Khamis, 20 Oktober 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Susilo ingatkan rakyat tidak melampaui batas

Posted: 20 Oct 2011 07:21 AM PDT

Nasional

     NAJIB    bersama   Susilo pada sidang media selepas perundingan tahunan pemimpin kedua-dua negara ke-8,  di Lombok semalam. Turut sama  menteri Kabinet Malaysia (kiri) dan Indonesia.

NAJIB bersama Susilo pada sidang media selepas perundingan tahunan pemimpin kedua-dua negara ke-8, di Lombok semalam. Turut sama menteri Kabinet Malaysia (kiri) dan Indonesia.

Hubungan demokrasi Jakarta, KL patut dipertahankan

PRESIDEN Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, mengingatkan rakyat negara itu supaya tidak melampaui batas ketika melakukan tunjuk perasaan membantah sesuatu perkara terhadap Malaysia.

Beliau berkata, dalam alam demokrasi negara itu, tunjuk perasaan boleh terjadi. Bagaimanapun, tunjuk perasaan tidak boleh melebihi sepatutnya kerana boleh melukai hati negara sahabat.

"Hubungan kedua-dua negara harus diletakkan dalam kerangka strategik, fundamental dan jangka panjang. "Sebagai negara tetangga, pasti ada masalah. Indonesia dan Malaysia, walaupun saudara dekat, selalu ada masalah seperti itu," katanya pada sidang media selepas perundingan tahunan pemimpin kedua-dua negara ke-8 di sini, semalam.

Tunjuk perasaan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta baru-baru ini berikutan dakwaan bahawa Malaysia merampas tanah milik republik itu di Kalimantan menjadi isu hangat apabila bertukar ganas.

Tindakan penunjuk perasaan merosakkan bahagian depan kedutaan di Jalan Rasuna Said menyebabkan ramai rakyat negara ini meminta kerajaan republik itu melakukan sesuatu.

Susilo berkata, semangat rakyat negara itu, walaupun apa pun terjadi tidak boleh merosak dan mengganggu hubungan strategik dan jangka panjang kedua-dua negara.
Sehubungan itu, beliau berharap dengan penyelesaian masalah membabitkan kedua-dua negara, tiada lagi persepsi yang keliru dan isu diangkat mana-mana pihak.

"Kita perlu melangkah ke depan dengan semangat baru dan dengan tiada lagi masalah, tiada lagi isu yang boleh disalahertikan sebahagian rakyat Indonesia," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ada empat prinsip yang mendasari hubungan kedua-dua negara.

Katanya, prinsip pertama ialah sebarang masalah yang wujud perlu diselesaikan secepat mungkin.

Selain itu, katanya, perlu ada suatu tempoh masa untuk menyelesaikan masalah, perhubungan berdasarkan layanan sama rata dan keadaan sama menang yang bukan hanya membabitkan kerajaan, malah rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.

PM cabar usahawan muda ICT

Posted: 20 Oct 2011 07:19 AM PDT

Nasional

Peserta SVC2M diminta lahir idea kreatif setanding ikon terkemuka dunia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mencabar bakal usahawan muda Malaysia untuk melahirkan idea kreatif setanding dengan idea ikon teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) terkemuka dunia pada Simposium Lembah Silikon ke Malaysia (SVC2M) untuk dikembangkan ke peringkat global.

Perdana Menteri berkata, untuk melahirkan idea besar itu, mereka perlu menyerlahkan kreativiti, bersikap terbuka dan yakin dengan idea yang dicetuskan, selain mempelajari daripada semangat Lembah Silicon, Amerika Syarikat (AS).

"Menerusi semangat seperti inilah mampu menjadikan Lembah Silikon lebih hebat dan ia perlu menjadi garis panduan kepada kejayaan lebih besar pada masa depan. "Saya doakan yang terbaik dan berharap ada di antara anda (peserta SVC2M) akan menjadi usahawan ICT yang dibanggakan Malaysia suatu hari nanti," katanya dalam klip video yang ditayangkan pada perasmian SVC2M di sini, semalam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, mewakili pihak Perdana Menteri merasmikan simposium selama dua hari itu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali dan Pengasas GESB, Dhakshinamoorthy Balakrishnan, yang bertanggungjawab mencetuskan StartupMalaysia.org – inisiatif bagi meraikan idea menarik usahawan tempatan, khususnya dalam bidang ICT untuk menjadi pemain pada peringkat global.

Simposium dua hari itu akan memberikan peluang kepada lebih 1,200 peserta, termasuk 800 usahawan dan syarikat tempatan untuk mempelajari kemahiran kritikal dan berkongsi rahsia kejayaan ikon Lembah Silikon seperti pengasas Youtube, Jawed Karim; Linkedln, Konstantin Guericke; TheIceBreak.com, Christina A Brodbeck; Priceline.com, Jeff Hoffman dan Dipdive.com, Steve Koskie yang bertindak sebagai ahli panel.
Seramai 100 peserta diberi peluang menyertai bengkel intensif Startup Experience Innovation Camp tajaan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dan Microsoft selama dua hari bermula esok.

Daripada jumlah itu, seramai 10 peserta dengan idea paling menarik dan berpotensi dikomersialkan, berpeluang melawat dan bertemu dengan pelabur ICT yang berpotensi di Lembah Silikon, California, selama sebulan pada tahun depan.

Pemilihan berkenaan bertujuan memangkin usahawan muda untuk membangunkan idea kreatif mereka ke peringkat global. Sepanjang berada di sana, mereka akan dibawa mengunjungi Universiti Stanford dan membina jaringan dengan syarikat di Lembah Silikon serta mempelajari mendapatkan dana modal teroka.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan