Jumaat, 2 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Suspek cuba bunuh ditahan

Posted: 02 Nov 2012 06:11 AM PDT

SHAH ALAM: Polis menahan tiga lelaki berumur antara 22 dan 28 tahun secara berasingan di sekitar Lembah Klang semalam bagi membantu siasatan kes cubaan bunuh Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali pada 24 September lalu.

Suspek pertama dan kedua yang bekerja sebagai penjaga kelab malam masing-masing diberkas di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul Timur dan sebuah rumah flat di Ampang antara pukul 4.45 petang dan 6.40 petang semalam. Hasil siasatan terhadap dua lelaki itu membawa kepada penahanan dalang utama kes berkenaan yang dikenali sebagai 'Wak', seorang broker bebas berusia 28 tahun, di sebuah rumah di Taman Bidara, kira-kira jam 8.15 malam hari yang sama. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dalam sidang media di sini, hari ini berkata polis percaya telah menyelesaikan kes tersebut ekoran penahanan tiga lelaki itu dan kertas siasatan kes berkenaan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02


Kuhara idam trofi Superbike keempat

Posted: 02 Nov 2012 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Juara tiga kali siri Perlumbaan Superbike Malaysia (MSS), Yasuhiro Kuhara, masih tidak mahu mengalah untuk memenangi kali keempat kejohanan tersebut musim ini.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Kuhara berikrar akan berjuang habis-habisan bagi mengecilkan jurang kekurangan 15 mata sekarang, menerusi perlumbaan itu di Gelanggang Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.

"Ia masih boleh dicapai dan percayalah anda bahawa saya akan melawan sehabis mungkin di Pusingan 5," kata Kuhara yang ketinggalan di belakang Mohd Syahnas Shahidan – sebagai pendahulu dengan 145 mata selepas empat siri perlumbaan berbanding jumlah 130 mata dipegang oleh Kuhara.

Syahnas selaku juara MSS Supersports pada 2008, berada di hadapan Kuhara dengan memperoleh dua kemenangan dalam dua siri perlumbaan di pusingan sebelumnya di Grand Prix Motosikal Malaysia 2012, disifatkan sebagai saingan sokongan.


"Pastinya, saya perlu bekerja keras di Pusingan 5.


Dia (Syahnas) sangat pantas dan terlalu cepat bagi saya di Pusingan 4, walaupun saya sudah bersungguh-sungguh," kata Kuhara yang menduduki tempat kedua keseluruhan tahun lepas di belakang Azlan Shah Kamaruzaman, yang tidak berlumba di musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/02


Tiada ulasan:

Catat Ulasan