Harian Metro: Mutakhir |
| Lelaki OKU mati akibat dipukul hanya kerana meminta rokok Posted: 09 Sep 2011 01:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin meminta rokok, seorang lelaki kelainan upaya (OKU) mati akibat dipukul seorang lelaki dengan rotan berhampiran sebuah kelab di Sungai Besi dekat sini Sabtu lepas. Mangsa yang berumur 59 tahun mati kira-kira pukul 10 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur setelah enam hari dilaporkan tidak sedarkan diri.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata berdasarkan hasil laporan awal pihak hospital, mangsa dikatakan mati akibat jangkitan paru-paru tetapi polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa dikatakan telah memarahi suspek kerana enggan memberi rokok kepadanya.
Beliau berkata suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan. Polis tidak menolak kemungkinan ketika kejadian suspek berada di bawah pengaruh alkohol, katanya.- BERNAMA
|
| CyberSecurity Malaysia perkenal garis panduan Internet baru bagi laman perangkaian sosial Posted: 09 Sep 2011 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia memperkenalkan garis panduan Internet yang baru, dikenali sebagai Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial (SNS). CyberSecurity Malaysia merupakan pusat pakar keselamatan siber negara dan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Prof Datuk Husin Jazri berkata tujuan mewujudkan garis panduan berkenaan ialah bagi membantu pengguna SNS, sama ada organisasi atau individu untuk memahami "bahagian tidak baik" SNS. "Dengan memahaminya, pengguna boleh mengetahui dengan baik apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di samping menikmati faedah menggunakan SNS.
Sehingga Ogos tahun ini, sebanyak 625 insiden berkaitan dengan laman perangkaian sosial dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia melalui Pusat Bantuan Cyber999 berbanding tempoh yang sama pada 2010, yang mencatatkan 124 insiden. - BERNAMA
|
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan