Rabu, 3 April 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Salah laku moral punca rakan karib tinggalkan Anwar

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

KUALA LUMPUR 3 April - Keputusan pendakwah dan ilmuwan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas faktor keruntuhan moral, turut diakui dan dipersetujui bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar.

Menurut Chandra, faktor tersebut turut menjadi pendorong utama mengapa beliau membuat keputusan sama, memutuskan persahabatan dengan Ketua Pembangkang itu yang telah terjalin sejak 1971 sekali gus mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam dunia politik.

Jelasnya, walaupun beliau merupakan antara pengasas utama penubuhan PKR, perkara itu langsung tidak dianggap sesuatu yang merugikan apabila mengambil langkah pengunduran.

''Saya berpendapat Sidek Baba membuat keputusan berprinsip, walaupun sudah begitu akrab dengannya, beliau meninggalkan Anwar setelah tahu tentang salah laku moral Anwar.

''Selain salah laku Anwar, saya begitu kecewa dengan cara beliau main politik kerana ketika dia dalam penjara dan saya ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden, segala hal ehwal parti tetap beliau mahu campur tangan melalui isterinya dan dia melakukan semua itu kerana kerakusan mahu berkuasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral Anwar merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa beliau membuat keputusan meninggalkan Anwar selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Menurutnya, hubungan 'luar biasa' Anwar dengan pemimpin tertentu dari luar negara semakin membuatkan beliau berasa sangsi dengan kepimpinannya yang seolah-olah mahu membuka penguasaan Amerika Syarikat ke atas negara ini.

Beliau mengambil masa kira-kira satu setengah tahun sebelum sedar segala tindak-tanduk Anwar adalah bertentangan dengan kepentingan negara.

''Saya amat kecewa beliau rapat dengan golongan tertentu luar negara yang saya anggap sebagai golongan berkepentingan Zionis.

''Beliau lebih mementingkan kuasa dan populariti berbanding prinsip walaupun segala perbuatannya jelas bertentangan dengan kepentingan negara,'' katanya.

Operasi 'pelanduk 2 serupa' di Thai

Posted: 03 Apr 2013 12:24 PM PDT

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 3 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta menjelaskan mengenai dakwaan wujud satu operasi mencari 'pelanduk dua serupa' di Thailand bagi menyelamatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada isu moral yang dikaitkan dengannya.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, operasi itu dikatakan telah berjalan selama tujuh bulan, namun sehingga kini belum berhasil.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

1. Kita ingin bertanya Wan Azizah selaku Presiden PKR, betulkah wujud satu operasi untuk mencari 'pelanduk dua serupa' di Thailand bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim.

Kita dengar operasi itu telah berjalan selama tujuh bulan, tapi masih lagi belum temui 'pelanduk dua serupa' tersebut.

2. Kita juga ingin bertanya apakah 'pelanduk dua serupa' itu bersedia untuk menjadi kambing hitam membuat pengakuan bersumpah dalam bahasa Malaysia atau bahasa Siam mengaku dan mengatakan bahawa dia sebenarnya orang yang melakukan semua kegiatan liwat sejak 1985.

3. Untuk menambahkan lagi keyakinan rakyat, kita juga difahamkan bahawa ada usaha khas untuk mencari orang atau pelanduk dua serupa itu yang sanggup menyamar sebagai Yusof al-Qardawi, Shazryl Eskay dan juga Sidek Baba.

Mereka akan disuruh buat akuan bersumpah untuk sokong teori konspirasi Anwar.

4. Sebagai penganut dan pengamal falsafah matlamat menghalalkan cara, maka kita juga ingin bertanya apakah dalam keadaan yang semakin terdesak dan hampir lemas kini, maka taktik dan strategi ini akan diguna pakai sebagai senjata terakhir untuk menjayakan cita-cita Anwar untuk sampai ke Put_rajaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan