Harian Metro: Mutakhir |
| Kastam Selangor rampas RM3j gading gajah Posted: 05 Sep 2011 05:00 AM PDT PELABUHAN KLANG: Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor merampas 695 gading gajah seberat dua tan bernilai RM3 juta yang ditemui di dalam salah satu daripada dua kontena yang diisytiharkan berisi plastik hancur kitar semula (recycle crush plastic) hari ini. Penolong Ketua Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Zainul Abidin Taib memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, kontena yang disyaki mengandungi gading gajah itu ditahan di Pelabuhan Barat di sini pada Jumaat lepas dan pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan pagi ini.
Beliau berkata Kastam Selangor membuat penahanan itu selepas mendapat maklumat daripada Bahagian Penguatkuasaan Kastam Pulau Pinang bahawa terdapat dua kontena bersaiz 20 kaki (6.09 meter) yang disyaki dimuatkan dengan gading gajah berada di Pelabuhan Barat. "Hasil pemeriksaan yang dijalankan pasukan Kastam mendapati 92 beg plastik dimuatkan di bahagian tengah sebuah kontena tersebut berisi gading gajah bersama barangan 'recycle crush plastic'", katanya.
|
| Posted: 05 Sep 2011 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Tonga jam 5.52 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 913 kilometer di timur laut Suva Fiji dan 7,825 kilometer di tenggara Tawau, Sabah.
Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami terhadap Malaysia. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan