Isnin, 31 Oktober 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Irfan Bakti ucap selamat tinggal kepada Terengganu

Posted: 31 Oct 2011 03:40 AM PDT

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim hari ini mengumumkan akan meninggalkan pasukan naib juara Piala Malaysia itu apabila kontraknya berakhir 31 November ini.

Jurulatih kelahiran Kelantan berusia 60 tahun itu memberitahu sidang media di sini bahawa beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama Terengganu.

Katanya, pengunduran itu adalah keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. "Saya sudah berbincang dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk tidak menyambung kontrak bersama Terengganu. Tiada paksaan dan keputusan ini dibuat dengan persetujuan kedua-dua belah pihak," katanya selepas menghadiri mesyuarat dengan PBSNT di sini.

Beliau berkata, Terengganu adalah antara pasukan paling bagus pernah dibimbingnya dan dia tidak akan melupakan negeri Penyu itu.

"Memang sedih nak tinggalkan negeri ini dan pemain, namun di saat ini saya terpaksa buat keputusan ini demi masa depan pasukan dan diri sendiri," katanya tanpa mengulas lanjut punca sebenar beliau mengambil tindakan itu.

Di bawah kendaliannya selama dua musim, Terengganu berjaya menjuara Piala FA, menjadi naib juara Liga Super dan terbaru naib juara Piala Malaysia selepas kalah kepada Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir Sabtu lalu.
Pemergian Irfan Bakti bakal menyaksikan Terengganu musim depan akan dikemudi jurulatih baru.

Ia juga menimbulkan teka-teki ke mana Irfan Bakti selepas ini.

Bagaimanapun beliau tetap akan diingati sebagai jurulatih yang bertanggungjawab menjadikan Terengganu gergasi bola sepak Pantai Timur. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Najib dan isteri berlepas ke Arab Saudi untuk tunaikan haji

Posted: 31 Oct 2011 03:36 AM PDT

Mutakhir

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor hari ini berlepas ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka berdua turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira jam 5 petang. Sementara itu, Najib dalam Twitternya sebelum berlepas ke Arab Saudi berkata: " Saya akan menunaikan fardu haji sebentar lagi. Terima kasih di atas doa anda semua."

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri Kabinet adalah antara orang kenamaan yang berada di lapangan terbang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan