Sabtu, 29 Oktober 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kenalpasti perubahan khidmat bas apabila Pasarama ditutup: SPAD

Posted: 29 Oct 2011 03:40 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi mengingatkan orang ramai mengenai perubahan beberapa perkhidmatan bas yang sebelum ini beroperasi di Pasarama Kota atau Stesen Bas Klang berikutan penutupan hentian bas itu mulai Selasa depan.

Perkhidmatan Cityliner (Kenderaan Klang Banting Sdn Bhd) dan Causeway Link (Handal Ceria Sdn Bhd) akan berpindah ke Pudu Sentral, begitu juga dengan Seranas/Wawasan Sutera yang sebelum ini beroperasi di Jalan Sultan Mohamed (berhampiran Pasarama Kota).

Perkhidmatan bas RapidKL nombor U91 juga akan berpindah ke Pudu Sentral manakala bas lain di Pasarama Kota akan beroperasi di Jalan Sultan Mohamed," kata SPAD dalam satu kenyataan hari ini. Menurut kenyataan itu, penutupan stesen Pasarama Kota adalah bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen bawah tanah MRT Pasar Seni, yang akan dihubungkan dengan stesen LRT Pasar Seni sedia ada.

"Ini bagi membolehkan pertukaran penumpang LRT ke MRT dan sebaliknya dilakukan tanpa perlu penumpang meninggalkan stesen tersebut atau membeli tiket baru," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut sebuah terminal bas baru dijangka dibina di lokasi yang sama apabila projek MRT siap pada 2016.

Perkhidmatan RapidKL boleh dihubungi di talian 03-7885 2528, Cityliner (03-5512 9434) dan Causeway Link (07-360 2244). - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Semua guru Tadika Kemas miliki diploma menjelang 2015: Shafie

Posted: 29 Oct 2011 03:31 AM PDT

Mutakhir

KOTA KINABALU: Semua guru Tadika Kemas di negara ini dijangka mendapat diploma dan bergred S27 menjelang tahun 2015.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata usaha ke arah itu sedang dilaksanakan termasuk melatih mereka dengan mengikuti kursus dalam cuti di institut perguruan di seluruh negara.

Beliau berkata, setakat ini lebih 2,000 orang daripada lebih 9,000 guru tadika Kemas di seluruh negara sudah menamatkan pengajian mereka di peringkat diploma. Katanya, di Sabah, kumpulan pertama seramai 250 orang daripada 824 orang guru Tadika Kemas sudah memperolehi diploma.

"Program ini kita akan teruskan sehingga mereka semua memperolehi diploma seperti yang dirancang selaras dengan wawasan kita untuk memperkasakan lagi pendidikan prasekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah Wisma Muis dekat sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shafie mahu semua pihak memainkan peranan untuk memperjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya pendidikan prasekolah, sekali gus memastikan transformasi pendidikan dapat dikecapi segenap rakyat terutama di luar bandar.

Katanya, kementeriannya juga amat prihatin akan keperluan prasarana yang lengkap terutama di kawasan pedalaman negeri ini.
Katanya, kementerian sudah mencatat kejayaan dalam pelaksanaan KPI dan NKRA dengan jumlah pembukaan kelas sebanyak 500 buah pada tahun 2010, menjadikan sebanyak 8,816 tadika dan 313 taska yang beroperasi di seluruh negara yang membabitkan seramai 200,417 kanak-kanak berumur antara dua hingga enam tahun.

"Pada tahun ini pula, sasaran bilangan kelas Tadika Kemas sebanyak 9,816 buah berjaya dicapai iaitu sehingga Julai 2011 sebanyak 9,816 kelas berjay dibuka dengan bilangan kanak-kanak seramai 215,834 orang dan dikendalikan oleh seramai 9,824 guru," katanya.

Sementara itu, Shafie mengingatkan warga Felcra supaya tidak terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak yang cuba memburuk-burukkan kerajaan.

"Cerita ini (hasutan) langsung tidak membantu kita, bukan bagi beli kelapa sawit, bukan bagi beli getah, bukan dia buat rumah untuk kita.

"Kadang-kadang dia cerita tentang kerajaan tidak bantu, dividen tidak cukup tetapi kita sedar dan tahu kerajaan bantu kita sedangkan yang tabur fitnah ini tidak membantu, jadi apa hal kita mahu dengar dia," katanya.

Semalam, Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd Rahman dipetik sebagai berkata bahawa pihaknya mengesan tindakan pihak tertentu yang menjalankan kegiatan menghasut peserta agensi tersebut terutamanya masyarakat Orang Asli supaya membenci kerajaan.

Kegiatan itu dikesan berikutan penemuan risalah memburuk-burukkan kerajaan serta agensi berkenaan di sekitar perkampungan Orang Asli di negeri ini.

Shafie berkata, pelbagai bantuan dan program dijalankan oleh Felcra secara berterusan bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat dan rakyat seharusnya tahu menilai dan menolak pembohongan yang dibuat pihak tertentu yang tidak akan memberikan manfaat. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan