Berita Harian: Mutakhir |
| Hospital akan keluar bil terperinci kos perubatan: Liow Posted: 22 Oct 2011 03:05 AM PDT Mutakhir MUAR: Semua hospital dan klinik kerajaan akan mengeluarkan bil terperinci yang menyatakan kos sebenar perubatan pesakit yang mendapatkan rawatan mulai tahun depan.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu diambil supaya pesakit mengetahui kos sebenar perkhidmatan perubatan kerajaan yang hanya mengenakan caj RM1 kepada mereka. "Kita akan senaraikan setiap perkhidmatan dan berapa nilainya, kemudian kita beritahu mereka bahawa dia hanya perlu bayar RM1 saja, yang lain-lain dibayar oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sistem maklumat klinikal pergigian (OHCIS) di pekarangan Klinik Maharani hari ini. Beliau berkata dengan cara ini, setiap pesakit boleh mengetahui berapa kos sebenar perubatan mereka yang ditanggung kerajaan.Liow merujuk contoh pesakit di klinik pergigian yang hanya perlu menjelaskan antara RM10 hingga RM100, walhal nilai sebenar kos rawatan mereka berlipat kali ganda. Terdahulu, beliau meluluskan penubuhan Klinik 1Malaysia di Muar yang dipohon Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen berkenaan pada majlis tersebut. - BERNAMA |
| Zulfahmi mula petak ke-13 kategori 125cc Posted: 22 Oct 2011 02:24 AM PDT Mutakhir AKSI pelumba 125cc negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin. - Foto Yazit Razali Ia adalah permulaan perlumbaan terbaik buat dirinya sepanjang berlumba di Litar Sepang. Pada sesi kelayakan hari ini, pelumba AirAsia-SIC-Ajo itu berjaya mempamerkan aksi konsisten dan bertenaga untuk berada di belakang pelumba Jerman, Danny Webb dari pasukan Mahindra Racing untuk mencatat masa dua minit 15.909 saat pada pusingan ke-12 daripada 14 pusingan yang dilakukan. "Setakat ini, saya telah berjaya melepasi sasaran peribadi untuk melakukan catatan masa dua minit 15 saat di litar ini."Malah pusingan pertama pun saya sudah berjaya perbaiki catatan masa sesi latihan bebas kerana motosikal saya berada di tahap yang terbaik," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi kelayakan kategori 125cc. Pelumba kelahiran Banting itu berkata, beliau berjaya memperbaiki 1.5 saat daripada keseluruhan catatan masa sesi latihan bebas semalam. "Salah satu faktor merupakan jentera berada di tahap memberangsangkan adalah dengan penggunaan tayar 'soft compound' mengikut suhu permukaan litar. Ia memang banyak mempengaruhi kelajuan jentera," katanya.
Sementara itu, rakan senegara yang berlumba atas tiket wildcard, Mohd Farid Badrul Hisham pula meraih petak ke-31 perlumbaan dengan catatan masa 2:19.744s. "Saya tidak berpuas hati dengan sesi kelayakan hari ini. Saya akui ia jauh untuk mencapai sasaran tempat ke-20 dan saya akan cuba perbaiki pada perlumbaan esok," kata pelumba yang berumur 18 tahun dari Kajang, Selangor itu. Pada sesi kelayakan kategori 125cc, menyaksikan persaingan antara dua pelumba Bankia Aspar Team 125cc, Nicolas Terol dan Hector Faubel serta pelumba Jerman,
Pendahulu saingan 125cc musim ini, Terol, yang mengutip 271 mata, mencatat masa terpantas untuk menyambar petak pertama dengan catatan terpantas 2:13.579s, manakala Faubel di petak kedua selepas ketinggalan 0.015 saat, manakala Cortese mencatat 2:13.954s. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan