Jumaat, 9 September 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Suami, isteri maut terperosok bawah bas

Posted: 09 Sep 2011 04:14 PM PDT

Nasional

KERETA Proton  Iswara dinaiki sepasang suami isteri remuk teruk selepas terperosok bawah bas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing.

KERETA Proton Iswara dinaiki sepasang suami isteri remuk teruk selepas terperosok bawah bas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing.

Kenderaan mangsa remuk diseret lebih 20 meter

KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri bukan hanya ditakdirkan mati bersama, tetapi lebih menyayat hati mayat si isteri ditemui dengan senaskhah surah Yasin di atas badan mangsa, dipercayai dibacanya sebelum kereta yang dinaiki bertembung bas Politeknik Johor Bahru (PJB) dalam nahas di Kilometer 47, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, pagi semalam.

Pasangan suami isteri itu yang juga peneroka FELDA Lok Heng Barat, Abu Sarimi, 63, dan isterinya, Zaharah Giser, dalam perjalanan ke rumah anak mereka untuk mengambil MyKad yang tertinggal.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9 pagi berhampiran ladang Lembaga Getah Malaysia (LGM) itu, Proton Iswara dipandu Abu, terperosok bawah bas berkenaan sebelum diseret lebih 20 meter, menyebabkan pasangan itu tersepit dalam remukan kenderaan itu. Ketika kejadian, pasangan dari rumah di Blok 17 FELDA Lok Heng Barat, dalam perjalanan ke arah Kota Tinggi untuk ke rumah anak mereka di Larkin Perdana, Johor Bahru kerana Abu berhasrat mengambil MyKad miliknya yang tertinggal di sana, Rabu lalu.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu menarik kenderaan yang terperosok itu sebelum mayat pasangan itu dapat dikeluarkan dari remukan kenderaan itu.

Pemandu bas PJB, Mohd Ismail Daud, 29, bersama 30 pelajar serta tiga pensyarah mereka yang menaiki kenderaan itu dalam perjalanan menghadiri kursus di Pulau Sibu dekat Mersing, bagaimanapun tidak cedera.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Suhaimy Hashim, ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri itu mati di tempat kejadian. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan, katanya.

Sementara itu, anak keempat mangsa daripada tujuh beradik, Suraya Abu, 30, mengakui pasangan itu dalam perjalanan ke rumahnya di Johor Bahru, kerana bapanya mahu mengambil MyKad yang tertinggal selepas mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Sultan Ismail, pada Rabu lalu.

Ayah berkeras nak memandu sendiri ke rumah kami walaupun dinasihatkan berulang kali supaya membatalkan hasratnya dan disuruh berehat kerana keadaannya yang kurang sihat.

Pagi ini, ayah ada hubungi beritahu nak datang ke rumah kerana mahu mengambil kad pengenalannya yang tertinggal. Kami tidak benarkan ayah memandu kerana tahu dia kurang sihat kerana menghidap penyakit semput dan gastrik. Lagipun kami adik beradik memang bercadang nak balik hujung minggu ini untuk mengadakan kenduri di rumah ayah, katanya.

Seorang lagi anak mangsa, Aida Abu, 34, pula tidak menyangka permintaan arwah bapanya yang begitu beriya-iya meminta mereka sekeluarga merakam gambar bersama-sama pada hari raya pertama lalu petanda ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

Sebelum ini memang ayah tidak berapa kisah untuk mengambil gambar (dengan keluarga), namun pada hari raya kali ini dia bersungguh-sungguh mahu mengambil gambar bersama keluarga walaupun kami tidak memakai pakaian sama warna. Rupanya inilah kenangan terakhir kami bersama arwah sebelum dia pergi selama-lamanya, katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd rahman bin selamat

innalillahiwainnailaihiraaji'un.. semoga ditempatkan bersama arwah-arwah tg terpuji.. amin..!

abdul halil omar

takziah kepada seluruh keluarga aruah, semoga Allah menempatkan beliau bersama orang yang beriman

yana

Ya Allah..terharu bila sy mmbaca nya... bgitu kuat dugaan yang mereka terima... mata ni berair membacanya....innalillah,,, takziah kpd keluarga mereka,,,
Doakn agar arwah ditempatkan ditmpat yang mulia...insyallah,,,amin..


Kaji semula cukai beli prabayar

Posted: 09 Sep 2011 04:08 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam berharap syarikat telekomunikasi dapat mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu perlu dibuat bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat yang sedia terbeban dengan pelbagai kos perbelanjaan.

Katanya, dengan kenaikan harga barang terutama barang makanan, rakyat tidak seharusnya berterusan dibebani cukai perkhidmatan yang tinggi.Saya dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah dibuat oleh TELCO untuk kenakan bayaran cukai perkhidmatan adalah satu langkah yang tidak popular dan sukar diterima pengguna.
Oleh itu, saya berharap pihak TELCO dapat mengkaji semula langkah ini sebab kita mesti sedar dalam keadaan hari ini, kita nak kurangkan beban pada rakyat, katanya pada pemberita selepas melancarkan logo Malayan Banking Berhad (Maybank) yang diperbaharui di Menara Maybank, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddinn Megat Mohd Nor.

Perdana Menteri diminta mengulas keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang berkuatkuasa pada 15 September ini.
Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-13 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Wisma MCA, di sini, pagi semalam, Najib berkata, tindakan kerajaan menggalakkan pertumbuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sejak 15 tahun lalu adalah satu langkah bijak yang sudah membuahkan hasil ketara dalam meningkatkan taraf pendidikan negara.

Perdana Menteri berkata, langkah liberalisasi dengan menubuhkan Akta IPTS pada 1996 itu adalah satu perancangan jangka panjang yang menguntungkan kerana memberi banyak peluang alternatif kepada generasi muda membuat pilihan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Keputusan kerajaan itu dibuat ketika Najib masih menjadi Menteri Pendidikan (1995 hingga 1999) dan berjaya menarik minat syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan IPT luar negara untuk bekerjasama termasuk menubuhkan universiti dan cawangan mereka di sini.

Jika dinilai semula dasar itu dengan pulangan (hasil) diterima sekarang, saya rasakan itu adalah satu keputusan yang betul. Ia adalah strategi jangka panjang sebelum ia diterima ramai dan menjadi semakin popular.

Kita akur, bukan semua pelajar kita mampu membiayai kos pengajian di luar negara, jadi kita sediakan peluang kepada pelajar yang layak untuk belajar di institusi tempatan yang setaraf dengan institusi lain, katanya.

Sementara itu pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang turut dihadiri Najib di Putrajaya semalam, dimanfaatkan bagi mengumpul dana RM120,000 untuk disumbangkan kepada pihak memerlukan.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan RM70,000 kepada Mohd Nor Mat Yassin, 66, bapa jurukamera BERNAMA TV, Allahyarham Noramfaizul, 40, yang mati terkena peluru sesat ketika membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Somalia pada 2 September lalu.

Bagi pihak kerajaan, Perdana Menteri menerima sumbangan RM50,000 untuk disalurkan ke dalam Tabung Somalia diuruskan Wisma Putra selain RM29,000 daripada Biro Tata Negara (BTN) Sarawak untuk diserahkan kepada Malaysian Relief Agency (MRA) bagi misi bantuan ke Somalia.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

aLEX

BAGUSLAH MCM TU..RUPA2NYA CUKAI NI BUKAN KERAJAAN YG KENAKAN..TELCO GILA TU YG BERIA2 DAN MENCUKAIKAN SEGALA-GALANYA...BA TELCO! TAKKAN NAK LAWAN KERAJAAN LAGI...CEPAT2LAH MANSUHKAN TINDAKAN BUKAN JAUHARI KAMU TU...

jacky jack

Tiga syarikat telekomunikasi terbesar di negara,Celcom,Maxis,Digi.Saya fikir paling kurang pelanggan mereka sekitar empat juta hingga 6 juta pelanggan dab akan sentiasa meningkat dari hari ke hari..untung sabulan dah berjuta..setahun dah berapa bilion..itu pun tak cukup untung lagi ke?Pasal cukai kerajaan,sewa tiang telekomunikasi itu memang
dah syarat wajib sesebuah perniagaan yang berdaftar serta berlesen..pepatah mengatakan kalau takutkan ombak jangan berumah pepi pantai..

norashid

tidak sepatutnya dikenakan cukai 6percen. memandangkan negara lain tiada buat begiitu.ini boleh memebebankan rakyat dan menguntungkan kerajaan. malaysia ni semuanya harga naik.sepatutnya kerajaan, ambil berat pengguna.kalau macamni taklama lagi ke bn jatuh

bunz

Tak logik. ... Kerajaan yg kuatkuasakan cukai 6%, sykt telco pula di suruh kaji semula. Sepatutnya kerajaan tak usah nak impose cukai ni lah

Mail sabah

Ngam tu PM sebab pilihan raya dah hampir ni...

Tak Faham

Siapa yang punya kuasa untuk kenakan yuran perkhidmatan ni?. Kerajaan atu kementerian berkenaan tak ada kuasa ke nak sekat benda ni, kalau tak boleh maksudnya kita lemah dan terpaksa jadi pak turun pada syarikat yang kerajaan sendiri bagi lesen.

hafiz

ingat tahu adakah cukai ini dari swasta or dari kerajaan,,..tp kerajaan ada hak untuk btalkan cukai ni..hope kerajaan pk blk..if jd menda ni akan jd isu besar yg mungkin buat kerajaan makin goyah..please bilionair malaysia dr maxis,that mean dorng yungtung berkali ganda untuk bussines ni.hope najib boleh seribu kali berpikir sebelum dikuatkuasa.ur have power,but please don't use for your losses of everything u have.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan