Harian Metro: Mutakhir |
| ‘Tak henti menangis’ Posted: 21 Oct 2011 10:26 AM PDT ALOR GAJAH: "Anak perempuan saya, Nur Damia Qaisara, 18 bulan, tiba-tiba menangis sejak malam kelmarin tanpa henti. Mungkin dia tahu ayahnya akan pergi buat selama-lamanya," kata Nur Syakirin Mohd Fauzi, 25, isteri kepada Nor Azmi Othman, 27, yang terbunuh dalam kemalangan tragik di Batu 23, Jalan Ayer Molek-Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin. Menurutnya, sebelum kejadian, arwah suaminya menunjukkan perubahan sikap ketika bangun tidur apabila kelihatan seperti berkhayal.
"Saya terkilan kerana pada pagi kejadian, arwah meminta saya masak sambal sardin untuk juadah tengah hari, namun tidak sempat menikmatinya," katanya ketika ditemui, semalam. Katanya, kejadian menimpa suaminya itu tidak diduga sama sekali hingga hilang tempat bergantung sekelip mata.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
| Pooja bintang baru dikir barat Posted: 21 Oct 2011 10:25 AM PDT KOTA BHARU: Seorang lagi penyanyi mak nyah di negeri ini yang menggunakan nama Pooja menyifatkan dirinya wanita kerana mendakwa mempunyai ciri perempuan sejak dilahirkan dan bukan sengaja mahu menjadi wanita. Pooja, 28, berkata, dia dilahirkan dengan naluri wanita, wajah seperti wanita dan fizikal seperti wanita menyebabkan dia akan terus mengekalkan identiti wanita pada dirinya.
"Saya bukan jenis yang bertukar menjadi wanita selepas terpengaruh dengan rakan. Semuanya berlaku secara semula jadi," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
"Saya tidak kisah dengan tohmahan masyarakat kerana saya jujur pada diri sendiri. Hanya individu terdekat memahami diri saya.
Menurut Pooja, dia berdepan pelbagai cabaran ketika menjadi anak seni di negeri ini sehingga pernah ada wanita yang bergelar isteri cemburu kerana suami wanita itu rapat dengannya.
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan