Ahad, 11 September 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Penoreh getah maut disambar petir

Posted: 11 Sep 2011 03:14 AM PDT

Mutakhir

MARANG: Seorang penoreh getah maut disambar petir ketika berteduh daripada hujan di dalam rumah rakit berhampiran sangkar ikan milik bapa saudaranya di Kampung Batangan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Farizuddin Adnan, 27, bersama seorang sepupunya dilaporkan berlindung di rumah rakit tersebut setelah hujan lebat ketika mereka sedang melakukan kerja mengangkat

pukat. Menurut sepupu mangsa, Muhammad Hairi Syahiddin Mohd, 18, ketika kejadian dia dan sepupunya masuk kedalam rumah rakit tersebut untuk berlindung sebelum tiba-tiba kedengaran bunyi petir yang kuat.
"Saya mendengar bunyi dentuman petir yang kuat dan saya berpaling ke belakang melihat badan arwah terbakar, saya bergegas memanggil ayah yang berada di luar rumah ketika itu dan cuba memadam api di badan mangsa."

"Setelah api berjaya dipadamkan kami bergegas membawa arwah ke klinik kesihatan berhampiran namun arwah disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Hitam, 52, berkata anak keduanya itu keluar rumah selepas waktu Asar dan dia menyangkakan anaknya pergi menoreh getah.
Namun dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya disambar petir dan terus bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui anaknya dalam keadaan badan sebelah kiri hangus terbakar.

"Sebelum ini arwah ada menunjukkan sikap pelik apabila pergi makan nasi ke rumah neneknya di mana sebelum ini arwah tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Kejadian ribut petang semalam turut menyebabkan beberapa buah rumah di kampung berkenaan rosak dipukul ribut. - BERNAMA


MCA sanggup tukar kerusi pastikan kejayaan BN pada PRU ke-13

Posted: 11 Sep 2011 03:07 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: MCA sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata pihaknya bersedia berbuat demikian sekiranya langkah itu dapat memastikan kejayaan lebih besar kepada BN.

"Kita sokong idea itu kerana melihat dalam konteks yang lebih besar iaitu BN dapat membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita di Wisma MCA, di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk G Palanivel semalam bahawa parti itu bersedia untuk bertukar kerusi dengan parti komponen BN yang lain pada PRU ke-13.

Dr Chua juga berkata, pemimpin pusat parti itu sedang memberi talkimat kepada pemimpin akar umbi bagi mempersiapkan mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

Dr Chua juga berkata, pemimpin pusat parti itu sedang memberi talkimat kepada pemimpin akar umbi bagi mempersiapkan mereka bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan