Berita Harian: Wilayah |
| Premis niaga hampiri bahu jalan Posted: 20 Oct 2011 07:08 AM PDT Wilayah PREMIS niaga di tepi jalan Pekan Bukit Bunga terletak terlalu dekat dengan bahu jalan. TANAH MERAH: Segelintir peniaga di Pekan Bukit Bunga, dekat sini, seolah-olah tidak menghiraukan faktor keselamatan apabila bertindak berani memperbesarkan perniagaan sehingga menghampiri bahu jalan. Keadaan itu mencetuskan kebimbangan orang ramai berikutan jalan berkenaan adalah laluan utama menghubungkan antara pekan itu dengan Jalan Timur Barat dan Buketa, Selatan Thailand menerusi Jambatan Muhibah. Tindakan tidak bertanggungjawab itu turut menyebabkan keadaan lalu lintas di kawasan berkenaan menjadi bertambah sesak terutama pada waktu puncak. Lebih memburukkan keadaan apabila pengunjung meletakkan kenderaan tanpa mempedulikan tindakan itu boleh mengganggu kelancaran lalu lintas.Tinjauan Berita Harian di kawasan berkenaan mendapati, peniaga terdedah kepada risiko dirempuh kenderaan bertali arus kerana jarak gerai hanya terletak beberapa meter dari kiri kanan bahu jalan. Pengunjung, Omar Solihan, 52, berkata kemungkinan kejadian itu boleh berlaku bila-bila masa jika peniaga leka. "Jangan terlampau ghairah berniaga sehingga tidak sedar kita sebenarnya mungkin menempah maut.
Pengunjung, Nur Susilawatie Abdul Jalil, 46, turut mendakwa kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana beberapa gerai yang menjual pelbagai barangan terletak di pinggir bahu jalan. Katanya, jika pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan, dibimbangi masalah aliran trafik akan terus membelenggu terutama ketika musim perayaan dan cuti persekolahan. "Kita percaya tindakan diambil bukan untuk menyusahkan mana-mana pihak tetapi memberi kebaikan bersama bagi mengelak nyawa terancam, kemusnahan harta benda, sekali gus menjamin lalu lintas lancar," katanya. |
| Posted: 20 Oct 2011 07:07 AM PDT Wilayah 200 bimbang gegaran kuat akibat kerja pecah tanah di Taman Equine 2BSERDANG: Lebih 200 penduduk di Taman Equine 2B, Seri Kembangan di sini hidup dalam kebimbangan apabila hampir 30 unit rumah bandar mereka mengalami keretakan akibat kerja pembinaan pecah tanah dan batu dilakukan berhampiran perumahan terbabit. Letupan dilakukan di tapak pembinaan hampir 15 meter daripada perumahan itu dilakukan dua kali sehari sejak dua minggu lalu, menyebabkan gegaran kuat kira-kira dua minit yang pada mulanya disangka gempa bumi. Penduduk, Susan Tam, 61, berkata letupan di projek pembinaan dilakukan sejak 6 0ktober lalu menyebabkan berlaku kerosakan di rumah mereka termasuk keretakan dinding dan siling pecah. "Malah, kipas juga turut terjatuh apabila siling rumah pecah ekoran gegaran kuat dirasai hampir dua kali setiap hari," katanya di sini, semalam.Susan yang tinggal sejak tujuh tahun lalu di situ, berkata penduduk sudah bertemu pemaju perumahan terbabit dan menceritakan masalah dialami, namun sehingga kini kerja letupan masih dijalankan seperti biasa. "Bila kami maklumkan kepada mereka dan meminta melihat kerosakan dialami, mereka memberi alasan kerosakan itu bukannya kesan letupan dan perlu meneruskan projek berkenaan yang mengambil masa dua minggu lagi. "Kami bimbang, setiap hari rumah yang rosak semakin meningkat. Sampai bila kami perlu bersabar dan tidak mustahil satu hari nanti, rumah kami runtuh jika letupan itu masih diteruskan," katanya.
Sementara itu, wakil syarikat Jati Pemborong Am Sdn Bhd yang dilantik pemaju, Lew berkata, projek pembinaan 112 unit rumah berkembar dan banglo di kawasan itu bermula sejak beberapa bulan lalu dan gegaran yang dirasai penduduk perumahan berdekatan ekoran letupan batu dan tanah yang dibuat hampir dua kali sehari. "Kami mempunyai permit dan kerja dibuat mengikut garis panduan ditetapkan. Mungkin gegaran dirasai ekoran letupan itu, namun ia masih selamat dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk. "Bagaimanapun, kami akan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan rumah penduduk dan akan membuat tinjauan di semua rumah yang didakwa mengalami kerosakan teruk itu," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan