Isnin, 5 September 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Sang Penyu sasar Piala Malaysia

Posted: 05 Sep 2011 02:55 AM PDT

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Juara Piala FA, Terengganu, berazam untuk meneruskan kecemerlangan itu dalam pertandingan bagi Piala Malaysia yang akan membuka tirainya esok.

Penolong Pengurusnya, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof, berkata keazaman itu berdasarkan kepada prestasi serta semangat pemain yang masih membara hasil kejayaan merangkul Piala FA.

"Kita mahu cemerlang dalam Piala Malaysia pula," katanya di sini, hari ini. Sheikh Tajudin, yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), berkata Terengganu membuat persediaan rapi daripada segi mental dan fizikal pemain.

Katanya, persiapan itu penting kerana semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan Piala Malaysia adalah pasukan terbaik dan semua berazam kuat merangkul piala berprestij itu.

Sheikh Tajudin berkata, bagi Terengganu, dengan barisan pemain yang mantap, inilah peluang terbaik menjuarai Piala Malaysia selepas memenanginya pada 2001.

Terengganu yang diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Negeri Sembilan, PKNS dan Sime Darby akan memulakan kempennya menentang Sime Darby di tempat lawan.
Sheikh Tajudin berkata, walaupun Sime Darby pendatang baru dan berstatus kelab, Terengganu tidak memandang rendah pasukan yang dijangka akan menjadi pencabar dalam kumpulan itu.

"Kita tidak mahu terperangkap dan ambil mudah walaupun Sime Darby baru pertama kali menyertai kejohanan ini," katanya.

Selepas ini, Terengganu akan melayani PKNS di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini pada 10 September sebelum ke Negeri Sembilan pada 13 September. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tiada tindakan mahkamah: Keluarga Noramfaizul

Posted: 05 Sep 2011 02:49 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV, yang terkorban ketika bertugas bersama Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malysia di Somalia, tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur misi itu.

Ayah Allahyarham, Mohd Nor Abdul Majid, berkata tiada pihak yang bersalah dalam peristiwa itu dan setakat ini segala-galanya berjalan lancar sehinggalah ke urusan pengkebumian Noramfaizul.

"Apa yang berlaku adalah ketentuan, semua perkara berjalan lancar setakat ini, tiada siapa pun boleh dipersalahkan," katanya di kediamannya, dekat sini, hari ini. Sepupu kepada arwah, Rodzana Esa juga berkata, setakat ini semua anggota keluarga masih lagi dalam fasa untuk meredakan perasaan sedih dan perkara seperti untuk panjangkan ke mahkamah tidak difikirkan.

"Kami semua redha dengan apa yang berlaku," katanya.

Noramfaizul, 39, terkorban di Somalia setelah terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda daripada membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran oleh Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia. -BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan