Sabtu, 3 September 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Mat Sabu kena sekolah semula'

Posted: 03 Sep 2011 04:11 PM PDT

Nasional

Datuk Seri Noh Omar

Datuk Seri Noh Omar

Ketepi kepentingan nasional, terlalu fokus agenda politik berbahaya: Noh

KUALA LUMPUR: Semakin banyak pihak terus mengecam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya bahawa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke Balai Polis Bukit Kepong, Johor sebagai pejuang kemerdekaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata membuktikan Timbalan Presiden PAS itu sengaja membelakangkan kepentingan nasional, terlalu mementingkan agenda politiknya yang amat bahaya kerana boleh menimbulkan suasana tidak selesa kepada rakyat.
Mat Sabu masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati

Noh Omar
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor

"Mat Sabu kena sekolah balik kerana masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati," katanya pada sidang media sempena rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tanjung Karang, semalam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Awang Adek Hussin pula meminta PAS menyatakan pendirian parti itu berhubung kenyataan Mat Sabu kerana sehingga kini parti itu hanya berdiam diri dan membiarkan Mat Sabu mempertahankan dirinya sendiri.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, sebagai pemimpin parti konon berasas Islam, Mat Sabu perlu mempamerkan sikap menegakkan Islam dan menolak fahaman komunis yang pupus dan ketinggalan zaman.

Di PONTIAN, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO menyifatkan pihak yang bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu itu sebagai penyokong perjuangan pengganas.
"Dia (Mat Sabu) boleh diibaratkan individu 'putus wayar' dan buta sejarah. Dia seharusnya teliti semula fakta sejarah kerana kenyataannya itu jelas memperlekehkan sejarah negara kita. Komunis antiagama, takkan dia mahu agung-agungkan kumpulan seperti itu," katanya selepas melancarkan Tabung Kemanusiaan Somalia NSTP-Media Prima di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pontian, semalam.

Di TASEK GELUGOR, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menyifatkan percanggahan pendapat pemimpin pakatan pembangkang mengenai isu itu membuktikan mereka tidak mempunyai kesefahaman.

"Saya kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang sanggup menghina polis dan tentera yang berjuang demi kepentingan politik. Ini belum lagi memerintah, kalau memerintah tidak tahu apa yang mereka buat lagi," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tasek Gelugor.

Di KUANTAN, Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota, Suhaimi Jusoh@Sulong membuat laporan polis terhadap Mat Sabu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendakwa pemimpin PAS itu memutar belitkan fakta sejarah dan mengagungkan perjuangan komunis dengan tujuan mahu mewujudkan suasana tegang serta cuba memporak-perandakan negara.

Di MASJID TANAH, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh menggelar Mat Sabu sebagai bahan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetengahkan ideologi baru parti berkenaan tetapi tindakan itu sudah dijangka semua pihak terutama mereka yang terbabit dalam kancah politik.

Bercakap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Pulau, Abdul Rauf berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Mat Sabu mengagungkan komunis kerana PAS sebelum ini sudah banyak menghalalkan cara seperti menggunakan Islam untuk mencapai matlamat mereka selain menggadaikan prinsip perjuangan kemerdekaan kerana mahu berkuasa.

Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron pula melabel PAS sebagai parti politik malang kerana mempunyai seorang Timbalan Presiden 'tin kosong' yang hanya tahu bercakap tanpa menggunakan akal, semata-mata kerana kepentingan politik.

Di PAGOH, kira-kira 50 ahli Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) mewakili lebih 100,000 ahli di seluruh negara sambil diketuai Presidennya, A Rahman Mahadi mengadakan demonstrasi secara aman kira-kira setengah jam di depan Pondok Polis Bukit Kepong, di sini membantah kenyataan Mat Sabu itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Taufan

Tak silap pemahaman aku, waktu kejadian bukit kepong adalah pada tahun 1950 kan? bukankah itu sebelum merdeka kan? kalau sebelum merdeka, maka waktu itu malaya masih dibawah jajahan british dan pastilah waktu itu polis berkhidmat untuk english dan ratu england. Mohon dibetulkan fakta aku ni kalau salah.

Cikgu Sejarah

bagi saya, mat sabu betul dalam pentafsiran sejarahnya... hanya yang memahami sejarah akan memahami fakta sejarah yang sebenar.....

Anak Malaysia

Komunis tidak boleh sama sekali dianggap sebagai wira negara. Memang yer, ketika 1950, Polis yang berada di Tanah Melayu adalah dibawah jajahan Inggeris, tetapi kita kena ingat tujuan sebenar komunis. Tujuan komunis bukannya untuk membebaskan negara dari penjajah semata-mata, tetapi ingin menjadikan negara sebuah negara Komunis. Jadi, fikir-fikirkan..

Buku Pengukir Nama Johor dari Yayasan Warisan Johor lebih kepada tujuan asal Mat Indera ketika itu sahaja, tetapi jangka masa panjang sebenarnya ingin menjadikan Tanah Melayu sebuah negara Komunis.. Itu yang sebenarnya..

pakNgah

pemimpin PAS itu memutar belitkan fakta sejarah dan mengagungkan perjuangan komunis dengan tujuan mahu mewujudkan suasana tegang serta cuba memporak-perandakan negara.

razak bin din

saya rasa mat sabu bukan sahaja perlu bersekolah semula, tapi perlu di SUNAT kan kali kedua.

Madi Mahadi

Banyakan membaca tentang sejarah2 negara dan fahami sejarah2 negara..

aziz

saya seorang pesara tentera amat terkilan dengan kenyataan mat sabu..saya rasa mat sabu tak pernah hidup susah seperti kami yang sanggup meninggal keluarga demi kedaulatan negara.mat sabu tak layak menjadi rakyat malaysia....kurang ajar

dy

Jgn la bermusuhan sesama islam,siapa pun pemimpin kita pastikan org2 yg soleh.

ainsyah

memang melampau.sepatutny dia kena belajar sejarah, biar faham betul-betul dan menghayati erti kemerdekaan sebagai seoarang rakyat malaysia.

Nua ckt

Silap fakta sejarah ok lagi, kalau asyik silap pasal akidah, kena bertaubat

kriskerambit

Sekiranya Mat Sabu menyanjung pengganas komunis sebagai hero dan menyamakan tindakan tersebut dengan pembukaan kota Mekah oleh Rasulullah; ingin saya ingatkan bahawa terdapat banyak perbezaan antara dua kes tersebut...

Rasulullah membuka kota Mekah dengan cara yg begitu berbudi bahasa, begitu gentelmen... baginda dan pasukan tentera Islam hanya menyerang untuk mempertahankan diri semasa memasuki kota Mekah, dan penduduk Mekah yang tidak bersalah & tiada kaitan (wanita, kanak-kanak) tidak diganggu, jauh sekali dicederakan... Begitu gentelmen dan berbudi bahasa sekali Rasulullah dan seluruh pasukan tentera Islam...
Tetapi dalam serangan di Bukit Kepong, apa yg Mat Indera dan pengganas komunis telah lakukan? Bukan setakat mereka telah menyerang, membunuh anggota polis; malah mereka telah membunuh semua ahli keluarga anggota polis tersebut termasuk kanak-kanak yang tidak bersalah!!! Jelas di sini mereka yang tidak berkaitan dan tidak bersalah turut menjadi mangsa!!! Jadi di mana kukuhnya hujah Mat Sabu untuk menyamakan kedua-dua perkara tersebut?

Bat

kalo dia buta sejarah masakan dia boleh dapat jadi timbALan presiden pas,dan pangkat dato,,,mana silapnya,

AJay

Siapa yg perlu disekolahkan semula? Yayasan Warisan Johor dalam terbitan pada 2004 menerbitkan Pengukir Nama Johor , meletakkan 22 tokoh termasuk Mat Indera sebaris dengan AlMarhum Sultan Ismail sebagai tokoh kemerdekaan. Kenapa tokoh2 pejuang kemerdekaan sebenar tidak ditonjolkan dalam TV dan akhbar semasa perayaan hari kemerdekaan. Yang ada hanya para pemimpin sekarang yg mengelappkan tokoh2 sebenar tadi. Jadi tak hairan lah sukar mencari mereka yg mengibarkan secara sukarela di rumah2 @kereta2 kerana mereka ini tidak dididik oleh pemimpin skg ttg pjuangan n ketokohan pjuang sebenar. Tragedi Bt Kepong blaku sblm kmerdekaan dmana Polis btuankan British. Penentang Britih akan dcop penghianat spt komunis yg byk pd masa tsbt.Mungkinkh kajian warisan Johor ini tidak benar seterus penerbitnya boleh digelar pengkhianat?

Hussien

Semua penentang penjajah sebelum tahun 1957 tidak kiralah komuniskah, layak dianggap sebagai wira, kerana tujuan mereka adalah untuk menghalau penjajah. Selepas 1957 komunis bolehlah dianggap sebagai pengkhianat. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950.Mat Sabu betul dalam perkara ini.

pakdo dey

baca sejarah jgn duk baca BH jer... sudah2 la...isu pasal bil air+api rmh PM & cincin 24M xmasuk pun dlm BH,BIAS!

Mohamad Norwan

md Sabu ni dah hilang akal kot dan manusia yang tak reti bersyukur. Atau dah JADI KUDA TAMBATAN pihak tertentu ......

FaNn Sky

Seorg yg berpendidikan tak perlu nk cbuk2 mgungkit tragedi silam dan pahit tuk dkenangkan..org tak pendidikan shj yg suka2 ati mgatakan gerila komunis tu yg hero..apa perasaan keluarga pejuang ditembak oleh komunis masa tu..cuba keluarganya kena tembak oleh komunis masa tu..sungguh bodoh org bercakap komunis tu pejuang sebenar..

Pejuang Islam

Sokong PAS sudah seperti sokong pengganas !

safleyadmad

Dia sorang yg berperangai buruk dr sebuah parti yg tak punye ape2 selain berslogan dan menyalak yg tak mampu membangun ummah. Sungguh malang keluarga yg punye dia n sungguh malang negara mempunyai parti tin kosong!

Yangretibase

Tahniah Noh Omar yang selalu istiqomah mengutamakan agenda kesejahteraan rakyat; dan langsung tidak mementingkan agenda politik UMNO. Jarang anak Melayu macam Noh Omar!!!

wan ahim

mat sabu sebenarnya buat lawak bodoh, meperbodohkan dia sendiri bukan orang lain, yang bodoh tetap bodoh, lebih baik mat sabu masuk MAHARAJA LAWAK supaya dia bertambah bodoh

wanjeff

Kita dah sedia maklum siapa siapa sbenarnya Mat Sabu ini. Apa yg kita kesal ialah, beliau mewakili sebuah parti yg berasaskan Islam. Kononnya memperjuangkan Islam. Lebih baik beliau keluar dri PAS masuk PKR lagi bagus.

Cicak tokek

Pada pendapat saya, tak usahlah kita terlalu sangat melayan karenah si mat yang seekor ni. Darei dulu lagi semasa saya bersekolah dan menuntut di Pulau Pinang, si mat ni memang kerjanya memberi ceramah untuk partinya. Dalam ceramahnya kalau ada yang masih ingat, 90 peratus merupakan cacian dan cercaan. Tidak ada satupun ayatnya yang membawa mencadangkan kepada kemajuan, kemakmuran dan kegemilangan negara. Jadi takheranlah semakin tua semakin nyanyuk jadinya.


Lelaki kedua terpendek Duta Pelancongan Nepal

Posted: 03 Sep 2011 04:07 PM PDT

Nasional

KHAGENDRA bersama wartawan Berita Minggu pada majlis makan malam sempena promosi Tahun Melawat Nepal 2011 di Kuala Lumpur, kelmarin.

KHAGENDRA bersama wartawan Berita Minggu pada majlis makan malam sempena promosi Tahun Melawat Nepal 2011 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Gelagat Khagendra setinggi 67sm ibarat budak riang

KUALA LUMPUR: Berat badannya cuma sekitar sekampit beras 5 kilogram (kg), suaranya pula halus seperti kanak-kanak kecil baru pandai bertutur, manakala gelagatnya ibarat kanak-kanak riang yang pasti mencuit hati sesiapa saja kali pertama bertemu lelaki kedua terpendek dunia dari Nepal, Khagendra Thapa Magar.

Dengan ketinggian 67 sentimeter (sm) dan berat 5.5kg, Khagendra, 19, juga dikenali 'Buddha kecil' di kalangan penduduk kampungnya di Daerah Baglung, Nepal. Kali pertama bertemu Khagendra yang juga Duta Pelancongan Nepal bagi Kempen Tahun Melawat Nepal 2011, penulis mendapati lelaki kenit itu mempunyai perwatakan menarik selain tidak lokek dengan senyuman.

Misalnya ketika ditanya, apakah makanan Malaysia digemarinya sejak pertama kali menjejakkan kaki ke negara ini pada 17 Ogos lalu, Khagendra hanya membuat isyarat tangan seperti memotong roti merujuk roti canai yang disukainya sebelum ketawa halus.

"Saya suka semuanya mengenai Malaysia, dannebat (terima kasih)" katanya dalam bahasa Nepal sambil diterjemahkan bapa angkatnya, Min Bahadur Rana yang juga Pengerusi Yayasan Khagendra Thapa Magar ketika ditemui Berita Minggu selepas majlis makan malam mempromosikan Tahun Melawat Nepal 2011 di sini, kelmarin.

Khagendra, anak kepada pasangan Rup Bahadur dan Dhana Maya Thapa Magar, dalam misi mempromosikan Nepal yang terkenal dengan Banjaran Himalaya dan juga negara asal kelahiran Buddha.
Selain Malaysia, Khagendra sebelum ini mengadakan promosi pelancongan di Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Korea Selatan.
Khagendra berkata beliau sudah biasa dengan perhatian sejak kecil, malah dia ditemani adik lelakinya, Ramesh Thapa, 15, setiap kali keluar rumah atau ke sekolah.

"Semua orang suka bergambar dengan saya, mereka juga suka mendukung saya, tetapi apa boleh buat saya seperti bintang filem," katanya yang segak berkot dan topi nepal yang menjadi identitinya.

Ditanya apakah aktiviti kegemarannya waktu lapang, Khagendra berkata dia suka menonton televisyen dan bermain bola menyebabkan penulis ketawa sebelum Khagendra menyampuk, "saya juga mempunyai bola, tapi bola lebih kecil."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan