Khamis, 20 Oktober 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gaddafi disahkan terbunuh

Posted: 20 Oct 2011 07:49 AM PDT

TRIPOLI: Jenazah Muammar Gaddafi kini sudah dibawa bandar Misrata, kata Menteri Penerangan, Mahmoud Shammam, sebentar tadi.

"Kami akan memberikan maklumat terperinci mengenai kematiannya," katanya. TV Al Arabiya turut melaporkan jenazah itu sudah tiba di bandar berkenaan - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Gaddafi ditangkap pejuang revolusi

Posted: 20 Oct 2011 06:36 AM PDT

TRIPOLI: Majlis Peralihan Kebangsaan, Abdel Majid melaporkan bahawa bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mengalami kecederaan parah dan ditangkap pejuang revolusi negara itu di bandar kelahirannya di Sirte, pada Khamis, kerana cuba melarikan diri dalam konvoi yang diserang oleh pesawat pejuang NATO.

Pegawai kanan tentera NTC memberitahu Reuters bahawa ketua tentera Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr dibunuh semasa penangkapan bekas pemimpin Libya itu. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan