Berita Harian: Nasional |
| Posted: 07 Sep 2011 05:24 PM PDT Nasional Vaksin dijangka berada di pasaran menjelang 2014KUALA LUMPUR: Ancaman demam denggi yang dihidapi hampir 100 juta orang dan menyebabkan 22,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia, dijangka akan berakhir berikutan penemuan vaksin untuk merawatnya. Vaksin itu yang sudah menjalani ujian klinikal fasa terakhir membabitkan kira-kira 40,000 pesakit dari 10 negara di Asia dan Amerika Syarikat dijangka memasuki pasaran menjelang 2014 atau 2015. Vaksin itu boleh membentuk antibodi bagi pesakit untuk melawan penyakitnya dengan menguatkan sistem imuniti badan melawan penyakit berkenaan yang dibawa nyamuk jenis Aedes Aegypti. Pengarah Program bagi Penemuan Penyakit Berjangkit di Institut Perubatan Dune-NUS di Singapura yang juga bekas Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit di Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit di Amerika Syarikat, Profesor Duane Gubler, berkata syarikat Amerika Syarikat, Sanofi Pasteur dilesen untuk mengeluarkan vaksin itu.Katanya, buat permulaan hanya 100,000 vaksin akan dikeluarkan setiap tahun. "Vaksin ini dijangka dijual pada harga mahal di peringkat permulaan, sebelum berkurangan apabila banyak lagi vaksin baru ditemui dan diuji. Ketika ini beberapa vaksin masih diperingkat awal kajian dan dijangka memasuki pasaran dalam tempoh 10 tahun lagi. "Vaksin itu sesuai digunakan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa, malah ia boleh digunakan seawal umur 12 bulan diikuti program vaksinasi pada peringkat umur seterusnya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri bengkel mengenai 'Nyamuk Terubah Suai Secara Genetik' (GMM) di sini, semalam.
Gubler berharap penemuan vaksin baru itu tidak dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk berhenti menjalankan kajian pengawalan nyamuk, malah perlu melipatgandakan usaha memerangi nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi punca demam denggi. "Jika ditanya saya apakah kaedah yang paling berkesan bagi menangani denggi di Malaysia, saya tidak mempunyai jawapan yang spesifik, tetapi sesebuah negara tidak boleh bergantung hanya pada satu usaha saja. "Malaysia perlu ada usaha sendiri membangunkan Program Pengawalan Penyakit Bersepadu yang khusus bagi menangani semua jenis wabak penyakit, termasuk dibawa nyamuk. "Setiap wabak perlu dipantau sejak awal dan bukannya selepas penyakit berjangkit dan menyebabkan kematian. Setiap kes yang berlaku dalam komuniti perlu diberi perhatian serius," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
| ‘Biarkan Mat Sabu bercakap’ Posted: 07 Sep 2011 05:22 PM PDT Nasional Mahathir percaya sikap itu buka tembelang Timbalan Presiden PASAYER KEROH: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seharusnya dibiarkan terus banyak bercakap bagi membolehkan rakyat negara ini mengetahui dengan jelas tembelang sebenar perjuangannya dan rakan dalam pakatan pembangkang. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pemimpin nombor dua PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu kini bersikap berani dalam menidakkan perjuangan pasukan keselamatan negara melawan komunis sebelum ini kerana menganggap dirinya semakin kuat. "Biar dia cakap banyak, baru kita tahu lubuk hati dia yang sebenar. Dia memang begitu kerana itulah perjuangannya yang sebenar. Kalau dia tak cakap, kita tidak tahu siapa rakan belakang dia. Sekarang ini kita tahu, mereka sebenarnya adalah penyokong komunis dan pengganas. "Sebab itu, saya ingat tak perlulah tangkap dia, beri dia cakap banyak-banyak supaya kita akan tahu semua jenis orang di belakangnya. Ini rakyat harus tahu kerana kalau tidak, mereka terus tertipu sepanjang masa."Sekarang ini, dia (Mat Sabu) cerita hal betul dalam hati dia. Saya percaya, satu masa akan datang, kita akan dapat balas dengan cara yang halus tapi berkesan," katanya pada program Wacana Pemikiran Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Negeri, di sini, semalam. Program anjuran Pertubuhan Melayu Insaf Kreatif Malaysia (PEMIMPIN) itu dihadiri kira-kira 1,200 orang termasuk Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Sempena majlis itu, beliau turut dianugerahkan gelaran Pejuang Melayu Sejagat yang disampaikan oleh Mohd Ali dan Pengerusi Eksekutif PEMIMPIN, Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah.
"Saya tidak peduli kerana hakikatnya yang memperjuangkan negara bukan Chin Peng, bukan pengganas tapi orang seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Datuk Onn Jaafar. Orang ini yang berjuang untuk memerdekakan negara," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan