Rabu, 7 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Siaran TV AlHijrah 24 jam

Posted: 07 Nov 2012 03:40 AM PST

KOTA BHARU: Selepas diperluaskan ke seluruh negara, siaran televisyen AlHijrah bakal dinikmati secara 24 jam memandangkan cadangan itu kini dikaji bagi memenuhi kehendak penonton.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu tidak menjadi masalah bagi pihaknya memandangkan segala persiapan sudah dilakukan untuk melanjutkan waktu siaran televisyen yang bakal berusia dua tahun itu. "Insya-Allah, siaran 24 jam tidak menjadi masalah kepada kita kerana persiapan sudah ada.

Cuma sekarang kita mahu lihat keberkesanan siaran ini. "Melihat kepada keadaan sekarang, ramai rakyat Malaysia bekerja waktu malam dan kita mempunyai kelompok sasaran untuk menikmati siaran 24 jam ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Pesawat mendarat cemas

Posted: 07 Nov 2012 01:43 AM PST

KUCHING: Sebuah pesawat twin-otter milik MASwings tergelincir ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Marudi pada jam 2.33 petang tadi.

Bagaimanapun, dua juruterbang dan 17 penumpang yang berada dalam pesawat itu dilaporkan selamat. Anak syarikat Penerbangan Malaysia ini dilancarkan pada 1 Oktober 2007 bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07


Tiada ulasan:

Catat Ulasan