Khamis, 20 Oktober 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 dijangka tarik 10,000 orang

Posted: 20 Oct 2011 03:08 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 anjuran MIC yang akan diadakan buat julung kalinya di perkarangan Kuil Batu Caves Rabu depan dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung, kata Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Beliau berkata, majlis itu akan diadakan di lokasi yang lebih terbuka bertujuan menarik lebih ramai pengunjung bukan sahaja masyarakat India tetapi juga masyarakat Melayu dan Cina.

"Masa kami adakan majlis di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra), pengunjung yang datang agak kurang, biasanya jumlah yang hadir kurang dari lima ribu orang. "Bila kami buat di tempat terbuka, lebih ramai orang akan datang kerana perkarangan Batu Caves tempat yang terbuka dan kawasan itu mempunyai ramai penduduk India, Melayu dan Cina," katanya kepada pemberita di ibu pejabat MIC, di sini hari ini.

Majlis Rumah Terbuka itu dijangka dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pertukaran kerusi dengan parti komponen bagi Pilihan Raya Umum ke-13, Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata MIC bersedia berhadapan dengan keadaan itu namun berharap agar perbincangan dibuat terlebih dahulu.

"Mereka (parti komponen jika) bersedia kita juga bersedia tetapi kita perlu berbincang dengan mereka untuk buat pertukaran sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen," katanya.
Beliau berkata, objektif yang harus ditumpukan pada ketika ini ialah bagi meraih semula sokongan masyarakat pelbagai kaum.

"Melalui pelbagai program baru seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 mungkin mampu menarik semula sokongan," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Pembantu rumah Indonesia dibenar ke Malaysia 1 Disember

Posted: 20 Oct 2011 01:52 AM PDT

Mutakhir

LOMBOK: Pembantu rumah Indonesia boleh dihantar semula ke Malaysia mulai 1 Disember ini hasil persetujuan yang dicapai dalam perundingan tahunan Malaysia dan Indonesia, di sini hari ini.

Rundingan tahunan itu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Pertemuan itu bagi membincangkan usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang. Pertemuan yang dihoskan secara bergilir-gilir itu juga menjadi forum penting bagi kedua-dua negara mencari penyelesaian kepada isu-isu bilateral.

Selain penandatangan memorandum persefahaman tentang Pengelakan Cukai Berganda pada akhir pertemuan hari ini, perundingan tahunan kali ini juga membincangkan isu dua negara, termasuk soal penarikan balik moratorium penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dan isu sempadan daratan dan sempadan maritim yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan