Jumaat, 21 Oktober 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis cari saksi kes pecah amanah

Posted: 21 Oct 2011 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan Loi Tek Huat bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah yang disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Menurut Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini, Loi, 46, memegang kad pengenalan bernombor 650130-08-5079 dan alamat terakhirnya ialah di A-1-6, Mont Kiara Meriden, Jalan Duta Kiara, Mont Kiara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi utama itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Cif Inspektor Sherman Salleh di talian 019-3545054 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460638 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Polis Ampang tahan 5 anggota geng 'Din Komando'

Posted: 21 Oct 2011 03:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Ampang menahan lima orang termasuk dua wanita disyaki anggota geng 'Din Komando' yang aktif melakukan samun di Lembah Klang sejak tahun lepas, di sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mereka yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan kira-kira 11.45 pagi pada Isnin lalu, susulan maklumat awam.

Kumpulan ini yang masih aktif sekalipun ketua mereka telah ditangkap tahun lepas dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes samun, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mengulas tangkapan itu, Amiruddin berkata polis terlebih dahulu menangkap dua wanita tersebut yang berada di dalam sebuah bilik di hotel terbabit, diikuti seorang lelaki yang datang ke bilik berkenaan.


"Hasil pemeriksaan di dalam bilik kita menemui beberapa barang bukan milik mereka iaitu pelbagai telefon bimbit, jam tangan, beg tangan wanita, kad sim dan pemain cakera padat digital," katanya.


Beliau berkata susulan penahanan itu, polis menahan dua lagi suspek di dalam kereta Proton Wira di pekarangan hotel berkenaan dan merampas beberapa telefon bimbit, jam tangan, serangkai kunci kereta, sebilah parang, pisau kecil dan gari.

"Hasil tangkapan itu juga membawa kepada penemuan sebuah lagi kereta iaitu jenis Suzuki Swift yang berada di kawasan hotel itu dan di dalamnya terdapat pelbagai jenis telefon bimbit," katanya.

Beliau berkata kesemua barang rampasan itu bernilai kira-kira RM100,000 dan siasatan juga mendapati dua kereta berkenaan dicuri bagi melakukan kegiatan samun.

Modus operandi mereka ialah berlegar-legar di kawasan sasaran sebelum menyamun kereta, rumah dan individu, tetapi tidak mencederakan mangsa, katanya.

"Hasil soal siasat mendapati dua wanita itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi tiga lelaki itu mempunyai rekod jenayah iaitu enam kes samun, curi dan dadah," katanya.

Mereka kini ditahan reman sehingga 23 Oktober dan polis sedang menjejaki saki baki anggota kumpulan itu. -Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan