Isnin, 5 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Nazmi tak ambil SPM

Posted: 05 Nov 2012 05:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak muda sensasi negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor, 18, yang dijadual menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, tidak berbuat demikian pada hari pertama peperiksaan itu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) hari ini.

Perkara itu disahkan Pengetua SSBJ Datuk Marina Chin bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut. Nazmi yang kini beraksi bersama kelab remaja Beira Mar di Portugal, juga gagal dihubungi untuk maklum balas berhubung perkara itu. Nazmi, sepatutnya menduduki SPM pada November tahun lepas, namun menangguhkan hasrat itu bagi membantu kejayaan skuad Harimau Muda meraih emas menentang Indonesia pada Sukan SEA Indonesia 2011.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05


Guru lelaki di tabika Kemas

Posted: 05 Nov 2012 04:57 AM PST

DUNGUN: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memperluas cadangan mengambil tenaga pengajar lelaki di Semenanjung Malaysia dalam usaha membantu tenaga pengajar wanita dalam kelas tabika Kemas seluruh negara pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata usaha itu akan diperluas ke Semenanjung Malaysia tidak lama lagi memandangkan hanya terdapat tenaga pengajar lelaki di Sabah dan Sarawak. "Setakat ini hanya terdapat 40 tenaga pengajar lelaki masing-masing 20 orang di Sabah dan Sarawak. "Kita akan perluaskan dan sesiapa (lelaki) yang mahu menawarkan diri dan berkeupayaan, mereka perlu komited kerana ini tabika mengajar kanak-kanak dan semestinya perlukan perhatian khusus," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/05


Tiada ulasan:

Catat Ulasan