Berita Harian: Nasional |
| Rakyat mula terima kesan baik inisiatif ETP Posted: 08 Sep 2011 04:25 PM PDT Nasional NAJIB bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada majlis mengumumkan laporan kemajuan ketujuh ETP di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR: Sebanyak 84 peratus daripada inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sudah diumumkan kerajaan sedang dilaksanakan dengan kebanyakannya memberikan kesan positif kepada rakyat. Sejak dilancarkan Oktober tahun lalu, 87 inisiatif diumumkan dengan 23 daripadanya siap beroperasi, 50 sudah bermula, manakala 14 lagi dalam peringkat kerja. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau gembira Projek Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dilancarkan pada Januari lalu sudah mengubah kehidupan 237 pekedai di seluruh negara sehingga kini. Beliau berkata, projek itu berjaya membantu memperkembangkan perniagaan dan memberi impak amat besar kepada pekedai kecil bagi menambah pendapatan kedai dan kebebasan kewangan."Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Perkhidmatan Perniagaan yang aspirasinya untuk menjadikan Malaysia pusat data bertaraf antarabangsa juga menunjukkan perkembangan positif dengan Pusat Data CSF di Putrajaya dijangka siap suku terakhir tahun ini dan dibuka secara rasmi pada 9 Januari depan. "Perkongsian awam-swasta antara Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian (MARDI), Infoculture Sdn Bhd dan Sime Darby melalui projek penanaman padi yang diumumkan Mac lalu menyaksikan 33 petani menerima pulangan lebih baik pada tuaian pertama," katanya di sini, semalam. Selain itu, Najib berkata, QAV Technologies Sdn Bhd yang melabur RM12 juta untuk membangunkan pusat pensijilan diod pemancar cahaya dan lampu pepejal di Pulau Pinang kini dalam proses pemasangan peralatan dan beroperasi menjelang akhir tahun ini.
"Berita baik ialah kedudukan daya saing negara bertambah baik dan berada di tempat ke-21 mengikut Laporan Daya Saing Global 2011," katanya. |
| Cukai talian prabayar 6 peratus Posted: 08 Sep 2011 04:23 PM PDT Nasional Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 SeptemberKUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini. Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi. Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar. "Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing," kata kenyataan itu.Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan. "Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu," katanya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan. Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih. Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel. Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini. Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah. "Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenlei88 Bagi saya amatlah tidak setuju...tujuan saya pakai prabayar sebab murah jika dibandingkan dengan pasca bayar dan amat sesuai untuk golongan pelajar seperti saya. Ini sekali gus membebankan pelajar-pelajar seperti saya. Jangan lihat pada 1 pihak sahaja. Kerajaan sepatutnya melihat pada semua sudut. aloycious saya antara golongan pelajar, kenaikan 6% kepada kad prabayar merupakan BEBAN kepada pelajar seperti saya, tolonglah rasional, kad prabayar adalah keperluan, bukan keinginan.
SamHS Hantam sajalah labu..... zartman kamil dah untung nak untung lagi....kalau semua pengguna prabayar tamatkan perkhimatan apa u all nak kata apa....tak payah lama cukup 4 bulan tiada satu penggunaan pun...fikir2kan la... zolzeytec cukai6% sepatutnya kerajaan membuat kajian mendalam terlebih dahulu, pastikan data panggilan pengguna tepat pada caj semasa syarikat komunikasi, kerajaan perlu mengusulkan kepada syarikat2 komunikasi kadar panggilan tetap untuk pengguna, seperti kadar rata sms, jgn hanya bergantung pada iklan mereka, berapa byk kah pengguna menilai waktu perbualan kita membuat panggilan? sedar tak sedar prabayar perlu ditambah, kerajaan akan dapat 6% tetapi sebaliknya untuk syarikat komunikasi, hanya ketelusan kerajaan harapan pengguna. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan