Berita Harian: Nasional |
| Posted: 04 Sep 2011 04:18 PM PDT Nasional Sukarelawan, petugas media alami detik menakutkanSUBANG: "Masa dalam perjalanan ke Mogadishu tempoh hari, suasananya penuh meriah dan riuh dengan gelak ketawa, tetapi perjalanan pulang semalam bersama jenazah Allahyarham keadaannya sungguh sepi dan suram dengan raut sedih jelas pada wajah setiap sukarelawan dan petugas media," kata wartawan Berita Harian, Nor Azizah Mokhtar yang turut menyertai misi kemanusiaan di Somalia. Menceritakan pengalaman 21 jam dalam pesawat Hercules C130 ketika dalam perjalanan ke tanah air, Nor Azizah berkata, ada antara mereka menitiskan air mata mengenangkan apa yang berlaku dan di mana salahnya sehingga terpaksa membawa pulang Noramfaizul dalam keranda. Semua peserta misi kemanusiaan itu menempuh detik paling menakutkan sepanjang 15 jam selepas serangan yang mengorbankan arwah dan hanya menghela nafas lega sebaik pesawat TUDM berlepas dari Lapangan Terbang Mogadishu "Apa yang berlaku memang di luar jangkaan, seminggu lalu kami ke Somalia dengan ceria. Malah, arwah antara yang paling bersemangat serta tidak putus-putus berjenaka hingga membuatkan perjalanan jauh itu tidak membosankan.Nor Azizah Mokhtar "Namun, suasana itu cuma tinggal kenangan apabila hari ini (semalam) hanya jasadnya dibawa pulang. Tiada lagi wajah ceria atau gelak tawa arwah sepanjang 21 jam perjalanan pulang ke tanah air," katanya. Nor Azizah berkata, semua peserta misi kemanusiaan itu menempuh detik paling menakutkan sepanjang 15 jam selepas serangan yang mengorbankan arwah dan hanya menghela nafas lega sebaik pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas dari Lapangan Terbang Mogadishu. "Alhamdulillah kami semua selamat tiba... tiada yang lebih menggembirakan selain berjumpa ahli keluarga dan rakan yang menunggu kepulangan kami, namun masih bersedih mengenangkan kematian arwah," katanya. "Ketika penerbangan ke Mogadishu, arwah memberitahu walaupun sudah banyak mengikuti misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia, namun beliau memasang impian suatu hari nanti berpeluang membuat liputan di Baitulmaqdis. Namun, impian itu tidak menjadi kenyataan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komensaifa sabar bnyk2..mungkin ada hikmah katni saparie bahan berita yang sensasi |
| Tragedi Noramfaizul jadi iktibar Posted: 04 Sep 2011 04:11 PM PDT Nasional DR MAHATHIR dan Dr Siti Hasmah (kanan) bermesra dengan pengunjung pada majlis rumah terbuka di kediamannya di The Mines, semalam. KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kejadian yang menimpa Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor wajar dijadikan pengajaran dan iktibar oleh pihak yang ingin menganjurkan misi kemanusiaan terutama ke sesebuah negara yang bergolak. Bekas Perdana Menteri juga menasihatkan mereka yang ingin menghantar bantuan ke negara asing, membuat persediaan yang secukupnya, khususnya aspek keselamatan, supaya tragedi sama tidak berulang. "Somalia adalah sebuah negara yang kucar-kacir dan bahaya kerana kerajaan mereka sangat lemah sehingga tidak mampu menyediakan jaminan keselamatan kepada petugas misi bantuan kemanusiaan."Saya amat sedih dengan kejadian menimpa Allahyarham, kerana saya berharap orang kita akan dijaga dengan baik apabila sampai di sana (Somalia), tetapi ia menjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di The Mines di sini, semalam. Dr Mahathir berkata, penganjur misi kemanusiaan perlu membuat persediaan secukupnya jika ingin menghantar bantuan ke sesebuah negara yang bergolak kerana ia membabitkan keselamatan dan nyawa orang. "Kita kalau nak tolong orang pun kena tengok dulu dan sentiasa berhati-hati... biarlah orang yang kita nak tolong itu pun sudi menerima bantuan kita. Selain itu, kita kena pastikan mereka juga turut menyediakan kawalan keselamatan kepada petugas kita. "Kita sepatutnya belajar daripada kejadian dulu yang turut menyaksikan beberapa anggota tentera Malaysia yang menyertai misi pengaman antarabangsa di Somalia, terkorban," katanya. Ditanya mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mendakwa bahawa misi bantuan kemanusiaan ke Somalia adalah propaganda kerajaan untuk mendapat publisiti, Dr Mahathir menyifatkan kenyataan seperti itu hanya akan dibuat oleh mereka yang berhati busuk. "Itulah kerja pembangkang yang tidak pernah berhenti membuat tohmahan terhadap setiap perkara yang kita buat, walaupun kerja itu adalah sangat baik dan mulia. "Apa juga yang kita buat tidak pernah elok... orang seperti itu tidak tahu nak berterima kasih dan bersyukur, malah mereka juga sanggup jatuhkan maruah pejuang tanah air yang berjuang untuk kemerdekaan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan