Berita Harian: Wilayah |
| 3 beradik harapan keluarga maut Posted: 04 Sep 2011 04:26 PM PDT Wilayah Dua bakal masuk universiti, mangsa ketiga raih 5A ujian percubaan UPSRSIMPANG RENGGAM: "Merekalah harapan keluarga saya di masa depan, namun semuanya hilang sekelip mata," rintih bapa tiga beradik yang terbunuh dalam nahas jalan raya dekat Pekan Yong Peng di sini, awal pagi semalam. Koperal Patah Raji Muhamad, 50, berkata tiga anaknya yang terbunuh dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam, selepas bercuti di Machang, Kelantan itu, adalah pelajar cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Dalam kemalangan di Kilometer 113.6 Jalan Johor Bahru-Seremban antara Yong Peng dan Labis kira-kira jam 2.45 pagi itu, Ahmad Zakwan, 19, yang memandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua adiknya, Ahmad Zainuddin, 18, dan Ahmad Zarif, 12, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Batu Pahat (HBP).Tiga beradik itu menaiki kereta Perodua Kancil manakala bapa mereka yang juga anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) Balai Polis Simpang Renggam, Kluang, Koperal Patah Raji Muhamad, memandu sebuah lagi kereta bersama isteri, Sopiah Azmi, 48 dan dua lagi anaknya mengekori tidak jauh di belakang. Patah Raji berkata, Ahmad Zakwan, anak sulungnya sepatutnya mendaftar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini, bagi mengikuti pengajian jurusan bioteknologi manakala Ahmad Zainuddin, sepatutnya berlepas ke Mesir, Selasa ini bagi mengikuti pengajian jurusan sama selepas mendapat tajaan Petronas. "Mereka menjadi harapan keluarga kerana cemerlang dalam pelajaran masing-masing. Malah anak keempat saya yang turut terkorban dalam kemalangan itu, Ahmad Zarif, 12, memperoleh keputusan 5A dalam percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Turut melawat keluarga mangsa di Taman Renggam Jaya termasuk Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal. Bapa saudara tiga beradik terbabit, Mohd Yusuf Stapa, 46, berkata ahli keluarga yang tinggal di Kampung Limau Hantu, Pangkal Meleret, Machang, terkejut dengan khabar mengenai nahas itu. "Kami dapat tahu selepas solat Subuh pagi ini. Saya sangat terkejut.. tidak sangka mereka yang saya jumpa ketika hari raya di kampung pada Selasa lalu sudah tiada lagi. Saya perasan yang Ahmad Zakwan lebih pendiam sepanjang raya kali ini," katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan berlaku apabila Perodua Kancil yang dinaiki tiga beradik terbabit bertembung sebuah Proton Saga dari arah bertentangan. "Pemandu Proton Saga yang berusia lingkungan 20an yang terbabit dalam kemalangan itu turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital sama," katanya. |
| Nurusyahamah Taqiah Ikon Remaja Islam Posted: 04 Sep 2011 04:02 PM PDT Wilayah IDRIS, Kamariah (tengah), Nurusyahamah Taqiah dan ibunya, Sauzan Ibrahim (kiri) melihat sijil diperoleh ketika tilawah al-Quran di Doha, Qatar, akhir bulan lalu. Berikutan kejayaannya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kawah dekat sini juga akan dijadikan anak angkat UMNO Bahagian Besut. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih bersama isterinya, Toh Puan Kamariah Che Zakaria, turut mengunjungi murid itu di rumahnya di Kampung Alur Keladi di sini, kelmarin dan menyampaikan ucapan tahniah bagi pihak kepemimpinan UMNO bahagian. Sempena kunjungan itu, beliau turut menyumbang RM2,000 kepada Nurusyahamah Taqiah sebagai ganjaran mengharumkan nama negeri dan negara menyertai majlis tilawah berprestij itu.Idris berkata, UMNO bahagian sebelum ini menyumbang RM5,000 kepada keluarga Nurusyahamah Taqiah bagi membantu menampung kos ketika berada di Doha pada tilawah al-Quran peringkat awal yang diadakan Julai lalu. Katanya, walaupun mendapat tempat ketiga dalam majlis tilawah anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Oatar dan saluran televisyen kanak-kanak Al-Jazeera, tetapi ia cukup membanggakan kerana Nurusyahamah Taqiah berjaya menewaskan 4,000 kanak-kanak seluruh dunia pada peringkat awal termasuk 49 peserta dari Malaysia. Nurusyahamah Taqiah yang bertanding di Majlis Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha,Qatar, pada 26 Ogos lalu pulang ke tanah air sehari sebelum Aidilfitri.
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan