Khamis, 27 Oktober 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Misteri 3 kedai

Posted: 26 Oct 2011 11:09 AM PDT

KAJANG: Tindakan licik satu sindiket pencetakan dan pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak berselindung di sebalik tiga premis tanpa nama yang kelihatan seperti tidak berpenghuni terbongkar apabila pihak berkuasa menemui mesin pencetakan DVD dianggarkan bernilai RM4 juta dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Haneco, Semenyih, dekat sini, kelmarin.

Serbuan pada jam 6 petang itu membabitkan pasukan khas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDN KK) Putrajaya menemui mesin pencetak keluaran 2005 serta pelbagai DVD cetak rompak filem tempatan dan luar negara.


Ketua Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin, berkata serbuan di premis pertama mendapati ia dijadikan pejabat, namun dalam keadaan tidak terurus sebelum pemeriksaan lanjut menemui beberapa dokumen dipercayai berkaitan kegiatan haram terbabit.

"Curiga dengan penemuan beberapa dokumen itu memaksa kami memecah premis bersebelahan sebelum menemui mesin pencetak berkenaan. "Pemeriksaan teliti dilakukan di premis kedua menemui laluan rahsia ke premis ketiga yang menempatkan pelbagai DVD haram dan bahan asas membuat DVD," katanya yang ditemui di lokasi serbuan.


Menurutnya, selain ribuan DVD filem dan permainan cetak rompak, pihaknya turut menemui 40 beg yang setiap satu seberat 25 kilogram mengandungi polikarbonat dipercayai bahan mentah utama bagi proses pembuatan DVD.

Full content generated by Get Full RSS.

400 hadiri Kenduri Rakyat 1Malaysia

Posted: 26 Oct 2011 10:37 AM PDT

PETALING JAYA: Program Kenduri Rakyat 1Malaysia di Taman Medan, di sini, baru-baru ini disambut meriah lebih 400 penduduk di sekitar Taman Medan dan Kampung Datuk Harun.

Penduduk, Junaidah Abdul Latiff, 42, berkata majlis anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) itu menarik segenap lapisan masyarakat bergotong-royong memasak dan menikmati juadah pelbagai jenis masakan. "Saya kagum melihat pelbagai lapisan penduduk menghadiri majlis ini. Sambil menjamu selera, saya dapat melihat tetamu berbual sambil berkenalan," katanya.


Bagi Choong Zhong Mun, 36, berkata dia turut membawa anggota keluarganya untuk mengalami kemeriahan Program Kenduri Rakyat 1Malaysia itu. "Ini kali pertama saya hadir pada majlis seumpamanya dan ia menarik. Selalunya kalau sebut kenduri pastinya saya akan terbayang majlis yang khususnya untuk orang Melayu. "Namun, majlis ini sangat unik kerana semua kaum terbabit sama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen