupannya kuat. Api menjulang tinggi," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

NORHASIMA MANSOR

perlu dikaji semula perkhidmatan sedeia ada.disamping itu semua pihak perlu berkerjasama menangani masalah ini..Alhmdllh semua selamat..kejadian ini sebagai pengajaran pada semua pihak tidak merunding jari pada 1 pihak sahaja.

Mohd Redzham Bin Salleh

Saya harap sangat pihak Jabatan Keretapi Sabah melakukan sesuatu untuk mengelakkan kejadian ini berulang. Pengguna2 laluan haram tersebut juga seharusnya dikenakan tindakan undang yang tegas...

man keningau

iktibarlah dari apa yang berlaku.... lintasan kereta api tikus terlalu banyak dan bakal mengundang bahaya....hati-hati la semua

lodd akka

spatutnya pemandu lori tu kena la lihat kiri kanan..dah tahu ada landasan keretapi kena la tengok kiri kanan sebelum melintas laluan keretapi...so..lu pikir la sendiri... (:

qui

Syukur la semua selamat...bila lagi la rasanya tempat kita nie ada LRT dari Kudat sampai ke Labuan...oo best tu kan...banyak bandar baru akan muncul...boleh kali difikirkan oleh ahli-ahli yang berhormat kita...terbaik

CINTA

bikin takut...sepatutnya jgn dbuat laluan haram krn boleh membahayakan nyawa...

edy

macam perbuatan kianat..mesti ada yg tak kena dengan pemandu lori tu..baik siasat betul siapa pemandu lori tu..

azmin.demand

jalan lintasan haram???tapi jalan aspal..pihak mana yg patut jwb..sda jadi kes camni bru maw buka cryta tu lintasan haram..harap maklum sekalian alam..Syukur pada Allah smua selamat..mmg syukur sgt2..xsangka kjadian hitam tu semua slamat..Alhamdulillah..syukur ..

lele

bukan jalan haram baitu bosss...suda bekurun lamanya jalan itu ada sana....jalan untuk pg taman perumahan frenship ma stesen shell...kmu mna taw haha

nordin

kalau di negeri Jepun, Pengarah keretapinya sudah tentu secara sukarela meletak jawatan kerana dari segi akauntabiliti dia brtanggungjawab trhadap keselamatan penumpang. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dikalangan penumpang. Siapa yang akan di salahkan jika berlaku sebaliknya??

lele

bukan jalan haram baitu bosss...suda bekurun lamanya jalan itu ada sana....jalan untuk pg taman perumahan frenship ma stesen shell...kmu mna taw haha

AFJ....

ni la org kita.. susah gak mo tutup jln2 haram coz kwsn kampung mmg sejak dulu lg... bukan keretapi yg haram.. ish3x.... JKNS gak 2... :(((

azmin.demand

jalan lintasan haram???tapi jalan aspal..pihak mana yg patut jwb..sda jadi kes camni bru maw buka cryta tu lintasan haram..harap maklum sekalian alam..Syukur pada Allah smua selamat..mmg syukur sgt2..xsangka kjadian hitam tu semua slamat..Alhamdulillah..syukur ..

zie

Buatlah sesuatu untuk keselamatan. Ini bukan kejadian pertama byk sudah kemalangan begini yang telah meragut nyawa di tempat tersebut. Syukur kali ni semuanya selamat.

zie

Buatlah sesuatu untuk keselamatan. Ini bukan kejadian pertama byk sudah kemalangan begini yang telah meragut nyawa di tempat tersebut. Syukur kali ni semuanya selamat.

Mizzminmeenachi Espin

Syukurla tiada juga yg maut...

safety 1st

apa2pun syukur, tiada yg terkorban.jadikan pengajaran.aku lama sdh terpikir benda ni.terutama di area2 yg confirm 'jam'time 'peak hours'.kalau la kereta kamu btl2 berhenti di rail kereta api.maju depan x boleh,mundur pun x boleh,ke kiri kanan pun x boleh.terutama di lampu trafik sepanjang perjalanan kereta api sampai ke papar,apa jadi?pihak2 berkenaan kena pikir2 juga

luqman

Sedih tengok kereta api sabah, sedih, sangat-sangat sedih, kita bercakap tentang keselamatan, tentang siapa yang salah, tapi yang sedihnya kereta api sabah telah lama hujud, sejak zaman penjajah lagi tapi macam itu saja, lihat, baca dan dengar di negeri lain (semenanjung) landasan berkember lagi kereta api moden lagi, kereta api sabah baru beli dari china, tapi bukan kereta api baru, yang entah berapa lama sudah digunakan di negara berkenaan (Barang bundel china) anak tiri yang masih diharapkan bila pilihan raya.

dinlawa.

salam..memandangkn trlalu bnyak lintasan2 keretapi yg tdk berpagar d kk(atu haram)dharap pihak yg brwajib dpt menangani masalah ini dgn segera sblum bnyak lgi kemalangan2 yg tdk dingini brlaku..dan klu boleh pihak JKNS dpt menambah kekuatan bunyi hon 10x gnda dri asl supayah buli d dgr lbih jelas lg dri jarak jauh...(klu buli la)

MD SYAHIRIN NAZRUL

KESIPAN SIAPAKAH YANG SALAH LORI ATAU PUN KERETA API

Org S

dahulu...mmg tdk ada kemalangan mcm ni berlaku, landasan keretapi yang ada mmg tdk lagi sesuai di gunakan....perlu mencari tapak baru.

Orang Petagas

Pemandu lori yang cuai, tak tengok kiri kanan sebelum melintas...sudah berlaku

Orang Petagas

Pemandu lori yang cuai, tak tengok kiri kanan sebelum melintas...sudah berlaku

Yvonne Zoz

syukur tiada casualty...horror la api tu..syabas org sabah semua hero..

Orang Awam

Pindah semua stesen minyak yg dekat dgn laluan keretapi ke lokasi yag lebih selamat. Stesen minyak di Sabah tumbuh mcm cendawan. Lokasi patut mendapat ulasan teknikal drp pihak yg berkaitan. Trailer panjang (40 kaki) angkut petrol TIDAK DIBENAR masuk ke kwsn bandaraya. Hanya lori minyak biasa (pendek)DIBENARKAN. Lori tangki minyak(petrol) TIDAK DIBENAR masuk ke Bandaraya pd waktu masuk/pulang pejabat.

jess M

kesedaran orangramai tentang keselamatan masih ditahap yang rendah ( sikap tidak menitikberatkan soal keselamatan )..semoga peristiwa ini menjadi tauladan...

Wangan

kemalangan ini boleh dielakkan jika pemandu lebih berhati-hati.. bawa kenderaan besar tanggungjawab juga adalah besar..

cdangn agar dibuat jln khas utk keretapi sahaja dan buat sayu laluan khas utk kenderaan lain agar tidak btembung dgn kemalangn.

jim

pemandu lori itu melakukan kesalahan yang besar, mengabaikan undang2 jalanraya, dia patut di dakwa dengan cubaan membunuh.

mandakranau

Masyarakat setempat sama kerajaan patut tutup lorong2 tikus ni...nasib baik tiada yang maut.... at the same time, rugi kerajaan negeri beli k.api baru tapi camni pula....

Reena

Jangan asyik nak cakap jalan2 tu haram atau pun lorong2 tikus.. dah jalan tu dari zaman nenek moyang kita ada lagi. fikir dulu sebelum bercakap.itu dari diri kita sendiri melalui jalan tersebut.

wan lukman

Perlu ada pagar dan pemantauan oleh JKNS dan kerajaan negeri untuk halang pencerobohan landasan keretapi, selalunya kemalangan melibatkan keretapi besar dan banyak yang terkorban, alhamdulillah semuanya selamat walaupun ada yang cedera.

saya juga melihat di fb banyak dilaporkan angka kematian ada yg 17 ada yang 21 orang mati tanpa selidik dahulu betul ke sumber berita ini. kita perlu pastikan sumber yang betul untuk masukkan dalam fb apabila melibatkan perkara macam ni kerana kesannya amat besar kepada orang ramai yang ada sesetengahnya terlalu mudah percaya kepada sumber yang tidak diketahui kesahihannya.

saipul

syukur xda perkara xsedap didengar berlaku.tp tengok cm dalam filem aksi lak..cuma xda kamareman jer masa tu.

munet

landasan haram tu dah berapa lama dibuat? kenapa tiada pemantauan dan tindakan dari pihak berwajib..syukur tiada kemalangan jiwa....

Mohamad emir arif

seharusnya, pemandu lori terbabit perlulah memastikan tiada kereta api yg menuju ke arahnya.

wan lukman

Perlu ada pagar dan pemantauan oleh JKNS dan kerajaan negeri untuk halang pencerobohan landasan keretapi, selalunya kemalangan melibatkan keretapi besar dan banyak yang terkorban, alhamdulillah semuanya selamat walaupun ada yang cedera.

saya juga melihat di fb banyak dilaporkan angka kematian ada yg 17 ada yang 21 orang mati tanpa selidik dahulu betul ke sumber berita ini. kita perlu pastikan sumber yang betul untuk masukkan dalam fb apabila melibatkan perkara macam ni kerana kesannya amat besar kepada orang ramai yang ada sesetengahnya terlalu mudah percaya kepada sumber yang tidak diketahui kesahihannya.

YUSUP N.

semua pihak perlu mengambil iktibar dalam kejadian ini agar tidak berulang lagi, mass disaster akan berlaku jika pihak bertanggungjawab hanya melepaskan batuk di tangga saja jika langkah-langkah keselamatan membendung kejadilan ini agar tidak berulang lagi.

Wangan

kejadian ini boleh dielakkan jika pak Pauleh lebih berhati-hati.. keretapi bukan kecil mcm basikal.. senang saja mengesannya jika kita mengamalkan rukun asas memandu.. lihat kiri atau kanan dan jalan bila 'line clear'.. bukannya semata-mata berpandukan kenderaan di hadapan.. saya rasa itu sudah diajar dulu masa ambil lesen memandu gdl tu..

cyadan

Hasil dari pemerhatian, di sabah terlalu banyak lorong2 tikus yang dibina merentasi landasan keretapi namun mereka tidak sedar keburukanya. Ini hanya akan menggundang bahaya pada penggunanya, selagi ada lorong2 tikus ini selagi itulah bahaya akan menggundang.Kita sedia maklum keretapi memang sukar untuk diberhentikan dengan mengejut kerana bebanan yang di bawanya terlalu berat.Kepada pengguna2 lorong tikus ini 'Awas kecelakaan pasti berlaku jika tersilap langkah.

bne123

syukur x da y maut..... mmg org sabah staring semua......

matteo

Pemandu lori harus ditahan,untuk membantu siasatan,kerana beliau punca kemalangan berlaku.Sepatutunya beliau berhenti terlebih dahulu,perhatikan sebelah kiri dan kanan sebelum melintasi landasan tempat kejadian

Jula Juli Sindarella

Masyaallah....smoga semuanya selamat..

Cinta Sabah

disebabkan kecuaian ramai yang menjadi mangsa keadaan, dah tau tempat tu adalah laluan keretapi apasal nak buat laluan haram, tambahan pula ada papan tanda yang menyatakan laluan tu adalah laluan haram dan jika laluan tu betul-betul diperlukan boleh mohon dari jabatan keretapi, apasal tak buat permohonan agar jabatan keretapi tu boleh mengambil tindakan sepatutnya... dah jadi macam ni nak buat apa dah? company shell nak bayar ke harga keretapi tu?

Apapun cri jalan penyelasaian... jgn salahkan saiapa2 hal ni,cuma cri jalan terbaik utk mengelakkan perkara seperti ini berlaku kemabali.

hassim

Bersyukurlah kerana tidak mengikut peraturan, dosa yang dibalas Allah tetapi keampunannya yang lebih LUMAYANG telah menyelamatkan semua...

Pengguna prihatin

Syukur Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yg berlaku. namun kejadian ini perlu diambil iktibar oleh semua pihak. Drpd bbrp situasi yg pernah saya alami sendiri, Ada berapa kelemahan JKNS yg perlu diambil perhatian utk kebaikan semua.

1. Bunyi hon keretapi hampir sama dgn lori dan hanya dibunyikan sekejap2 juga sama spt hon lori. sepatutnya hon dibunyikan lebih panjang dan lebih awal agar pengguna j/raya sempat bertindak. saya juga dapati keretapi tdk membunyikan hon di kwsn lintasan kenderaan jika pemandunya tidak melihat adanya kenderaan. sepatutnya hon dibunyikan di setiap kwsn laluan w/pun tdk terlihat kenderaan. tindakan ini membahayakan kenderaan lain yg tidak menyedari kehadiran keretapi yg laju.

2. saya pernah mengalami ada satu landasan 'halal' yg tidak diawasi oleh penjaga semasa keretapi lalu. palang automatiknya juga tidak berfungsi. Sangat tidak bertanggungjawab. Perlu pemantauan pihak JKNS.

3. LALUAN HARAM PERLU DITUTUP. Pihak berkuasa perlu tegas dalam hal ini demi kebaikan bersama.

man

Nampaknya perkhidmatan ni belum selamat lagi untuk orang awam. Diminta pihak keretapi Sabah fikirkan langkah keselamatan dan pastikan jalan keretapi selamat dan tiada gangguan kereta melintas. Cubalah kamu orang pastikan semua jalan ada 'gate' supaya perkara ini tidak lagi berlaku. Bahaya dan amat merisaukan untuk naik keretapi ni, masih lemah dari segi keselamatan penumpang. Pihak kerejaan perlulah tambah peruntukkan untuk meningkatkan keselamatan keretapi.

Kage

Terkejut juga saya mendengar berita mengejut ini. Pertama kali kejadian ini berlaku.

Aemy Ahmad

Syukur Alhamdulillah....Semuanya selamat....

asniedah ash

syukurla semua selamat biarpun ada yang cedera tetapi tiada nyawa yang terkorban...Syukran Ya Allah..

aedy

macamana ni kan keretapi haram?

awang

ni la gara2 buat jalan haram.....

goodby mrcool

salam,syukur alhamdulillah.semuanya selamat.semoga kita lebih peka dan menitikberatkan tentang ciri2 keselamatan jalan-jalan yang melintasi laluan keretapi.diharap pihak berkenaan dapat meningkatkan lagi ciri-ciri keselamatan agar perkara begini tidak akan berlaku lagi.insyaallah.setiap perkara yang berlaku adalah atas kehendaknya Allah S.W.T dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian,insyaallah.sama-sama lah kita berdoa semoga dijauhi dari bencana mahupun kecelakaan.amin..minta maaf jika saya ada tersilap kata-kata..salam


Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat inovatif perlu berani ambil risiko: PM

Posted: 31 Oct 2011 03:53 PM PDT

Nasional

2012 diumum sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu berani mengambil risiko untuk menjadi insan yang inovatif, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, seorang inovator akan meneroka jejak baru, berbanding hanya mengikut laluan yang ditinggalkan orang lain serta berfikiran terbuka dalam menilai pendapat luar biasa dan memikirkan peluang kepada sesuatu yang dilihat sebagai masalah oleh orang lain. Beliau berkata, kehilangan tokoh inovasi, termasuk pengasas syarikat elektronik Apple, Steve Jobs, pengasas Sony Corporation, Akio Morita dan pengasas Pan American World Airways, Juan Trippe, meninggalkan kesan mendalam kepada dunia yang banyak menerima manfaat daripada pemikiran inovatif mereka.

"Warisan yang ditinggalkan Steve Jobs, Juan Trippe, Akio Morita dan ramai lagi inovator dunia membuatkan saya berhenti berfikir seketika. Banyak yang boleh dipelajari daripada mereka," katanya di dalam laman blognya www.1malaysia.com.my.

Perdana Menteri meminta rakyat mencontohi mereka yang percaya pembelajaran tidak terhad hanya di sekolah, tetapi berlaku setiap kali berinteraksi dengan orang lain atau dengan kehidupan lain, selain sikap ingin tahu yang menyemarakkan hasrat mewujudkan produk dan sistem yang lebih baik.

"Mungkin inilah perbezaan paling ketara antara seorang pencipta dengan seorang penginovasi. Sepanjang zaman, berjuta-juta orang menghasilkan pelbagai ciptaan, tetapi hanya sebahagian kecil yang menyentuh dunia dengan idea mereka.
"Komuniti kecil ini menjadi penginovasi kerana mereka tidak berlumba untuk menjadi yang pertama menghasilkan sesuatu ciptaan, tetapi berlumba menghasilkan versi ciptaan yang benar-benar dapat memanfaatkan orang ramai," katanya.

Perdana Menteri juga berharap nama rakyat Malaysia akan terpahat dalam analogi sejarah dunia suatu hari nanti seperti Profesor Dr Halimaton Hamdan, Phua Khein-Seng dan Tan Sri Tony Fernandes yang berjaya membawa idea dan pendekatan inovatif dalam bidang teknologi nano, penyimpanan data dan pengangkutan udara.

"Dengan harapan inilah saya mengumumkan 2012 sebagai tahun Gerakan Inovasi Nasional dengan beberapa inisiatif strategik seperti MyCreative Venture Capital dan C1PTA, serta peruntukan RM100 juta dalam Bajet 2012," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan