Berita Harian: Nasional |
| Amah kena ikuti latihan sebulan Posted: 21 Oct 2011 02:49 PM PDT Nasional Raja Zulkepley Dahalan, Presiden PIKAP KUALA LUMPUR: Pembantu rumah Indonesia yang akan dihantar ke Malaysia mulai 1 Disember depan akan diwajibkan menjalani latihan 30 hari di pusat bertauliah di negara itu. Satu pasukan membabitkan pegawai agensi kerajaan dan Kedutaan Besar Malaysia di republik itu akan memantau rapi latihan itu.Pembantu rumah Indonesia mesti mengikuti latihan selama 30 hari di bawah jurulatih bertauliah dan berkemahiran yang dijalankan agensi merekrut berdaftar menggunakan silibus disediakan Jabatan Tenaga Kerja Indonesia. - Raja Zulkepley Dahalan, Presiden PIKAP Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP), Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata langkah penambahbaikan bagi menjamin kualiti pembantu rumah berkenaan hasil pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara pada Mei lalu.Sebelum ini, pembantu rumah itu hanya menjalani latihan dua hingga tiga minggu sebelum dibawa masuk ke Malaysia dan sesetengahnya dilakukan `sekadar melepaskan batuk di tangga'. "Kini, pembantu rumah Indonesia mesti mengikuti latihan selama 30 hari di bawah jurulatih bertauliah dan berkemahiran yang dijalankan agensi merekrut berdaftar menggunakan silibus disediakan Jabatan Tenaga Kerja Indonesia. "Antara penekanan yang diberi ialah memahami budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia, peraturan dan undang-undang di Malaysia, perkara yang dibenarkan dan dilarang, persediaan mental, selain latihan berkaitan kemahiran diperlukan sebagai pembantu rumah seperti memasak dan mengemas. "Bagilah mereka bekerja tanpa diseksa dengan pelbagai arahan yang mengelirukan daripada setiap ahli keluarga berlainan," katanya ketika dihubungi Berita Harian di Kemboja, semalam. Pembantu rumah Indonesia dibenarkan bekerja semula di Malaysia mulai 1 Disember depan selepas lebih dua tahun dibekukan berikutan penyelesaian semua masalah dan isu hasil Perundingan Tahunan Ke-8 antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, di Lombok, kelmarin. Sementara itu di MELAKA TENGAH Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, segala isu dan mekanisme membabitkan proses pengambilan pembantu rumah itu akan dimuktamadkan pada perbincangan peringkat akhir antara kedua-dua pemimpin negara pada 18 dan 19 November ini. "Semua proses itu sudah diperhalusi pegawai kedua-dua negara melalui perbincangan sebelum ini dan akan disampaikan dalam pertemuan berkenaan," katanya selepas majlis penyampaian bantuan dan jamuan Deepavali bersama pemimpin anjuran MIC Kota Melaka di sini, petang semalam. Subramaniam berkata, MoU yang dimeterai Mei lalu, kedua-dua pihak bersetuju menetapkan kadar gaji mengikut pasaran selain pemberian cuti rehat. Selain itu, menerusi perjanjian itu juga majikan perlu memberikan bayaran ganti rugi kepada pembantu rumah yang dipanggil bekerja pada hari cuti rehat. "Penetapan kadar gaji ini mesti munasabah melalui perbincangan antara peringkat agensi pembekal amah di Indonesia dengan agensi yang menerima pekerja terbabit di negara ini," katanya. Mengenai hak menyimpan pasport pekerja, Subramaniam berkata, pekerja dibenarkan memegang pasport masing-masing selaras dengan sistem perundangan kedua-dua negara dan seperti yang dipersetujui di dalam MoU kedua-dua negara. |
| Laman sosial dakwa MUZIKfm akan ditutup Posted: 21 Oct 2011 02:28 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Laman sosial Facebook, Twitter dan blog hiburan mendakwa stesen radio MUZIKfm akan ditutup dan digantikan dengan saluran radio baru yang dinamakan Nasional FM berkonsepkan informasi, forum dan bual bicara berkuat kuasa 1 November ini.Bagaimanapun, sehingga kini, tiada pengumuman dilakukan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, walaupun berita penutupan radio MUZIKfm sudah tersebar sejak awal bulan ini. Pegawai atasan dan penyampai radio MUZIKfm juga tidak berani membuka mulut mengesahkan kesahihan berita berkenaan. Sumber mendakwa, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengarahkan stesen radio MUZIKfm ditutup bagi mewujudkan Nasional FM yang lebih menekankan aspek penyebaran maklumat berbanding hiburan. Bagaimanapun, sumber mendakwa, ia mendapat tentangan pendengar apabila berita penutupan mula tersebar. Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog hiburan heboh memperkatakan isu penutupan radio yang akan mengurangkan elemen hiburan menyebabkan pihak kementerian terpaksa mengambil sikap mendiamkan diri.Sumber mendakwa, konsep baru radio yang bakal menggantikan stesen radio MUZIKfm iaitu bual bicara, informasi, forum sebanyak 60 peratus dan selebihnya 40 peratus adalah hiburan. Bagaimanapun, kata sumber, sebahagian pegawai dan penyampai radio MUZIKfm masih dikekalkan, manakala sebahagiannya akan ditukarkan ke tempat lain. Penyerahan surat jawatan akan diberikan Rabu depan. Menurut sumber, pihak kementerian memilih MUZIKfm kerana radio berkenaan antara lima radio terbaik di negara ini. Tiada rangkaian radio nasional RTM, khususnya saluran berbahasa Melayu yang berada pada kedudukan lima pilihan pendengar. Stesen yang menggunakan tagline Stesen Muzik Anda mengekalkan rekod cemerlang apabila mempunyai 1.25 juta pendengar seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Ketika itu, pendengarnya melebihi tiga juta pendengar. Dalam usaha memantapkan radio berkenaan, pada 1 Ogos 1994, sekali lagi stesen berkenaan melakar sejarah apabila menukarkan nama kepada Radio Muzik yang bersiaran 24 jam sehari. Ia ke udara menggunakan dua bahasa, Melayu dan Inggeris. Akhirnya, Radio Muzik bertukar lagi kepada Muzik FM pada 1 April 2005, sempena penjenamaan semula stesen radio RTM. Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, ketika ditemui pemberita enggan mengulas mengenai penutupan stesen radio berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan