Harian Metro: Mutakhir |
| Warga emas dijumpai mati dalam rumah Posted: 08 Sep 2011 03:26 AM PDT SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Tun Dr Ismail di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Hamdan Abdul Majid berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Lai Chun, 77, dijumpai mati di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan kira-kira 12 tengah hari oleh seorang wanita, yang merupakan adik iparnya.
"Ketika kejadian wanita berusia dalam lingkungan 60-an itu datang ke rumah lelaki itu untuk memberikan mangsa makanan. Apabila tiba di depan pintu rumah berkenaan wanita itu memanggil mangsa beberapa kali namun tiada jawapan. "Kerana hairan adik ipar mangsa kemudiannya masuk ke dalam rumah dan terkejut apabila menemui mayat lelaki itu terbaring di atas lantai," katanya di sini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat. - Bernama |
| 2 lelaki Bangladesh didakwa masuk Malaysia tanpa dokumen sah Posted: 08 Sep 2011 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Bangladesh yang ditahan reman berhubung kes bunuh anak-beranak warga Indonesia, yang dikerat di sebuah kondominium di Taman Kosas, Ampang bulan lepas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Monzurul, 23, dan Majed Rana, 22, selepas kedua-dua tertuduh tidak memahami pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Melayu.
Monzurul dan Majed didakwa tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk masuk ke Malaysia, mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Ampang di sini pada 10.30 pagi, 29 Ogos lalu.
Pada 26 Ogos lalu, tiga lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan membunuh dan melupuskan mayat wanita itu dan anak lelakinya berusia dua tahun. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan