Harian Metro: Mutakhir |
| Dicekup ketika ambil wang tebusan Posted: 09 Sep 2011 12:05 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 45 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dikurung dua lelaki lebih 12 jam di sebuah rumah di Pandan Jaya, dekat sini, kelmarin. Dia yang menjalankan perniagaan keluarga diculik kira-kira jam 8 malam, Rabu lalu di hadapan rumahnya di Kajang, dekat sini.
Biarpun panik dengan ancaman berkenaan, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis sekali gus membolehkan kerjasama dirancang untuk menjerat penculik selain menyelamatkan mangsa.
"Suspek yang menaiki sebuah kereta tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 9 malam. Namun, selepas mangsa dibebaskan, pasukan polis terus menahan suspek," katanya.
Difahamkan, keterangan mangsa sudah dirakam pihak berkuasa sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Katanya, seorang lagi suspek masih diburu pihak berkuasa.
|
| Posted: 09 Sep 2011 12:04 PM PDT LABUAN: "Bukan niat kami adik-beradik tidak mempedulikan ayah, tetapi ada sejarah hitam dilakukannya menyebabkan kami sukar memaafkannya. "Akibat perbuatannya itu dia dimasukkan ke penjara, tapi selepas keluar penjara dia mengulangi semula perbuatannya itu," kata seorang perempuan mendakwa anak kepada Wahid Hussin, 71.
Kisah Wahid disiarkan Harian Metro semalam selepas dia mendakwa diabai dan dibuang tujuh anaknya di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, Rabu lalu. Wanita enggan dirinya dikenali mendakwa mewakili adik-beradik lain iaitu empat perempuan dan tiga lelaki turut kecewa sikap adik Wahid, Alias Hussin, 60-an.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan