Sabtu, 3 September 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Jenazah Noramfaizul Akan Dikebumi Di Tanah Perkuburan Islam UPM Ahad ini

Posted: 03 Sep 2011 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini, Ahad ini.

Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Rahman Rahim, yang mewakili keluarga arwah, berkata jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor, bergantung kepada keadaan.

Beliau berkata sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya.

Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.


Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad. - Bernama

Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga Arwah Noramfaizul

Posted: 03 Sep 2011 03:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman hari ini merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu, Somalia semalam.

Timbalan Perdana Menteri berkata berita menyedihkan itu tentunya menyentak perasaan rakyat Malaysia khususnya fraterniti media tempatan yang tidak pernah menghadapi situasi seperti ini di dalam negara.

"Saya yakin pemergian Noramfaizul bukan sahaja dirasai kaum keluarga Allahyarham bahkan industri kewartawanan media yang kehilangan seorang rakan yang dedikasi, tekun serta berani menghadapi cabaran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan," katanya dalam kenyataan. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan