Jumaat, 2 September 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Bekas tentera sifatkan kenyataan Mat Sabu biadab, keterlaluan

Posted: 02 Sep 2011 03:11 AM PDT

Mutakhir

JASIN: Tiga bekas pegawai kanan tentera sekitar tahun 50-an menganggap kenyataan Mohamad Sabu mengenai tragedi Bukit Kepong, baru-baru ini sebagai biadap dan keterlaluan selain menjatuhkan imej dan pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan negara.
  
Ketiga-tiga mereka, Sarjan Mejar (B) Datuk K Wong Fok Lim, 76; Sarjan (B) Ho Kim Sam, 75 dan Staf Sarjan (B) Soon Poh Lee, 78 yang juga bekas jurulatih angkatan tentera di beberapa kem seluruh negara, turut mengecam Timbalan Presiden PAS itu kerana menjulang komunis sebagai wira dalam tragedi berkenaan.    Sambil menggelar Mohamad atau Mat Sabu sebagai pengkhianat negara dan buta sejarah, Fok Lim berkata, kenyataan berkenaan sangat melampau serta mengguris hati anggota tentera dan keluarga yang selama ini berkorban jiwa raga bagi mempertahankan tanah air daripada dikuasai musuh.    "Saya sedih kerana ada manusia seperti Mat Sabu diangkat sebagai pemimpin oleh segelintir rakyat sedangkan dalam hati beliau terdapat niat yang sangat jahat untuk mencetuskan huru-hara dalam negara.
  
"Sebagai bekas tentera yang pernah beberapa kali diserang komunis ketika bertugas sekitar tahun 50-an, kami menganggap Mat Sabu sebagai penderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta wajar diambil tindakan tegas oleh kerajaan," katanya selepas mengunjungi rumah terbuka Ahli Parlimen Jasin yang juga bekas Yang Dipertua Persatuan Bekas Anggota Tentera negeri, Kapten (B) Datuk Wira Ahmad Hamzah di Umbai di sini, hari ini.

LGM komited jadikan India lokasi baru getah

Posted: 02 Sep 2011 03:05 AM PDT

Mutakhir

JASIN: Lembaga Getah Malaysia (LGM) komited untuk menjadikan India sebagai lokasi pasaran baru pengeluaran getah apabila keperluan terhadap bahan komoditi terbabit semakin mendapat permintaan daripada penduduk di negara itu.
  
Pengerusinya, Datuk Wira Ahmad Hamzah, berkata sebagai sebuah negara ekonomi membangun yang mempunyai keperluan getah kedua tertinggi selepas China, India dilihat mampu menjadi `lubuk emas' bagi pasaran bahan itu memandangkan kuasa beli penduduknya yang cukup tinggi.    Sehubungan itu, katanya, pihaknya yakin pasaran di India mampu memberi pulangan baik kepada pekebun getah di negara ini di samping dapat melonjakkan harga bahan berkenaan ke paras yang lebih tinggi.    "Bagi memastikan ia tercapai, LGM akan mengadakan lawatan ke beberapa ladang getah di Mumbai, Isnin ini bagi melihat sendiri langkah pihak berkuasa getah di situ menjalankan operasi termasuk mengusahakan produk berasaskan bahan komoditi terbabit.
  
"Kita jangka akan ada kerjasama dalam bidang ini kerana di samping dapat menjalinkan hubungan antara kedua-dua negara, ia juga mampu menjamin pasaran getah yang cukup baik selain meningkatkan ekonomi," katanya pada majlis rumah terbukanya di Umbai di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan